Thursday, November 28, 2013

Kapal Korek Tanjung Tualang: Warisan Terakhir Yang Dipulihara

Alamat : Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Coordinate: N4° 23.798 E101° 03.141

Perak terkenal dengan pengeluaran bijih timah. Ia memainkan peranan penting dalam ekonomi dan pembangunan negeri Perak dan Malaysia. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Penggunaan kapal korek yang diperkenalkan oleh pihak British telah meningkatkan lagi pengeluaran bahan galian ini.

Tanjung Tualang amat dikenali sebagai kawasan perlombong bijih timah yang beroperasi dalam skala besar. Beberapa syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar tahun 70'an terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.

Dengan penurunan harga bijih timah sekitar tahun 80an menyebabkan kelembapan dalam industri ini dan banyak syarikat telah menutup lombongnya. Bahkah banyak kapal korek telah dijual.

Terdapat sebuah kapal korek dikenali sebagai TT5 (Tanjung Tualang 5) yang masih boleh dilihat dan dilawati. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Kapal korek ini dibina pada 1938 oleh W.F. Payne & Sons untuk Pernas Chartered Management Sdn Bhd. Pernah dimiliki Southern Malayan Tin Dredging (M) Sdn Bhd. Ia telah diupgrade pada tahun 1963. Ia berhenti beroperasi pada 1992 ekoran kejatuhan industri pelombongan timah. Menurut Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) kapal korek ini dibaikpulih pada tahun 2010 dengan kos hampir 2.5 juta Ringgit.

Sedikit Fakta tentang Kapal Korek TT5 ini :-

  • Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter
  • Ketinggian : 5 Tingkat, Luas : 35m2
  • Berat : 4500 Tan
  • Tinggi Ponton: 3.8 eter
  • Tahun Operasi : 1938 hingga 1992
  • Kos pembinaan mencecah RM 30 Juta
  • Kos operasinya ±RM260,00.00 sebulan
  • Kuasa: 2274Hp
  • Kedalamanengorek sehingga 34 meter
  • terdapat 115 penyeduk (bucket)
  • Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja dalam satu shift.

Masa lawatan adalah dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang dan dibuka setiap hari
Tiket masuk: RM6.00 bagi Dewasa dan RM 3.00 bagi Kanak-Kanak
Pada yang berminat boleh hubungi En Steven Ng:-
Tel: 05-370 2253 ,H/Phone: 012-517 1260
E-mail: tt5dredge@yahoo.com

_MG_7055

Bagaikan Raksasa

_MG_7063

_MG_7068

Enjin : besi yang berkualiti

PB291285

PB291308

Teringat Kisah Mat Som karya Datuk Lat

PB291291

PB291304

_MG_7071

PB291305

ada 115 bucket

PB291313

sedang menemuramah Mr Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) berkaitan TT5

PB291317

Dulang yang diperbuat dari kayu pokok Keledang

 

1 comment: