Tarikh : 06 Mac 2014
Mula : 5.20 petang
Laluan : Kepala Batas – Titi Gajah – Alor Ganu - Kg. Bohor – Lubuk Kawah – Jitra
Lokasi : Kedah Darulaman, Malaysia
Florian Schmale adalah seorang jejaka berusia 28 tahun. Hasratnya untuk melihat dunia dengan lebih dekat disamping ingin bebas dari kongkongan kerjaya dan kehidupan adalah antara faktor yang merealisasikan misinya mengembara ke serata dunia dengan basikal. Berbekalkan semangat dan sedikit wang simpanan, beliau tekad berkelana seorang diri. Beliau memulakan kayuhan pada 06 Mei 2011 lalu. Kini setelah 22 bulan, beliau sudah mengembara hampir ke 20 buah negara dan menempuh perjalanan hampir 20,000 km. Hari-hari yang menarik dilalui, suka duka ditempuhi, persekitaran yang berbeza dirasai, kenalan bertambah setiap hari, berbagai rintangan dihadapi, semuanya membuat beliau semakin tabah dan yakin akan matlamatnya. Satu jalinan persahabatan.
Dari kenalannya, beliau mendapat maklumat mengenai projek jalinan kayuhan (Bicycle Path) di Kedah. Tertarik untuk mencuba, lantas aku dihubungi oleh saudara Syafiq bagi membantunya menunjuk jalan disamping merasai pengalaman di persekitaran bendang. Kesempatan bagiku untuk menonjolkan Malaysia, memberi gambaran tentang Kedah terutama sebagai negeri Jelapang Padi. Tidak semua laluan dilalui dek masa yang singkat. Walau dengan masa yang agak terbatas, banyak pengalaman yang dapat dikongsi darinya terutama dalam pembikinan ‘projek’ laluan ini. INSYAALLAH …..
Menelusuri laluan Bendang
Jalan kampung yang tenang
Menyeberangi sungai
Kehijauan dan kekuningan sawah padi
Menghayati Bonsai
Menguning: musim menuai & cuaca yang kering
No comments:
Post a Comment