Kopi Luwak adalah kopi istimewa yang diambil dari tahi musang dan diproses. Musang (Paradoxorus Hermaproditus) atau dikenali dibeberapa daerah Indonesia sebagai Luwak@Luak atau Sunda menyebutnya Careuh dikatakan mempunyai keistimewaan dalam memilih buah kopi yang matang sahaja, mengupas kulitnya dan ditelan biji kopi yang segar itu. Biji kopi yang ditelan tersebut difermentasi oleh enzim di dalam perut musang ini. Enzim ini dikatakan mampu mengurangkan kadar kafein didalam biji kopi tersebut. Biji kopi yang masih utuh akan dikeluarkan sebagi najisnya lalu dikutip semula dan diproses sebaiknya.
Kopi ini dikatakan kopi termahal didunia dan dikhabarkan dijual di Amerika dengan harga USD190 (RM596) untuk 500 gram. Di pasaran antarabangsa, harganya antara USD100 (RM314) sehingga USD350 (RM1,099) sekilogram. Kopi ini tidak dikeluarkan sepanjang tahun bergantung kepada musim dan kadar yang dihasilkan dari najis Luwak.
(Rujuk: http://most-expensive.com/coffee-in-world)
Bagaimana rasa kopi ini?
Kalau ia mahal mestilah sedap itulah pandangan aku mengenai kopi ini. Semasa di Ciwidey aku bepeluang meminumnya bersama rakan di :-
Careuh Coffee
Jl Raya Ciwidey Patengan
KM 5, No. 151 Alamandah Rancabali
Bandung Jawa Barat 40973Menikmati secangkir kopi Luwak dengan harga hanya ±RM6.00 sahaja, rasanya keras, aromanya wangi, sedap dan ada sedikit rasa masam-masam. Perghhh! citarasa menyengat nikmat sebenar - ternyata berbeza, rasa lebih nikmat dari kopi biasa (perasan!)
Kopi arabika hasil produksi Sang Luwak dari kawasan wisata Ciwidey - Kawah Putih Bandung Selatan. Sempat membeli sekotak untuk ole-ole dari Bandung.
Harganya? Di sini tersedia dalam berbagai Kemasan iaitu:-
1. Kemasan Sachet siap seduh Netto 8 grm Rp 20.000/sachet 2. Kemasan Box Bubuk (Grounded Bean) 50 grm Rp 80.000 3. Kemasan Box Bubuk (Grounded Bean) 100 grm Rp140.000 4. Kemasan Alumunium foil Roasted Bean 100 grm Rp130.000
Adakah Meminum Kopi Ini Haram?
Ramai yang meragui sama ada kopi luwak itu halal untuk diminum.
Kopi Luwak difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran.
Setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI, Aminuddin Yakub berkata, MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut. "Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya
Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa:
الحرمةالأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على
iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
- biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
- biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
Sumber dari sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang
No comments:
Post a Comment