Monday, October 21, 2013

Jamboree Pantai Merdeka 2013: Santai & Permai

Tarikh  :  19 Oktober 2013, Sabtu    
Mula    :  Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah  
Jarak   :  ± 32.9 km
Max Elev : 139 meter   
Coordinate : N5° 39.925 E100° 22.040 (mula)

Jamboree ini adalah anjuran PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Ia berjaya menarik lebih dari 1,025 orang peserta dari seluruh Malaysia.

Sekian lama (lebih dari setahun) aku tidak menyertai mana-mana Jamboree ini adalah penyertaan pertamaku di tahun 2013. Aku mendaftarkan seramai 9 orang geng rakan kayuhan Jitra dibawah nama Gerek Baru.

Berdasarkan maklumbalas dari rakan mengenai ‘rupabumi’ trek maka aku membawa si ‘ekor keras’, Morewood bagi layan trek ini. Tiada sasaran kedudukan di kayuhan ini, hanya untuk merasai ‘nikmat’ trek dan bertemu rakan-rakan lama disamping kenalan baru. Cuma berusaha tamatkan kayuhan sebelum jam 11.00 pagi(aku tiba digarisan penamat pada jam 10.40 pagi)  bergegas ke bilik untuk membersih diri dan basikal sambil mengemas barangan dan perlu ‘check-out’ bilik pada jam 12.00 tengahari.

Secara keseluruhannya aku berpuashati dengan penganjuran ini. Ia antara trek yang menarik disertai. Dengan bantuan teknikal dari Team SAZA dan rakan-rakan Sungai Petani, penganjuran dapat dilaksanakan dengan baik. Namun ada beberapa kelemahan ‘kecil’ yang boleh diperbaiki dimasa hadapan. SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada penganjur.

Trek

Flag off pada jam 8.00 pagi dengan permulaan kayuhan  diatas tarmac sejauh ±2.5km sebelum memasuki ‘offroad’ dengan menaiki ‘gon’. Di sini sudah mula sesak kerana laluan yang agak sempit dan jadi ‘bottleneck’. Selepas itu maka bermulalah episod ‘berlemoih’ apabila memasuki kawasan bendang. Hujan yang turun semalam ditambah dengan ratusan tayar yang melatam menjadikan tanah berselut. Laluan diatas tanah pamah sehinggalah pada ± km25. Disini memasuki offroad dan bermulalah cabaran sebenar. Terpaksa beratur menolak naik bukit (Bukit Pemata?) dan jumpa CP3. Dari sini dapat menikmati panorama indah Telok Nipah dan Selat Melaka. Kemudian sedikit penurunan dan kena beratur tolak naik lagi dilaluan ‘single track’ sebelum Downhill menarik hingga ke jalanraya dan terus ke penamat.

Terdapat 4 CP iaitu di permulaan, km17, km27(atas Bukit) dan km30 (atas Bukit). Laluan yang sentiasa di pantau oleh pasukan bermotosikal dan marshall yang ramah dan ramai.

Makanan & Minuman

Terdapat 2 Feeding Point , pada FP1 disediakan air mineral, pisang dan di FP2(selepas CP4) minuman juga disediakan. Air minuman pada masa aku melewati setiap FP mencukupi bahkan akupun membawa bekalan air sendiri. Cuma makan tengahari, lauknya sudah kurang. Aku cuma dapat makan gulai daging dan limau.

Hadiah & Cabutan Bertuah

PEMENANG
1.      Tempat pertama       (L&P)   RM500.00
2.      Tempat kedua           (L&P)   RM300.00  
3.      Tempat ketiga           (L&P)   RM200.00
4.      Tempat ke- 4 dan 5  (L&P)    RM100.00                

RANKING MEDAL     
1 - 5 Medal Emas Lelaki
1 - 5 Medal Emas Perempuan
    6 - 100 Rider -  Medal Emas L/P
101-  300 Rider -  Medal Perak L/P
301 - 500 Rider -  Medal Gangsa L/P

Aku cuma dapat medal gangsa ja. Hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan agak menarik dan bernilai, namun seperti biasa, rezeki masih belum padaku.

Layan gambar dibawah - Lagi gambar di FACEBOOK

Jamb Pantai Merdeka

Laluan Jamboree Pantai Merdeka

Jamb Pantai Merdeka2

Bukit Jamb Pantai Merdeka

2 Bukit akhir yang mencabar

PA190636-horz

PA190623

Menikmati keindahan dan keenakan di Pulau Sayak

PA190622

Menginap bersama keluarga di Merdeka Beach Resort

PA190459

PA190478

Geng KBS … kembali bersatu. Zam, Din, Rohairi dan Alan(lama tak jumpa)

PA190480

Permulaan kayuh di jalanan

PA190482

Sesak!  memasuki offroad

PA190502

Lecah & Berlemoih

PA190522

CP2

PA190543

FP1 ..mineral dan pisang

PA190558

PA190567

tolak la disini

PA190582

CP3

PA190605

CP4

PA190608

DH

PA190612

PA190615

Geng Perlis & GTG

PA190619

Bersama sahabat lama. Cikgu Afif (berdiri) Pengarah Projek Jamboree dan Azemi Abdun (Timbalan Pengarah MSN)

PA190621

Mulanya disini …

No comments:

Post a Comment