Monday, September 16, 2019

Jeju: Day 02 - Pesona Indah Seopjikoji

... BERSAMBUNG

Tarikh       :  21 Ogos 2019 (4H 5M)  
Misi           : Santai di Seopjikoji
Lokasi       :  Seogwipo, Jeju, South Korea
Coordinate : N33.42450° E126.93105°
Map Links  : https://goo.gl/maps/7pCvBqVrcW99TuBs9

Salah satu lagi mercu tanda Jeju yang mesti dikunjungi ialah Seopjikoji yang terletak di pantai timur Pulau Jeju. Di dalam dialek Jeju, "Seopji bermaksud sebidang tanah yang sempit dan" Koji "bermaksud penonjolan.

Ia adalah pantai yang memanjang dan berbukit dengan tumbuhan renek menjadikan kawasan ini sungguh cantik mata memandang. Terdapat laluan pejalan kaki dibina dipesisir pantai hingga ke rumah api. Maka tidak hairanlah beberapa drama korea telah membuat pengambaran disini NAMUN drama ‘All In’ lebih senonim dengan kawasan ini, dimana gereja khas yang dibina untuk drama menjadi tumpuan pengunjung NAMUN gereja tersebut sudah tidak ada lagi kerana rosak dilanda ribut dan kini diganti dengan ‘Candy House’

Kami menelusuri laluan pejalan kaki yang dibina sempurna sambil menikmati pantai dan sesekali membetulkan topiku agar tidak diterbangkan angin yang bertiup sedikit kencang. Bergambar di beberapa tempat. Di pertengahan jalan kami bersua dengan binaan dari batu pantai yang kelihatan seperti kubu yang rupa-rupanya adalah rumah api lama iaitu Hyeopja Beacon Fire (dibina semasa era Joseon). Ia digunakan sebagai alat perhubungan dengan memberi isyarat asap kepada beberapa rumah api lain yang berdekatan seperti Osopo Beacon, Seogsanpo Beacon disebelah utara dan Maldeungpo Beacon di barat.

Laluan pejalan kaki berakhir di penghujung semenanjung yang menempatkan sebuah rumah api di atas bukit berlatarkan Seongsan Ilchulbong. Dari atas bukit ini dapat melihat seluruh pantai Seopjikoji. Pantai disini sangat unik dengan batuan agak aneh dan luar biasa. Satu batu besar disini dikenali sebagai "Seondolbawi". Menurut cerita rakyat tempatan, batu ini melambangkan cinta seorang anak dewa laut yang cintanya tidak kesampaian dan berubah menjadi batu.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Seopjikoji. Ia dibuka 24 jam setiap hari sepanjang tahun

a well-paved stone path that winds gently along the clifftop.

"Send Horses To Jeju And People To Seoul."

Berdasar fosil yang dijumpai mendapati kuda sudah lama bersama dengan masyarakat Jeju sejak Zaman Gangsa lagi. Namun spesis kuda terkini katanya dibawa dari Mongolia sejak abad ke 13 bilamana Mongolia yang ingin meluaskan empayar mereka  menjadikan Jeju sebagai pangkalan untuk membekalkan kuda perang sebagai persiapan untuk menakluki Namsong dan Jepun.

Selepas era perang Ia menjadi sangat berguna dalam sektor pertanian namun apabila teknologi pengangkutan dan jentera berkembang maka bilangannya semakin menurun. MAKA Kerajaan Korea telah mengistiharkan Kuda Jeju sebagai Natural Monument No. 347 dalam tahun 1986, sebagai usaha untuk menjaga dan mewarisi tinggalan yang ada.

Seondolbawi - Dramatically sculpted rock formations

Rumah suar di penghujung tanjung

Breathtaking views, beautiful countryside.

