Tarikh : 01 Mac 2014
Mula : 8.20 pagi
Lokasi : Trek Hosba, Kg. Alor Janggus, Mukim Hosba, Jitra, Kedah DA
Jarak : ± 12.8 km
Max Elev: ± 156 meter
Rider : 5 orang – Pudin, Nasron, Adli, Zam dan Kimi
Coordinate: N6 22.123 E100 23.127
Awal pagi terima SMS saudara Nasron mengajak untuk mengayuh ke sini. Lama benar aku tidak ke sini, rasanya hampir setahun. Teringin untuk menikmati semula lonjakkan penurunan dan meliuk-liuk di celah pokok getah di trek yang berteknikal ini.
Trek Hosba adalah trek semulajadi. Trek yang dicari berpandukan kepada rupa bentuk bumi. Kalau di ‘pump trek’, kami menuruni bukit dengan ‘membelah’ teres. Di ‘root section’, akar-akar getah yang terbungkin dipergunakan sepenuhnya. Ada yang boleh dijadikan sebagai ‘drop’ atau halangan dan rintangan dalam menguji kemahiran pengendalian. Meliuk-liuk dicelah pokok getah dan sebagainya.
Pencarian kami adalah dengan menilai bentuk laluan. Kesesuaian dan kemampuan diri diambil kira agar trek menjadi suatu yang mampu di’ layan’.
Laluan baru hari ini adalah kesinambungan dari Felda Trail. Denai laluan getah ditelusuri, membolos semak dan samun sambil memcuci laluan. Bukit yang dijumpai memang boleh didaki, penurunan yang perlu berhati-hati agar tidak termasuk dalam alur air yang ditutupi dedaun kering.
Sesungguhnya dalam musim kering ini banyak laluan baru yang boleh diteroka. Insyaallah kami akan datang lagi mencari laluan bagi menggantikan beberapa laluan yang telah berubah toponya kerana sudah diterangi untuk projek tanaman semula.
Tudiaa haih … laluan kian berdebu bak tepung
laluan yang terang dan redup
Mamasuki denai baru
membersihkan laluan sebelum digunakan
Zam mencuba skillnya
Kimie – dengan penuh yakin
teres cantik mendaki ke puncak bukit
di puncak jaya !
mencari jalan pulang
laluan asal – pokok-pokok getah sudah mula ditumbangkan
No comments:
Post a Comment