Tarikh : 22 Mac 2014
Mula : 8.00 pagi – Bulatan UUM , Sintok, Kedah
Laluan : Bukit Kachi, Sintok, Kedah
Jarak : 19.9 km
Rider : 7 orang – Am, Adli, Syahrir, Zol, Pudin, Bad dan Sang.
Elevation : 361 meter
Coordinate: N6 24.580 E100 32.077
Tanggapan orang ramai mengatakan bahawa terowong ini adalah terowong komunis dan ada kaitan dengan terowong di Khao Nam Kang(KLIK) Thailand. Bahkan ada yang mengatakan ada jalinan terowong seperti ini disekitar kawasan ini. Aku pernah bertanya kepada beberapa orang komando yang langsung tidak mengetahui akan wujudnya terowong komunis di sini.
Aku mendapat maklumat yang mengatakan bahawa terowong ini sebenarnya adalah bekas lombong tinggalan penjajah. Ia disokong dengan beberapa fakta yang aku perolehi yang mengatakan bahawa kegiatan melombong di Sintok, Sungai Badak dan Bukit Kachi telahpun diusahakan oleh Pelombong Eropah dan Cina sejak tahun 1920 an lagi. Terdapat sebuah syarikat perlombongan iaitu Padang Pelandok Company yang mencari gali bijih timah di Kuala Pinang dekat Padang Pelandok iaitu di hulu Sungai Sintok dan dimiliki oleh Mr. J.C. Pasqual. Di Bukit Kachi terdapat lombong yang dimiliki oleh JA Russell and Company. Selain Bijih timah, Sintok juga menjadi pengeluar bijih besi tungsten daripada jenis wolframit yang terdapat di Bukit Kachi. (Bukit Kachi hanya satu-satunya kawasan di Kedah yang mengeluarkan hasil tersebut.) Kaedah melombong yang digunakan adalah menyerupai kaedah yang digunakan di Sungai Lembing, Pahang.
Bagi merungkai persoalan ini maka hari ini aku bersama Team UUMMTB menjejaki semula terowong ini sambil meraikan sahabat dari Kuala Lumpur yang juga merupakan bekas pelajar UUM iaitu saudara Sang. Kami bermula pada jam 8.00 pagi. Kayuhan santai dengan melintasi beberapa batang anak sungai sebelum menempuh beberapa pendakian. Kami mengelilingi Bukit Khuan Si Leng (N6 24.861 E100 32.341) setinggi 440 meter sebelum sampai ke kawasan terowong. Nampaknya sudah ada pembangunan berdekatan kawasan ini bahkan hampir semua bukit berdekatan sudah ‘dinoda’. Terowong ini juga sedang dibaikpulih. Sistem saliran telah siap dibina. Kelihatan beberapa topi keselamatan di bangku dan ada lampu hingga ke dalam terowong. Kalau dahulu didalamnya sentiasa digenangi oleh air yang pekat hitam lagi berbau. Hari ini aku memasuki terowong ini, melihat dan memegang dindingnya sambil meninjau tetapi tidak masuk hingga ke dalam kerana ia agak gelap. Terowong ini juga tidak mengadap ke bahagian utara sebaliknya mengadap ke arah Barat. Dimaklumkan bahawa terowong ini sejauh 50 meter dan turun lagi ke bawah tanah lagi setinggi 50 kaki dan dari situ terowong masuk lagi ke dalam tanah yang batu-batunya mengandungi bijih. Ada sahabatku pernah masuk hingga ke dalam dengan beberapa ahli Jabatan Mineral dan Geologi suatu ketika dahulu. Selepas bergambar kamipun berangkat pulang dan turun mengikuti laluan yang pernah digunakan dalam Jamboree UUM lalu.
Pada pandangan dan pendapat aku (berdasar pada binaan dan suasana kawasan) dengan menilai sejarah terdahulu mengenai perlombongan dan Bukit Kachi yang pernah menjadi sarang komunis maka aku membuat kesimpulan bahawa terowong ini sebenarnya adalah bekas lombong dan MUNGKIN pernah digunakan oleh puak pengganas sebagai tempat persembunyian. – Wallahu a’lam.
Lagi Gambar Di FACEBOOK (KLIK)
Penjejakanku terdahulu
1. Kayuhan Buka Tirai (KLIK)
2. Bukit Lebai Hussin – Babak baru (KLIK)
3. Bukit Lebai Hussein: Menjejaki Gua Komunis(KLIK)
Kedudukan terowong berdekatan Bukit Lebai Husin dan bersebelahan Bukit Khuan Si Leng.
Menyeberangi beberapa anak sungai
Rantai putus semasa tanjakan
Bad selamba tackle laluan berbatu
Dari kiri Sang, Adli, Zol, Pudin, Syahrir, Am dan Bad
Wow .. ada pendakian dan penurunan pun mengancam
Sayang !.. Bukit bukit dogol yang telah digondolkan
Tudiaa dah sampai
Gambar semasa aku ke sini dahulu ..kelihatan agak sempit dan digenangi dengan air yang hitam
Perbandingan terowong dahulu dan kini
Di dalamnya pun dah kering dan luas
Dibelakang sana Lombong baru sedang nak beroperasi
Kembali mengayuh - Syahrir dengan Meridanya
Wow ..teruja main air
Good article
ReplyDeleteNak p
ReplyDeletesalam boleh saya tahu sumber mengenai kegiatan perlombongan di sintok dekat mana yer?
ReplyDeleteW'salam
Deletehttps://geosmmalaysia.wordpress.com/2018/11/23/tungsten/