Translator

Thursday, October 27, 2011

Bukit Kodiang: Kayuhan Riadah dan Amal

Kayuh MarukuTq Faziel Abu Bakar atas pic

Tarikh: 26/10/2010 - Rabu
Masa  : 8.00am - 11.30am
Jarak : 21km
Penyertaan: 72 orang
Mula: Hadapan Pasaraya Wah Seah, Pekan Pauh, Perlis, Indera Kayangan

Sempena cuti Deepavali hari ini, beberapa team Kedah dan Perlis bergabung menjayakan kayuhan amal yang dikenali sebagai ‘Kayuhan Maruku’. Lontaran idea dari Geng Tuntun disambut oleh beberapa kelompok MTB lainnya. Sambil ‘mengeloi’ beberapa rakan baru untuk turut serta dan tak sangka berjaya menghimpunkan 72  homosapien bertarung melawan cabaran alam ditengah perit panas mentari. Merasai penat dan nikmat  mendaki dan menuruni.

Apa yang menarik, disamping beriadah bagi menyihatkan tubuh badan, soal-soal kabajikan juga diberi perhatian. Pihak penganjur melalui wakil mereka, En. Azali(Gerek Bendang, Perlis) melancarkan satu Tabung Khas bagi membantu Adik Nur Damia Imani Binti Mohamad Faizal( baru berusia 4 bulan) yang mengidap jantung berlubang dan baru menjalani pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Besar Sultanah Bahiyah(HBSB) Alor Setar, Kedah.

Pada yang tak berkesempatan menderma pada hari kayuhan, sumbangan boleh dihulur melalui akaun bapanya(En. Mohamad Faizal Bin Manaf - No. Tel : 012 – 4633599 ) iaitu MAYBANK:  No. 1-020-4525-706-3   

Layan gambar .. lagi gambar di FACEBOOKku

IMG_4442

Kepala GB Kedah Vs Kepala GB Perlis

IMG_4453

Dok baca ‘watikah’ sumbangan

IMG_4458

Pakat-pakat hulur – semoga mendapat keberkatan

IMG_4464

Doa dibaca memohon keberkatan & keselamatan

IMG_4468

Kepala Platoon @ Kapitan Keling(sempena Deepavali)

IMG_4536

Aduih .. ponot wooo

IMG_4526

Indah panorama

IMG_4550

Satgi … DH

IMG_4554

Huyooo .. Madi .. tungangan FS nya ‘meka’ Santa Cruz

IMG_4581

Antara yang pecah tayar

IMG_4582

coooool …

Wednesday, October 19, 2011

Sabah: Kembara Bermula

Tarikh: 12 Oktober 2011 - Rabu

Sabah, negeri di bawah bayu – negeri yang tidak pernahku jejaki sebelum ini. Selesai segala urusan rasmi, kesempatan diambil untuk melawat beberapa tempat menarik di sana.

Pertama .. melawat sekitar Kota Kinabalu”-

_MG_7177

Menara Tun Mustapha(Dulu dikenali sebagai Bangunan Yayasan Sabah) menjadi salah satu ikon Kota Kinabalu (KK). Terletak berhampiran telok Likas ±5 km dari pusat bandar KK. Binaan menaranya yang unik yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung"(column-free floors) dan hanya ada 4 buah sahaja di dunia ini.  Menara setinggi 30 tingkat ini menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri serta menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah

IMG_4102

Masjid Terapung Likas – Cantik senibinanya: rugi tidak sempat solat disini

_MG_7432

Salah satu kuih yang agak terkenal di KK ialah kuih cincin. Harganya RM8.00 sebungkus(bungkusan besar). Ianya diperbuat dari tepung beras, tepung gandum dan  gula merah. RASANYa macam kuih keria tetapi ianya agak keras, rapuh dan rangup. Keropok amplang juga unik disini dan mempunyai dua perisa iaitu ikan tenggiri dan udang.

