Monday, March 29, 2010

Wang Perah: Mencari Denai

Tarikh: 27 Mac 2010
Mula  : Wang Perah
Masa  : 8.30am
Jarak   : 25km
Rider : 3 Orang sahaja = Shahrizal, Azizan dan Saifuddin
Setelah mendengar maklumat, bahawanya ada denai yang menghubungkan  Perik @  Bukit Wang  ke Wang Perah, maka pencariannya bermula dengan diketuai oleh Saudara Tandopee.
Dengan  hanya makluman lisan perjalanan menjejaki lorong-lorong kecil di hutan agak sukar dan mencabar, tetapi memang menyeronokkan, laluan dalam dusun dan hutan dengan flora dan fauna dan bunyian unggas, nyaman dan damai.  Walaupun denai yang bersambung tidak dijumpai sepenuhnya, namun ini adalah babak permulaan. Sekurang-kurangnya sedikit gambaran telah diperolehi untuk tinjauan selanjutnya.  Apatah lagi kalau ianya dibantu dgn teknologi(GARMIN)..insyaallah denai laluan akan dijumpai.
Bermulanya dari sini ..RESTOREN SRI RIMBA -
LOKASI - Spg. 4 ke Kuala Nerang, Changlun, Wang Perah dan Napoh
Menuju ke Wang Perah
Bak Kata pepatah orang tua2.. berjalan dgn mulut. Rajin Bertanya tak sesat jalan ..kecuali dalam hutan.
Di kawasan tanaman Limau Bali -  Kg. Wang Perah adalah zon utama tanaman limau bali di Negeri Kedah.
Dipersimpangan!!- Terus Ke Perik.. Kanan ke Bukit Wang.
Ini adalah dapatan dari hasil tinjauan kami.
Saudara Azizan - memang bersemangat - makluman tentang XPDC ini(Versi Englias) - Klik sini
Di kawasan dusun
Melintasi kawasan kebun getah, mula memasuki kws hutan kecil
Ada Charok... mungkin aliran charok ini bersambungan dari Bukit Wang.
Terpaksa mengundur dahulu..dgn habuannya .. Cendul Pulut Special.
BERDOALAH SEMOGA PENCARIAN SETERUSNYA AKAN BERJAYA
Kejayaan penyambungan Denai ini akan mendekatkan lagi laluan antara Daerah yg bersebelahan disamping memberi cabaran laluan kpd para Rider MTB nanti.

Friday, March 26, 2010

Bukit Wang - CP3 & Trek Balak

Tarikh: Jumaat, 26 Mac 2010

Jam : 3.30pm

Mula: Redflag Jitra

Rider: 7 Orang

Jarak: 25km

Pencarian masih berterusan, kali ini bersama Redflag. Kayuhan diketuai oleh Nasrul(Lontruth), Jeff, Ai(navigator & sweeper), Din & Pudin, Art dan anaknya (Pitt).

Permulaan laluan dari kedai Jeff Redflag terus memasuki jalan kelubi, Jitra dan memasuki laluan minggu lepas tetapi mendaki ke puncak lagi.

Kayuhan diwaktu petang memang menyiksakan. Dgn kepanasan petang, air yang banyak memang diperlukan..Pukul 3.00 pulak adalah time tidurku selalunya, jadi tak hairanlah letih!!! (alasan ni...).

3.30pm .. segalanya bermula dari sini .

Jeff .. kayuhan melalui terowong kelubi

DH ..best ni ..tetapi agak berbatu laluannya.

Banyak sangat pagar .. utk melintas barbagai aksinya

Pagar lagi ... hati-hati atau tayar anda menjadi mangsa.

Din & Pudin 

Laluan CP3 .. dari sini din terpaksa mengundur diri dahulu

Disanalah  Perik ..Nasrun sedang menunjukkan arah yang bakal dilalui nanti

Bergambar di puncak kedua ..ada beberapa puncak tertinggi lagi.

Penghujung jalan.. terpaksa kembali ke pangkal jalan .. 

laluan ni baru sahaja di tarah

Setelah kembali ke jalanraya, hujan renyai sudah mula turun dan apabila sampai di kedai Redflag. Alhamdulillah barulah lebat hujannya .. jika tersangkut di Trek balak tadi?? bayangkanlah bakal laluan yg perlu dihadapi. 