Berlatarkan Seongsan Ilchulbong

Berlatarkan Hyeopja Beacon Fire dan Candy House

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Friday, September 13, 2019

Jeju: Day 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong

… BERSAMBUNG
Tarikh       :  21 Ogos 2019 (4H 5M)  
Misi           : Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
Lokasi       :  Jeju, South Korea
Coordinate : N33.45946° E126.93978°
Map Links  : https://goo.gl/maps/XCJLXHTrPcVGtfXs5
Puncak Seongsan Ilchulbong terletak di bahagian timur pulau Jeju, sejauh ±41km dari hotel kami. Ia juga dikenali sebagai ‘Sunrise Peak’. Puncak Seongsan Ilchulbong terpacak naik dari bawah laut akibat letusan gunung berapi lebih dari 5,000 tahun yang lalu. Bentuk puncak yang tampak bagai sebuah mahkota dan dikatakan lokasi terbaik untuk melihat matahari terbit. Bahkan ada festival khas untuk melihat fajar menyinsing pada setiap awal tahun baru sejak tahun 1994 lagi. Ia juga dianugerahkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dalam tahun 2007. Dengan keindahan pemandangan yang memukau menjadikan ia terpilih sebagai latar kepada pelbagai filem, drama, iklan dan lain-lain lagi.
Sebelum ke sini kami singgah ke sebuah ladang citrus.
Kami tiba ke sini dalam jam 9:30 pagi dalam cuaca yang mendung. Mengalu-alu kehadiran kami di pintu masuk dengan monumen khas sebagai memperingati Jeju sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Baru Alam. Pastinya ia menjadi lokasi bergambar.
Monumen di pintu masuk – Tertulis di tiang
  • National Designation of Natural Monument: 18 July 2000
  • Inscription to UNESCO'S World Natural Heritage: 2 July 2007
  • Certificate of Global Geoparks Network: 1 October 2010
  • One of the world's New 7 Wonders of Nature: 21 December 2011
Tiket perlu dibeli di kaunter tiket sebelum dapat memasuki dan mendaki ke puncak ini. Kami tidak perlu membayar harga tiket kerana tiket sudah ditanggung oleh agen kami dan aku rasa tiket masuk ke sini 2,000 KRW untuk dewasa dan 1,000 KRW untuk kanak-kanak
Semasa kami ingin memulakan pendakian, hujan mula turun dan kami tetap meneruskan pendakian dengan memakai baju hujan. Puncak Seongsan Ilchulbong adalah setinggi 182 meter dan laluannya agak curam (Avg Grade ± : 14% dan Max Grade: ± 36% ). Laluan khas yang selesa dibina hingga ke puncak. Pendakian di tempat curam dipermudahkan dengan anak tangga dengan pemegang. Pendakian mengambil masa ±30 minit sehingga ke puncak.
Sampai dipuncak ± jam 9:55am, kami berehat seketika melepas lelah sambil bergambar. Di puncaknya terdapat sebuah kawah yang mempunyai keluasan diameter ± 600m dan sedalam ± 90m, namun tiada air yang bertakung kerana tanah disini poros dan tidak dapat menyimpan air). Di puncak ini juga tersedia platform khas untuk tujuan melihat matahari terbit. Dengan pemandang sekitar 360°, aku amati sekeliling kawah ini dan kelihatan tebing2 tinggi yang terletak di Bahagian Tenggara dan Utara Bukit ini. Manakala di sebelah barat laut adalah kelihatan bukit yang menghijau berumput yang bersambungan dengan Desa Seongsan.
Selepas bergambar kamipun turun dan hujan kembali turun dan lebat dan kami mengambil laluan turun ke pantai bagi melihat tempat persembahan Jeju Woman Diver namun ia hanya diadakan setiap hari pada pukul 1.30 petang dan 3.00 petang sahaja.  Alamak! Namun dapat melihat wanita ini menangkap haiwan laut dan dihidangkan kepada pelancong secara mentah. Memandangkan masa diberi kepada kami semakin suntuk, kami meredah hujan balik ke bas yang memang sudah menanti kami.
Layan Gambar
Di Puncak : – kelihatan kawah menghijau tanpa air yang bertakung
pemandangan 360°
Deung Gyeong Dol (Jing Gyeung Dol) Rock
Penduduk kampung Seongsan menggelar batu ini Deung Gyeong Dol (Lamp Rock). Biasanya penduduk akan membunyikan semboyan (horn) 4 kali bila melewati batu ini sebagai penghormatan kepada dewa dan General Kim Tong Jeong.
Semakin ke puncak laluan semakin mencanak . Penurunan adalah melalui laluan lain dan melalui Tangga khas
Pekan Seongsan di belakangku
Tangga ke pantai untuk menyaksikan penyelam wanita (Haenyeo) membuat persembahan mencari hidupan laut tanpa bantuan alat pernafasan.
Di pantai dengan batuan unik dan di sana puncak!
Masa yang tidak kena, maka kami tidak dapat menyaksikan persembahan “Haenyeo” yang merupakan simbol wanita yang mempunyai semangat kental. Mereka mengambil alih tugas ini dari kaum lelaki sejak akhir abad ke-17. Culture of Jeju Haenyeo was designated as the UNESCO Intangible Cultural Heritage of Humanity in 2016.
BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Monday, September 09, 2019

