Tarikh : Sabtu, 21 April 2012
Lokasi : Trek Jati Perik, Kg. Paya Terap, Kuala Nerang (N6 20.406 E100 31.771)
Rider : 7 orang
Mula : 8.00am @ Sek. Keb. Perik
Kayuhan Jati Perik ini di atur oleh Ustaz Raja. Mungkin hari persekolahan gantian yang menyebabkan hanya 7 orang tampil. Walau ada komitmen kenduri, namun bukan ia satu alasan, berbekal akan janji dan semangat sambil meraikan rakan, kayuhan tetap diteruskan. Yang tampil hari ini ada yang belum pernah menjejaki ke trek ini, maka elok benarlah kerana dapat merasai kenikmatan dan keindahan dan tidaklah perlu tergesa-gesa mengejar masa. Aku menjadi penunjuk jalan sambil ustaz dan Hashim sebagai sweepernya.
Insyaalah selepas ini boleh ikut laluan Perik Sabok pula
Lihatlah pendakiannya: ketinggian tertinggi 148meter
dari kiri: Hashim @ Jazkun Maskun, Ustaz Raja, Pudin TTG, Md. ISa, Che Azali dan Md. Noor
Titi yang menyeberangi sungai Perik inimerupakan permulaan untuk mendaki
Md. Isa – Orang kuat Birut Jamboree
Sejak Azali berbasikal . Ini pertama kali menjejaki Jati
Huyoo ..koi laju koi konfiden
Bahana lama tak kayuh
Jaga-jaga alurrrr air
Best dan laju di sini
Nak sampai dah, jarak kayuhan cuma 15km jer tapi ..