Tarikh : 26 Oktober 2013(Sabtu)
Mula : 8:30 pagi
Lokasi : Sekolah Rendah Islam 2, Felda Mata Air, Padang Besar, Perlis
Jarak : ± 22 Km
Max Elev: 315 meter
Coordinate: N6 39.935 E100 16.784
Kayuhan Amal ini di anjurkan oleh Kelab MTB Perlis. Satu aktiviti yang berjaya menghimpunkan lebih dari 70 orang rider untuk tujuan riadah dan amal. Kayuhan ini juga mendapat kerjasama erat dari pihak PDRM Perlis yang membenarkan penggunaan laluan terlarang ini disamping menyediakan kenderaan pengiring dan mengawal lalulintas.
Objektif utama kayuhan amal ini adalah untuk membantu saudara Jamzuraimi B Jamaludin (ahli kelab) melalui kutipan derma. Untuk makluman, saudara Jamzuraimi telah dilanggar oleh motosikal pada 12/04/2013 lalu dan kini masih dalam keadaan koma. Memerlukan sejumlah wang untuk tujuan perubatan dan perbelanjaan keluarga. Anaknya masih lagi bersekolah (tingkatan 4 dan darjah 5). Marilah kita sama-sama membantu dengan menginfakkan wang ke akaun isterinya di:
CIMB 0902-0094 377-50-8 (Siti Azlinda Bt. Mohd Zain)
Semoga sumbangan ‘tangan kanan’ tuan/puan akan meringankan bebanan keluarga sahabat kita ini.
Kayuhan ini pertama kali disertai oleh aku walaupun kayuhan dilaluan ini sudah beberapa kali dianjurkan oleh pihak Perlis MTB. Laluan di Bukit Khuan Chu ini adalah laluan keselamatan dan menjadi kawasan larangan kepada pihak awam. Laluan tarmac dan berbukit yang menelusuri sempadan Malaysia/Thailand sejauh ±12km. Walaupun penat dan mencabar pada laluan ini namun aku enjoy dengan panoramanya yang indah sambil memberi tumpuan kepada pokok bogak bukit yang berjuntaian (tidak terusik ).
Lagi gambar di FACEBOOK (Klik)
Jamzuraimi suatu ketika dahulu - aktif berbasikal
bertemu dengan sahabat-sahabat lama
Ucapan oleh YBhg Datuk Zul Aznam, Ketua Polis Perlis(kiri)
Memohon doa dan berkat – dipimpin oleh Al Ustaz Prof Madya Marzukai (Presiden Kelab Perlis MTB)
Tangan kanan memberi – amalan dikira
8.30 pagi kayuhan bermula
Cabaran bermula, gon sahaja
waduh ..7 perhentian !
Downhill laju di sini
dipuncak jaya