Tarikh : Februari 2014
Mula : 9.30 pagi
Elev : ± 130 meter
Lokasi : Batu 8, Jalan Junun, Pendang, Kedah DA
Coordinate: N5 56.764 E100 28.314
Bukit Jambul terletak lebih kurang 8 km dari pekan Pendang, Kedah. Jika melalui Lebuhraya PLUS (dari Alor Setar ke Kuala Lumpur), ia jelas kelihatan pada km70. Bukit setinggi 160 meter sahaja dengan berbentuk bulat membujur. Terdapat beberapa buah buah bukit lagi yang berdekatan seperti Bukit Pinang (130 meter) Bukit Langkap yang kurang dari 90 meter.
Sudah lama aku bercadang untuk mendaki bukit ini. Apabila melihat ladang getah berhampiran mula diterangi untuk projek perumahan (Syarikat Perumahan Negara), maka aku perlu melakukan sesuatu sebelum lanskapnya bakal berubah.
Aku memulakan kayuhan berhampiran MRSM Pendang (N5 56.798 E100 28.698) pada jam 9.30 pagi. Mengikuti jalan kuari tanah yang sangat berdebu dan terus mendaki bukit ini melalui teres sediada. Kelihatan dan kedengaran jentera berat sedang menolak dan memotong pokok getah. Paginya yang agak terik kerana matahari sudah agak tinggi membuat aku cepat dahaga dan agak keletihan sambil terkial-kial menolak dilaluan yang longgar dan berdebu, sesekali aku menuruni untuk merasai nikmat DH disini dengan berwaspada sekali dan akhirnya aku berjaya sampai ke puncak. Berhenti seketika menikmati panorama. Sambil memerhati aku mengkaji laluan. Diatas aku terlihat ladang kelapa sawit lantas aku menuruni melalui ladang ini untuk melihat sehingga mana ladang ini bermula. Rupanya ia adalah ladang yang pernah aku masuki dan lalui suatu ketika dahulu (KLIK) bersama AdiHariman.
Laluan hari ini yang berwarna biru dan laluan warna kuning adalah laluan yang ku jelajah tempohari
MRSM Pendang nun di bawah sana
Berwaspada menuruni di laluan berdebu lagi longgar
Ada ladang kelapa sawit disini
menuruni jalan ladang
cabaran melangkah parit sempadan