Jeju: Day 01 - Babak Mula

Tarikh       :  20 Ogos 2019 - (4H 5M) 
Misi           :  Menginap di Jeju City    
Lokasi       :  Jeju, South Korea
Coordinate :  N33.50090° E126.52008°
Map Links  :
Kami bertolak dari KLIA 2 pada jam 06:50 pagi dengan penerbangan selama ± 6 jam dan selamat mendarat pada jam 14:00 (waktu Tempatan). Usai urusan imigresen, kami disambut oleh pemandu pelancong kami, Wonni yang mahir berbahasa indonesia.

Wonni seorang wanita single  pertengahan usia(trend semasa disini suka membujang kerana tidak mahu terikat dengan perkahwinan), graduan lulusan universiti dari UK dan pemegang master degree, fasih berbahasa Inggeris, Indonesia dan sedikit Siam. Pernah tinggal dan bekerja di Thailand dan terselamat semasa tragedi Tsunami melanda Phuket. 


Sebelum ke hotel kami di bawa ke Yongduan Rock @ Dragon Head Rock ( N33.51596° E126.51199° ). Ia terletak di Bahagian utara hampir di penghujung Kota Jeju. ± 3km dari airport. Jadi tidak hairanlah kita dapat melihat  kapalterbang lalu lalang berselang. Tiada bayaran masuk dikenakan dan ia buka setiap hari 24 jam.


Smiling Mermaid Statue – Memperingati ‘haenyeo’ Penyelam Wanita Yang Cekal.
Mengikut cerita rakyat, Yongduan Rock terjadi apabila seekor naga yang hendak terbang ke langit telah disumpah/dipanah oleh dewa Mount Hallasan lalu jatuh ke laut menjadi batu. Ya, jika kita tengok pada sudut tertentu akan kelihatan seolah seekor naga yang mendongak memandang langit.


Pantainya dipenuhi  dengan batu-batu tajam yang hitam. Jika anda menjengok atau meneruskan ke hujung pantai akan nampak beberapa orang wanita (penyelam wanita – Haenyo) yang sedang menyiang Abelone untuk diberi makan mentah kepada pelancong

Selepas itu kami menuju ke Astar Hotel (N33.50090° E126.52008°) untuk menginap. Ia adalah hotel 4 bintang. Terletak di 129 Seosa-ro, Samdoil-dong, Cheju, Jeju-do, Korea Selatan iaitu ± 3.3 km dari Lapangan Terbang Jeju. Dengan bilik yang agak luas lagi selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas setaraf bintangnya.