 


Tuesday, March 23, 2010

BUKIT JAMBUL, PENDANG


Seringkali bila melintasi Bukit Jambul Bukit Pinang ( dalam perjalanan dari Alor  Setar ke Selatan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan) sentiasa terlintas di hati bahawanya akan ku tawan Bukit Jambul  Bukit Pinang  ini satu hari nanti.
Kebetulan kelmarin ke Pendang,  peluang diambil untuk meninjaunya. Bukit yang dahulu cantik kini telah ditarah. Kuari tanah untuk projek Landasan berkembar  menguatkan lagi  semangatku untuk mendakinya (kerana satu hari nanti Bukit ini pastinya luput dari muka bumi dek pembangunan).
Kuari diatas bukit dengan laluan lori tanah berkecerunan 20 darjah tentu menarik kayuhan ini. Penduduk tempatan memaklumkan bahawa pendakian hanya dibenarkan selepas  jam 5.00pm dan hari cuti. Alor Setar dan Yan dapat dilihat dari puncaknya.
Pada rider yang pernah mendaki atau mengetahui tentang Bukit Jambul Bukit Pinang , pohon respon utk panduan pendakian(atau kayuhan bersama).
adiharriman pernah kesini ...sila klik..

* PEMBETULAN: Bukit Jambul yang dinyatakan sebenarnya adalah Bukit Pinang

Monday, March 22, 2010

Trial Bukit Wang - Pencarian Laluan

Tarikh: Sabtu, Tanggal 20 Marca 2010

Mula Kayuhan : 7.30am

Rider : 7 Orang

Mula: Kedai Alias D' Pallas, Kampung Gelam, Jalan Hospital, Jitra, Kedah.

Jarak: 32km

Masa: 2 jam 20 minit

Sekali lagi, pencarian laluan baru utk trial Bukit Wang di lakukan. Mungkin sesetengah laluan yg dinyatakan dalam blog ini telah pernah dilalui( namun tidak diketengahkan), maka kebertanggungjawaban  kami dalam merintis  jalan ini adalah semata-mata utk dinikmati oleh para rider kemudiannya.

Kedah Jamboree 2009 telah berlalu, kebarangkalian ulangannya adalah rendah. Sehubungan dgn itu, pencarian-pencarian ini adalah utk melengkapkan lagi trial BUKIT WANG dan ada kemungkinan Mini Kedah Jamboree(ATAU APA SAJA NAMA YG BERSESUAIAN) akan direalisasikan. Apapun tunggu...!!!!!!!


Kelajuan Kayuhan mereka tu sampai Boleh potong Motor nyonya tu. Kayuhan menuju Bukit Wang melalui jalan hospitan(Jalan Ke Malau) 

Membelok ke arah Taman Cermai

Melalui Laluan Paip Gas

Lalauan Paip ini berada di belakang kampung KEDA Malau(Dikiri gambar adalah Kg. KEDA)

Memintas masuk ke Kebun Getah ke arah kawasan ternakan ayam(Kami gelar = Reban Ayam)

Dari Sinilah bermulanya pencarian, Saudara Alias(pakar dlm peninjauan) menerajui pencarian ini.

 Saudara Alias menerangkan sesuatu tentang arah laluan

Merentasi anak sungai - berada dalam kawasan dusun

Kawasan teres getah - Syam tanggung basikalnya utk memudahkan perjalanan.

Alias .. sedang meninjau arah yg bersesuaian

Laluan dihalangi dgn pagar berduri

Saudara Alias sedang menunjukkan kesinambungan laluan yg bercantum dgn Bukit CP3

Terpaksalah melintas pagar berduri.

Saling bantu membantu mengangkat basikal menyeberangi pagar

Penat menanggung gerek tuu. Di kanan sekali, rider junior anak kpd Art(kiri)

Alias sedang menunjukkan laluan yg harus diikuti dan dibersihkan .. Syam menggaru kepala yg tidak gatal

Perjalanan yg terpaksa diteruskan - Bukit yg telah digondolkan dan masih kelihatan kesan pembakaran terbuka

Saudara Senu(Pensyarah UiTM Arau) keletihan setelah menaggung dan mendaki

Akhirnya ... Inilah laluan Kedah Jamboree dahulu

Setelah kembali ke Jalanraya utk memasuki laluan belakang Bukit Wang, bersua dgn Geng PerlisPowerMTB dan Malakoff- kayuhan Padang Terap ke  Wang Kelian - Rujuk: http://perlispowermtbclub.blogspot.com/

Disini ..Cikgu memaklumkan ada lagi laluan motocross yg ditinggalkan kerana balak yg merintangi laluan itu .. akan di tinjau kemudian nanti

Di dalam kawasan Kelapa Sawit -  Tayar syam tercabut ..hati-hatilah tuan/puan ..ketatkan QR anda

Hari ini tidak memasuki laluan Nasrun.. hanya singgah menyapa sahaja. Beliau dan geng-geng DH sedang pulun membuat laluan.

Di laluan Rekreasi Bukit Wang