Friday, February 28, 2014

Bukit Jambul : Kayuhan Singkat Di Pagi Terik

Tarikh :    Februari 2014
Mula   : 9.30 pagi  
Elev   :  ± 130 meter 
Lokasi :  Batu 8, Jalan Junun, Pendang, Kedah DA
Coordinate: N5 56.764 E100 28.314

Bukit Jambul terletak lebih kurang 8 km dari pekan Pendang, Kedah. Jika melalui Lebuhraya PLUS (dari Alor Setar ke Kuala Lumpur), ia jelas kelihatan pada km70. Bukit setinggi 160 meter sahaja dengan berbentuk bulat membujur. Terdapat beberapa buah buah bukit lagi yang berdekatan seperti Bukit Pinang (130 meter) Bukit Langkap yang kurang dari 90 meter.

Sudah lama aku bercadang untuk mendaki bukit ini. Apabila melihat ladang getah berhampiran mula diterangi untuk projek perumahan (Syarikat Perumahan Negara), maka aku perlu melakukan sesuatu sebelum lanskapnya bakal berubah.

Aku memulakan kayuhan berhampiran MRSM Pendang (N5 56.798 E100 28.698) pada jam 9.30 pagi. Mengikuti jalan kuari tanah yang sangat berdebu dan terus mendaki bukit ini melalui teres  sediada. Kelihatan dan kedengaran jentera berat sedang menolak dan memotong pokok getah. Paginya yang agak terik kerana matahari sudah agak tinggi membuat aku cepat dahaga dan agak keletihan sambil terkial-kial menolak dilaluan yang longgar dan berdebu,  sesekali aku menuruni untuk merasai nikmat DH disini dengan berwaspada sekali dan akhirnya aku berjaya sampai ke puncak. Berhenti seketika menikmati panorama. Sambil memerhati aku mengkaji laluan. Diatas aku terlihat ladang kelapa sawit lantas aku menuruni melalui ladang ini untuk melihat sehingga mana ladang ini bermula. Rupanya ia adalah ladang yang pernah aku masuki dan lalui suatu ketika dahulu (KLIK) bersama AdiHariman.

bukit jambul

Laluan hari ini yang berwarna biru dan laluan warna kuning adalah laluan yang ku jelajah tempohari

MRSM Pendang nun di bawah sana

Berwaspada menuruni di laluan berdebu lagi longgar

Ada ladang kelapa sawit disini

menuruni jalan ladang

cabaran melangkah parit sempadan

No comments:

Post a Comment