Friday, July 12, 2013

Kayuhan Muhibah Bandung: Tanjakan Ciwidey & Kawah Putih

P6210907

Tarikh  :  21 Jun 2013, Jumaat    
Laluan : Cimahi – Soreang - Ciwidey – Kawah Putih – Ciwidey
Jarak   :  ± 66km 
Coordinate :  S7 10.001 E107 24.209 (Kawah Putih)   
Ketinggian  :  ± 2220 meter

PERHATIAN : Waktu dinyatakan adalah waktu Malaysia

Jalur Kawah Puteh

Kayuhan Hari Kedua : - Doa dibaca dan kayuhan bermula pada jam 8.00 pagi. Melalui jalan Raya Cibatat yang bersimpang siur dengan kenderaan sebelum membelok ke jalan Gatot Subroto. Aku berada di belakang sekali, maka aku dan sweeper terpaksa mengambil jalan Leuwigajah. Jalan yang sangat sesak kerana pembinaan/pembaikan jalan. Aku tiba awal di Margaasih dan menunggu rakan-rakan lain tiba dan meneruskan kayuhan melewati kawasan tanaman padi berhampiran Jatisari. Alhamdulillah keluar dari kesesakan dan menikmati pemandangan hijau bagai berada di negara sendiri. Di sini kami memasuki kawasan perkampungan yang menjalankan perniagaan sendiri (ala IKS di Malaysia) melewati stadium Jalak Harupat(S6 59.766 E107 31.831)   sebuah stadium terbesar di Jawa Barat dan menjadi kebanggaan masyarakat Kabupaten Bandung. Ia menjadi stadium Persikab (Persatuan Sepak Bola Indonesia Kabupaten Bandung) Kabupaten Bandung. Ia dibina dalam bulan Januari 2003 dan kedudukannya menarik kerana dikelilingi oleh sawah padi.

Setelah ± 22km mengayuh akhirnya kami berhenti untuk berkumpul semula dan bergabung dengan beberapa  lagi ahli Team Triple C di Masjid Besar Soreang. Sambung lagi ± 15km mengayuh sebelum tiba ke penginapan kami di Kota Ciwidey iaitu Hotel Abang (S7 06.748 E107 26.922). Disini kami sudah berada pada ketinggian lebih dari 1200 meter, maka suasana yang dingin dan nyaman dapat dirasai. Bahkan disebelah hotel kami ada kebun strawberi yang boleh dipetik terus dari pokoknya. Setelah check-in, kami menikmati makan tengahari dan sempat bersolat Jumaat di Masjid Al-Hidayah yang unik kerana terletak dicelah-celah perumahan dan kawasan pertanian. Selepas solat pada jam 2.00 petang kami memulakan semula kayuhan menuju kawah Putih. Bermula dari sini pendakian yang mencabar dirasakan. Kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan. Pendakian sejauh hampir 9km dari ketinggian 1200 meter ke 1800 meter sahaja, namun kudrat yang dikerah hampir melemahkan semangatku tetapi dengan bermain dan menguatkan mental aku berjaya juga sampai hingga ke Pintu Gerbang/parkir bas pada jam 3.30petang, dimana kami semua akan menaiki van khas yang akan membawa kami ke Kawah Putih.

Selepas berlegar lebih dari satu jam di Kawah Putih, akhirnya kamipun turun ke kawasan parkir dengan mobil, cuma Sumi yang turun dengan basikalnya bersama Team Triple C yang mencecah kelajuan hampir 70km/j. Sebelum penurunan cuaca memang sejuk, beberapa rakan sudah memakai sweater atau windbreaker, aku dengan baju sediada. Semasa penurunan aku mengeletar kesejukkan nasib baik singgah dipertengahan jalan menikmati durian Ciwidey. Kemudian sambung semula perjalanan dan selamat tiba ke Hotel Abang pada jam 6.30 petang. Tidak sempat ronda kawasan sekitar dan menikmati strawberry petik sendiri.

Memulakan kayuhan dari Hotel Tjimahi

Alamak sesaknya dijalan akibat pembaikan

Dah dapat melihat kehijauan sawah padi seperti di Tanahairku

Melewati kawasan perkampungan

Jambatan

Stadium Jalak Harupat yang diambil  dari nama jolokan Oto Iskandar Di Nata, seorang pahlawan kenamaan Jawa Barat dari Bojongsoang, Bandung. Sering igunakan oleh kelab semipro Persib Bandung dan Pelita Jaya. Dapat menampung  sehingga 40 ribu penonton.

Solat sunat di Masjid Soreang

Penggunaan kereta kuda sebagai pengangkutan adalah biasa di sini

Selepas melewati kota Soreang maka tanjakan pun bermula

Menanti rakan untuk berkumpul di Masjid Besar Ciwidey

Masjid di celah rumah (tanda anak panah)

Masjid Al Hidayah

Pendakian ke Kawah Putih

Tiket masuk  sebanyak Rp 15.000 seorang. Perjalanan dari Pintu Gerbang (Parkir) ke Kawah Putih menggunakan kereta yang digelar ontang anting (maknanya mundar mandir). Jaraknya ± 5km dan bayaran dikenakan sebanyak Rp 10.000 (pergi balik) seorang.

PERINGATAN: Sebelum turun ke Kawah Putih, namun kami berada lebih dari satu jam di sana..

Kawah Putih adalah sebuah danau yang sememangnya cantik dan unik. Terjadi akibat letusan Gunung  Patuha.  Air danaunya boleh berubah warna seperti hijau, kebiru-biruan bila cuaca terang terkena pantulan matahari, coklat susu, namun kita sering melihat airnya yang berwarna putih disertai kabus tebal di atasnya.

Kawah Putih berada pada ketinggian 2,434 meter dan seluas ± 10 hektar. Suhunya antara 8°C – 22°C

Sempat berada dihadapan Gua Belanda namun mulut guanya dihalangi dari dimasuki  dan ada peringatan yang melarang berdiri terlalu lama di depan mulut gua tersebut. Kenapa ya?

Kang Coe mengayuh naik ke Kawah Putih

Sumi di Kawah Putih

Riang ria gumbira

Selepas penurunan berkumpul di Pintu Gerbang sebelum memulakan kayuhan untuk turun ke Hotel Abang

Menikmati durian Ciwidey. Sama rasa dan harga seperti di Malaysia

Sejuk ooooo, mengeletar aku menuruninya

Menarik! Malamnya makan bersila menikmati hidangan sup sapi di Rumah Makan (Restoren) Dapur Sunda


CORETAN BERKAITAN : Sila KLIK Lain di Bawah

1. PENGENALAN
2. HARI PERTAMA & SUAI KENAL
3. KAYUHAN HARI PERTAMA KE TANGKUBAN PERAHU
4. KAYUHAN HARI KEDUA KE KAWAH PUTIH
5. KAYUHAN HARI KETIGA KE GARUT
6. LAWATAN KE KILANG TEH GAMBUNG
7. KAYUHAN HARI KEEMPAT KEMBALI KE BANDUNG

No comments:

Post a Comment