Translator

Tuesday, October 15, 2013

Brooks B17: Satu Permulaan Untuk Pengembaraan

 

Tarikh  :  12 Oktober 2013, Sabtu    
Mula    :  Balai Bomba Padang Besar, Perlis, Malaysia.  
Jarak   :  120 km

Salah satu cabaran bila mengayuh jauh ialah kesakitan dibahagian punggong. Ini kerana tekanan yang lama di atas pelana semasa mengayuh. Pelbagai pelana telahku cuba, dari gel hingga ke carbon, namun masalah ini tidak selesai. Ada sahabat mencadangkan mencuba pelana dari kulit. Setelah membaca beberapa artikel berkaitan basikal kembara, maka aku membuat keputusan untuk membeli sadle Brooks B17 Standard warna hitam melalui internet.

Pelana ini diperbuat dari kulit lembu yang dikilangkan dari sebuah syarikat pengeluar pelana yang terkemuka dari England(sejak 1866) iaitu JB Brooks and Co Ltd. Ia agak berat (±540g), panjangnya 275mm, lebar 175mm dengan ketebalan kulitnya 4.5mm. Didatangkan dengan tool untuk menyelaras ketegangan pelana dan perawat kulit yang dikenali sebagai ‘proofide’. Harganya agak mahal bermula dari RM320 ke atas (bergantung kepada model).

Untuk merasai keempukan pelana ini, maka hari ini aku bersama Art TTBC dan Abang Ronn mengayuh dengan lengkap untuk bertouring ke Hadyai  dari Padang Besar. Memandangkan basikal touringku masih dalam pembikinan (pemasangan beransur-ansur), maka menggunakan ‘Morewood’ku yang dipasang pelantar. Perjalanan kami melalui jalan ‘belakang’ yang tidak sibuk dengan kenderaan berat yang lalu lalang dan  redup dinaungi pokok ditambah keadaan cuaca yang redup sepanjang perjalanan. Kami mengunjungi sebuah kedai yang menjual peralatan touring(hanya satu di Hadyai) dan menziarahi beberapa sahabat sealiran. Dari situ fahamlah aku kenapa Brooks menjadi pilihan pengembara basikal walaupun ada beberapa jenama lain seperti Selle Anatomica, Gilles Berthoud, Lepper, Velo(sekadar menyebut) ada dipasaran.

Memang tidak dinafikan terasa selesa pada permulaannya apabila menggunakan pelana Brooks ini. Namun sedikit penyelarasan perlu dilakukan bagi menambah keselesaan terutama pada jarak jauh.

Quality First – Price Afterwards

IMG_2164

Barang pesananku tiba pada 09 Oktober 2013

PA120268

Memulakan kayuhan di Balai Bomba Padang Besar. Perlis pada jam 9.00 pagi

PA120285

Cuaca yang redup menyamankan kayuhan

PA120271

PA120274

menelusuri jalan yang lengang

PA120289

PA120353

Di masjid Kuanlang

PA120320

Kedai Basikal Touring di Hadyai

PA120322

Kedai basikal yang menjual peralatan Touring

PA120330

Bersama mekanik & rider. Kedai ini menjadi tumpuan kaki touring

PA120338

Hujan lebat di perjalanan kami


raya-haji

2 comments:

  1. asssalamualaikum,boleh tumpang tanya penneir bag tu beli dekat mana

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam
    Saya beli secara online dari :-
    http://www.evanscycles.com/categories/accessories/panniers-rack-bags
    agak murah kerana free shipping NAMUN
    agak lama perlu menunggu untuk sampai barangan kepada kita

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...