_MG_7197

Berhampiran Komplek Sinsuran terdapat pasar Filipina yang terkenal dengan produk kraftangan dan cenderahati tempatan seperti t-shirt, rantai kunci dan lain-lain lagi. Sabah memang terkenal dengan mutiaranya jadi disini dan pasar ini juga menjual mutiara tersebut. Berhati-hati dengan mutiara tiruan dan pandai-pandailah menawar harga. Aku lebih selesa membeli mutiara di Kedai JAMILAH. Ini kerana kita membeli di kedai harga patut dan tidak akan tertipu dengan yang tiruan.

_MG_7443Pasar ikan masin

Mejadi tarikan kepada penggemar ikan masin. Ianya juga menjual ikan bilis, udang kering, rumpai laut dan gamat. Tertarik aku dengan sirip Yu, harganya hmm boleh tahan RM550.00. Berdekatan dengannya ada Pasar Buah dan Pasar Besar  yang menjual hidupan laut yang masih segar.

Tidak sempat aku mengambil gambar suasana malam di Pasar Malamnya. Disini terjual berbagai aneka makanan terutama  makanan laut seperti ikan bakar, Sotong Bakar dan Udang Bakar (besar). Harganya berpatutan dan kemahiran tawar-menawar diperlukan.

Bersambung ……..

Monday, October 03, 2011

Kayuhan Sejahtera Kedah : Riadah & Ukhwah

 IMG_3995

Tarikh: 01 Oktober 2011 – Sabtu

Flag Off: 7:45 pagi

Lokasi: Taman Tema Darulaman, Jitra, Kedah

Kayuhan Kedah Sejahtera(KSK) 2011 sepatutnya diadakan di di Balai Pos Alor Biak, Mukim Jerlun, bersempena dengan Expo Perdagangan Kedah Sejahtera 2011. Ianya diubah lokasi kayuhan ke Taman Tasik Darulaman  kerana Expo tersebut telah ditunda atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Penganjur acara ini ialah Gerek Baru. Ia berjaya menghimpunkan  ± 170 peserta dan berkonsepkan ‘fun ride’. Tiada yuran penyertaan bahkan peserta dibekalkan dengan air/pisang dan bihun goreng. Tuan Speaker DUN Kedah, YB Dato’ Dr. Isa sempat meluangkan masanya dengan memberi sedikit ucapan dan ‘melepas’ peserta. (TQ YB Dato’).

Matlamat KSK ialah: -

  • Menanamkan sikap dan gaya hidup sihat melalui aktiviti basikal dan membina masyarakat yang sihat dan cergas.
  • Menarik minat golongan belia serta masyarakat setempat untuk menyertai aktiviti berbasikal
  • Memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.
  • Memupuk semangat saling bantu membantu.
  • Menghidupkan ukhwah sesama rider terutama sekitar kawasan utara

Pihak penganjur juga telah melancarkan Kutipan Amal untuk  mengisi Tabung Perubatan Adik Nur Azreen  dan ternyata kayuhan ini berjaya mencapai matlamatnya.

TAHNIAH aku ucapkan kepada sahabat-sahabatku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan penganjuran KSK. Maaf dipohon kerana tidak dapat memberi sepenuh komitmen. Terpaksa menghadiri satu majlis ilmu yang seharian bermula sejak  Hari Jumaat (30/09/2011). Walaubagaimanapun sempat jua aku menjengah ke acara ini pada sebelah paginya. Tidak banyak gambar untuk ditatap  …. (Columbia Asia - Cycle for Your Heart juga hai,hai bye,bye – terpaksa utamakan yang utama)

LAGI GAMBAR DI FACEBOOK

_MG_7133

Musyawarah Marshall d dinihari

_MG_7146

Team Batu 2 SP

_MG_7155

Kedatangan YB Dato’ Speaker diiringi oleh Pengerusi Majlis(kirinya)

_MG_7162

Bersedia untuk ‘perlepasan’

_MG_7163

Sham – penunjuk arah – pembawa ‘panji’ semerang – Pemuda Bani Othmani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...