Tuesday, October 08, 2013

IPDTapah MTB Jamboree: Menyumbang Idea, Menilai Laluan

Tarikh  :  05 Oktober 2013, Sabtu    
Mula :  Mini Stadium Majlis Daerah Tapah, Perak.  
Jarak : ± 48 km
Max Elev : 126 meter   
Rider: 13 orang
Coordinate : N4° 11.838  E101° 15.471(mula)

Aku, Adihariman dan Din Merida dijemput oleh sahabat dari IPD Tapah dan bersama Kelab Berbasikal Seri Iskandar(SIT) untuk sama-sama berkongsi idea bagi menjayakan Jamboree IPD Tapah yang bakal dilaksanakan pada 08 Disember 2013.

Nasib baik hujan yang turun sejak awal paginya sudah berhenti. Ini membolehkan aktiviti yang dirancang diteruskan. Kami memulakan kayuhan di hadapan Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang, Tapah pada jam 8:45 pagi. Seramai 13 orang menyertai kayuhan dan  diiringi oleh sebuah pickup dan 3 buah motosikal.  Kayuhan melalui jalan mini tar yang menarik dan cantik. Laluan ‘turun naik’ ala ‘roller coaster’ menyeronokkan apabila dipecut. Adrenalin pasti meningkat dengan pola jalan sebegini.  Selepas ±14km kami mula memasuki laluan offroad dan diselang seli dengan jalan tarmac. Menarik kayuhan ini kerana kami melalui beberapa pelbagai bentuk rupabumi dan kawasan tanaman seperti dusun, ladang getah, ladang kelapa sawit, hutan simpanan, ladang jambu, kuari pasir dan yang menarik menelusuri sungai(disebelah) yang kelihatan jernih dan cetek ditambah lagi melalui beberapa perkampungan orang asli.

Pada hematku laluan yang dipilih ini bolehlah dikategorikan sebagai ‘fast trek’. Tiada bukit yang tinggi perlu didaki, tiada penurunan yang curam untuk di turuni. Laluan yang selesa dan luas. Pada yang mengejar masa dan kedudukan, pecutan pada permulaan, kejar mengejar dan potong memotong selesa dibuat. Manakala yang sukakan keindahan boleh mengambil masa, layan persekitaran dan menikmati keindahan sambil berinteraksi sesama rider.

Insyaalah dengan usaha dan kerja keras petugas, pasti  Jamboree ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, teratur dan meriah. Dengar kata hadiah cabutan bertuahpun agak lumayan. Jadi marilah kita sama-sama menjayakan Jamboree ini sambil mewujudkan  ukhwah.  Jadikan sukan berbasikal sebagai satu gaya hidup sihat sambil merapatkan hubungan warga IPD Tapah dengan masyarakat kearah merealisasikan  agenda "Bersama Membanteras Jenayah".

Terimakasih kepada sahabat IPD Tapah dan SIT atas layanan mesra semasa kami disana dan tidak ketinggalan pada semua yang terlibat.

Lagi gambar di facebook(KLIK)

IPDJamboree

Klik gambar diatas untuk besarkan imej

IPDJamboree2

Laluan asas Jamboree ini, namun beberapa perubahan pasti akan dilakukan lagi

IMG_2084

Bersama rakan sebelum memulakan kayuhan

PA050028

PA050037

PA050041

PA050043

PA050052

PA050056

Ahli SIT pun turut bersama memberi sokongan

PA050097

Diperkampungan orang asli Bukit Merah – Tapah

IMG_2095

Laluan off road yang lebar

PA050134

PA050138

melalaui kawasan ladang kelapa sawit

PA050146

PA050149

diekori oleh backup team

PA050152

PA050162

PA050182

pemandangan jauh . Banjaran titiwangsa melatari

PA050197

PA050210

PA050221

cabaran  keseimbangan

PA050245

No comments:

Post a Comment