Tarikh : 13 Mac 2011 (Ahad)
Flag-off : 7.45 pagi
Tempat : Pantai Telok Batik, Lumut, Perak
Jarak : ± 30 km
Merupakan Jamboree ke-3 yang disertai penulis dalam tahun 2011.
Jamboree ini diadakan pada waktu cuti sekolah dan ianya diadakan pula di kawasan pantai pelancungan terkenal negeri Perak. Peluang sambil melancung bersama keluarga.
Team Gerek Baru menghantar 10 orang wakilnya bagi menyertai Jamboree ini dan semuanya membawa keluarga untuk turut bersantai.
Seramai lebih dari 700 peserta mendaftar utk kayuhan ini. Satu pencapaian yang agak baik, walaupun penyertaannya agak perlahan di awalnya.
Goodies
Urusan mengambil goodies berjalan lancar. Goodiesnya seperti lain-lain Jamboree.(OK la tu) yang meliputi T Shirt , Sijil Penyertaan, No. Plet dengan pengikat(cable tie - yang pendek), 2 paket suntonic dan botolnya.
Tiada jersey hanya T-Shirt yang warna hijau pulak. Penulis lebih tertarik pada ‘T-Shirt petugas’.
Tapak permulaan yang memang bersesuaian. Tempat meletak kenderaan yang luas dan percuma, keluarga boleh bersantai di pantai, anak-anak bebas berlari bermain, ibu-ibu senang mengunjungi gerai. Malamnya ada night bazar dengan berbagai persembahan seperti pertunjukkan silap mata yang memeriahkan lagi kawasan tersebut.
Trek
Permulaan kayuhan lebih kepada menelusuri jalanraya utama, memasuki laluan mini tar dan merentasi beberapa ladang kelapa sawit, Sejauh ±18km penganjur memberi ‘laluan mudah’ supaya para rider menikmati persekitaran Telok Batik. Sejurus menikmati suntonic di FP1 , cabaran sebenarpun bermula. Dari situ terus sahaja mendaki (± 200 m di hadapan) dipondok rehat, kesesakan mula berlaku apabila ramai rider mula menolak basikal. Mendaki (sambil menolak) dan terus mendaki. Penurunan yang tidak puas apabila kena mendaki lagi sehinggalah ke ± km 24 barulah dapat merasa DH, namun ianya terlalu panjang dan agak curam disamping tanah dan akar kayu yang licin menyebabkan keseronokannya menjadi terbatas, sebab itulah ramai juga yang ‘tuntun’ basikal di sini. Mungkin keadaan ini ada baiknya kerana ramai rider mengambil sikap berhati-hati untuk elak kejadian tak diingini.
Terfikir penulis, Bagaimana KELOMPOK SANG JUARA berjaya menamatkan kayuhan kurang dari 2 jam? Bermakna trek ni boleh di kayuh lah. TETAPI apabila beratus orang melaluinya, kesesakkan akan berlaku, jalan menjadi lunyai dan licin ..
Penulis juga merasa kasihan kepada beberapa orang rider Junior yang nampak begitu letih menolak basikal bahkan pada beberapa tempat yang curam, mereka membiarkan basikal mengelongsor turun akibat keletihan. Dibeberapa tempat penulis membantu dan memimpin beberapa rider yang sudah kejang kakinya
Mungkin penganjur perlu memikirkan juga tahap kemahiran dan kemampuan peserta
PETUGAS
Petugas yang ramai dapat melaksanakan kerja dengan baik, walaupun sepatutnya pada tempat-tempat yang curam, peranan mereka perlu dipertingkatkan lagi. Bantuan dari polis lalulintas melancarkan laluan di kawasan jalanraya. Pasukan perubatan dari pihak JPA3 dan pasukan motocross digunakan untuk membawa keluar peserta yang menghadapi masalah.
MAKANAN
Suntonic yang disediakan di FP1 sebagai persediaan tenaga bagi mendaki bukit di hadapan. FP terakhir baru disediakan pisang. Tapi kalau dibuat dipuncak sana lagi baik.. Kerana keletihan menolak akan berbaloi. Tenaga dapat dikumpulkan semula.
Makanan Tengahari
Makan tgh dengan 3 mata masakan sememangnya sedap. Pujian diberi .. bahkan keluarga juga dibenarkan menikmatinya
HADIAH
Pada yang kuat dan laju ada habuannya sehingga no. 5 (medal dan hadiah wang tunai). Ada pembaharuan apabila peserta terakhir juga diberikan hadiah, bagus juga idea ini. Ia sebagai penghargaan pada mereka yang bersusah payah menamatkan kayuhan walaupun sudah tak terdaya .. inikan JAMBOREE bukannya Race.
Raja dan Ratu Bukit juga ada hadiahnya. Ramai juga mempersoal hadiah kepada warga emas tersebut, tetapi harus diingat ‘simbolik’ kepada penghargaan tersebut.
Walaubagaimanapun Team kami masih tiada tuah lagi … masih berputih mate.
KESIMPULAN
Dari maklumbalas, ramai peserta yang merungut berkenaan treknya yang berbukit itu. Penganjur perlu mendengar dan mengambil kira rungutan ini dan anggaplah ia sebagai cabaran dan dugaan.
Secara keseluruhannya, penulis ‘tabik’ kepada penganjur kerana bertungkus lumus memastikan acara ini berjalan dengan jayanya dan penulis menarafkan 5.5/10 atas Jamboree ini dengan mengambilkira pelbagai aspek.
Do It Right The First Time
Lagi Gambar di Facebook
ALBUM 1
ALBUM 2
km 12: CP 2
Kenapa tu? Sang Gergasi hitam ada masalah? Masya-Allah!
Berjumpa sepupu dari nasab ibu(lama tak bersua): Sdr. Zambri Ramli - Navy di sini - Terima kasih kerana menegurku .. TQ pada Alan KBS atas gambar ini.. teruja & bersembang sampai lupa nak ambil gambarnya .. Itulah Jamboree
2 sahabat dari SAZA SP .. kayuhan senada ..Lihatlah kecuraman laluan ini
CP3 – Di denai atas bukit
Bermulalah DH yang mengancam
Sdr Sazaly dari ARB Cycling Team Kat Sini dan laluan seterusnya tempat paling best bagi penulis.
CP 4
Huyooo !!! .. Apabila nampak matahari ..barulah trail nampak menarik
Uhhhh! .. berattt .. mata memandang
Pusat latihan – Jati & Bina Diri
Makan SODAP
Antara Hadiah Utama - 3 unit frame Giant
Piala - pada 5 rider yang sampai dulu – pastinya bukan aku – kerana aku takkan mampu kecuali pada hari ITU ..