Translator

Tuesday, February 25, 2014

Bukit Resam: Melakar Jalinan Selanjar

Tarikh :22 Februari 2014
Mula   : 8.00 pagi  
Elev   :  ± 270 m
Jarak : 20 km
Coordinate: N6 13.981 E100 30.114

Sudah beberapa minggu aku menjelajah di gugusan bukit di kawasan ini. Sentiasa mencari sesuatu yang baru. Kalau minggu lalu aku bersendiri, minggu ini ditemani bersama saudara AdiHariman dan Rohizam. 

Seperti sebelumnya kereta diparkir di masjid Kampung Baru. Misiku: mewujudkan satu jalinan laluan yang bersambungan dari Padang Tembusu sehingga ke Panchor. Sebelum bermula, bersarapan di gerai berhampiran. Kesempatan menemuramah beberapa penduduk mengenai laluan dan nama bukit. Jam 8.00 Kami memulakan kayuhan mengikut laluan yang aku ikuti minggu lalu tetapi secara songsang. Kayuhan santai dengan laluan dalam kebun sehingga ke persimpangan yang telah aku ‘tandakan’. Dari sini kami menelusuri kebun getah dan memasuki kawasan hutan kecil. Menelusuri denai dalam hutan kecil ini dengan  mengikuti caruk (anak sungai) (sepertimana panduan dari penduduk setempat) sehingga berjumpa kawasan yang baru diterokai (ditolak sebagai teres untuk tanaman getah) kami meneruskan perjalanan  dengan menuruni bukit hingga ke kawasan kebun getah. Terpandang sebuah bukit yang seperti gondol tetapi ditumbuhi dengan rumput renek. Antara Pancor atau puncak, kami sepakat menuju ke puncak tersebut. Kayuhan merentas beberapa kebun getah sehingga terjumpa lorong hingga ke puncak. Laluan yang curam dengan batu-batu besar dan longgar memberi cabaran sebenar semasa mendaki. Dipuncak pula bersua dengan ‘Sang Penunggu’ (anjing). Pelbagai kaedah dan petua dicuba dan alhamdulillah berjaya ditenteramkan.

Dipuncak kami bertemu dengan salah seorang pengusaha kebun getah. Beliau memaklumkan bahawa bukit ini suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat persembunyiaan komunis. Kesan-kesan kubu dan pendudukan kini sudah tiada kerana telah ditolak semasa projek pembangunan tanah ini. Kesempatan berada dipuncak digunakan sepenuhnya dengan meninjau dari kejauhan laluan dan panorama. Indah dan cantik sekali bumiku.

Kemudian kami turun di laluan yang berbatu dan terus memasuki laluan yang kelihatan usang. Laluan yang curam lagi berdebu. Tanahnya yang longgar memang membahayakan. Terpaksa menuntun basikal hingga ke kawasan perkampungan iaitu kampung Empa dan berjumpa dengan penduduk setempat yang sedang berkira-kira untuk terangi semula laluan ini.

Fuhhh berdebu jalan

Menuju ke denai di dalam hutan

AdiHariman - mengimbangi diri atas titi

keluar dari hutan renek

jom kita ke sana

dipuncak yang gondol

have a break have a chocolate! .. Kuari sungai nun di bawah

P2223327

Pemilik kebun ini, En. Sulaiman sedang menceritakan sesuatu sambil menunjuk lokasi

menuruni Bukit

curam dan berdebu

Si cilik seperti berminat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...