  Bilik yang sangat selesa


Petangnya, aku bersama isteri mengisi masa lapang dengan ronda beberapa kawasan sekitar Jeju City.
Jeju city adalah kota yang selamat lagi bersih. Tiada pencuri dan pengemis.
Di jalanraya hampir tiada polis yang kelihatan kerana mereka sangat berdisiplin. Lagipun banyak CCTV yang sedang memerhati. Langsung tiada gerai dibahu jalan. Anjing tidak dibenar berjalan di taman atau jalanraya (tanpa pengawasan) dan najis perlu dibersihkan atau DENDA. Sampah dibuang pada tempatnya dan caj dikenakan untuk membuang sisa makanan.
Jam 6.00 kami ke restoran di tingkat 2. Makam malam kami ehsan dari pengurus hotel.  Kami dihidangkan dengan makanan tradisional Jeju. Hidangan ikan mackarel bakar pasti menjadi kegemaranku disini.
Selepas makan malam, kami mengadakan sedikit perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Sumber Tani, Pengangkutan Dan Industri Utama, YB cikgu Azman Bin Nasrudin.
Layan Gambar suasana hari pertama sekitar Jeju City
Meet Dol Hareubang, the symbol of Jeju Island.
Patung dari basalt stone dipercayai dibina dalam  tahun 1754 oleh Kim Mong-gyu, seorang majistret di Jeju. BAtu ‘Tok Nenek’ yang asalnya dibina berpasangan untuk menjaga pintu istana di pulau Jeju. Juga dianggap sebagai patung keagamaan yang mendatangkan tuah dan sebagai pelindung atau penjaga. Penduduk Jeju mempercayai patung ini juga adalah sebagai simbol dari kesuburan. Mereka mempercayai jika perempuan menggosok bahagian hidung Dol Hareubang, maka ia akan melahirkan bayi laki-laki. jika menggosok telinga patung ini, maka ia akan melahirkan bayi perempuan.
Semasa meronda jumpa salah satu hotel bajet yang juga menyediakan perkhidmatan sewaan basikal. Harga bilik KRW35,000 manakala basikal ialah KRW50,000 sehari
“Samdado Island,” 삼다도
Jeju is known as an island of 3 abundances – WIND, ROCK & WOMEN
BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Monday, September 02, 2019

Jeju: Muqadimah

Tarikh       :  20 – 24 Ogos 2019 ( 4H 5M) 
Currency   : RM3.49 = 1,000 ₩, won, KRW 
Lokasi       :  Jeju, South Korea
Coordinate :
Map Links  :

Bila bercerita tentang percutian ke Korea, ramai yang terfikir dan hanya mengenali Seoul. Ini kerana Seoul adalah ibu negara bagi Korea Selatan dan kebanyakkan tempat menarik yang dipromosikan oleh Korea terletak di Seoul. Tetapi ada sebuah pulau yang kini sedang ‘trending’ iaitu Jeju

Pulau Jeju di Korea Selatan adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di Selat Korea. Terletak sejauh 455km dari Seoul. Ia adalah wilayah ke 9 di Korea dan merupakan wilayah yang paling kecil. Ironinya ia adalah pulau terbesar di Korea yang berkeluasan ± 2.5 kali saiz Singapura (1,846 km2).

Ia mulanya dikenali sebagai 'Cheju' atau Cheju-do. Dan kini menjadi lokasi percutian yang terkenal dan mendapat jolokan sebagai "Hawaii of South Korea."

Bukan sekadar keindahan alam alam semulajadi yang unik dengan kepelbagaian formasi volcanicnya juga pada nilai arkeologi, ekologi dan kebudayaan yang dimilikinya sebab itu ia terpilih menjadi salah satu daripada 7 Keajaiban Baru Alam oleh New7Wonders Foundation yang berpangkalan di Switzerland. Bahkan beberapa kali mendapat pengiktirafan dari UNESCO

Aku pernah ke Korea Selatan dalam tahun 2012 (KLIK) dan Alhamdulillah, sekali lagi terpilih sebagai pegawai pengiring/urusetia program lawatan sambil belajar anjuran organisasiku yang disertai oleh 33 orang peserta (Ada juga peserta bawa keluarga & suami/isteri dan aku juga membawa isteriku bersama)

Perjalanan kami ke Jeju adalah melalui Syarikat Al Farhan. Perjalanan kami bermula dari Alor Setar dengan bas dan seterusnya penerbangan terus ke Jeju dari KLIA2 dengan penerbangan Air Asia. Program termasuk melawat beberapa tempat menarik selama 5 Hari 4 Malam (Di dalam Blog ini aku hanya menumpu kepada program kembara SAHAJA).

Antara lokasi yang kami kunjungi ialah:-

Melawat ladang dan Osulloc tea museum

Perjalanan Menuju ke Rumah Api @ Seopjikoji

Berjaya ke puncak Seongsan Ilchulbong yang menjadi anatara lokasi pengiktirafan dari UNESCO

Menikmati makanan mentah Abalone

Kuda Jeju adalah antara kuda terbaik di Korea

Bersama EXCO Pertanian Kedah, YB Cikgu Azman Bin Nasrudin yang turut bersama rombongan kami

Pantai hitam yang cantik

Antara para rombongan

Bersama penduduk tempatan

Di ladang limau

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04