Tarikh : 22 Jun 2013, Sabtu
Laluan : Ciwidey – Gambung – Banjaran – Kamojang - Garut
Jarak : ± 115 km
Coordinate :
Ketinggian Max: ± 1689 meter
PERHATIAN : Waktu dinyatakan adalah waktu Malaysia
KAYUHAN HARI KETIGA
Kami memulakan perjalanan pada jam 8.00 pagi. Kayuhan penurunan ke Kota Ciwidey yang terkenal dengan makanan traditional yang diperbuat dari kulit limau bali yang dikenali sebagai ‘Kalua Jeruk’.
Kami menelusuri jalan kampung ke Papakmanggu yang tenang dan tidak sibuk dengan kenderaan. Dapat menikmati pemandangan tanaman padi secara teres dan kegiatan pertanian penduduk kampung. Rasa aman berkayuh di sini. Sedikit pendakian hinggalah kami merentas kawasan perkebunan teh di Gambung dimana kami terpaksa mendaki jalan yang berbatu sambil disajikan dengan pemandangan yang indah. Setelah mengayuh hampir 15km kami singgah dan melawat kilang Teh Gambung (S7 08.621 E107 30.879) . Kemudian sambung kayuhan dilaluan yang redup diselang-seli dibawah naungan pepohon pine. Pemandangan yang menarik di daerah ini merubat kepenatan kami mengayuh.
Selepas menuruni kawasan perkebunan teh kami sampai ke Pangalengan dan menuju ke kawasan tasik iaitu Empangan Pulo (S7 11.388 E107 33.262) bagi melepas lelah dan menikmati pemandangannya yang indah. Di sini ada kawasan peranginan yang terkenal iaitu Situ Cileunca . Air yang diempang di sini berkeluasan hampir 180 hektar. Selepas itu singgah ke kedai makan berhampiran bagi menikmati makan tengahari dengan ikan segar dari tasik ini.
Selepas makan tengahari, dibawah terik mentari, kami menyambung kayuhan pada jam 1.30 tgh dan selepas itu menuruni jalan yang berbengkang bengkok sejauh hampir 20km sebelum memasuki Raya Banjaran yang kembali sibuk dengan hingar bingar kenderaan dan berhenti untuk solat di sebuah masjid di Banjaran (S7 02.345 E 107 35.614). Jam sudah hampir ke pukul 4.00, kami dijangka bertemu dengan team KGC Garut di kamojang pada jam 5.00 petang maka kami mengambil keputusan untuk menaiki mobil ke sana. Satu tindakan yang betul kerana dapat jimatkan masa bahkan dapat menghindar satu tanjakan yang amat perit dilaluan ini yang berbatu.
Sampai di Kamonjang (S7 07.923 E107 47.116) pada jam 6.00 petang, hari sudah hampir gelap, Team Garut sudah meninggalkan kawasan. Setelah dihubungi mereka menanti di kawasan yang lebih lapang dikaki bukit. Kamojang terkenal dengan gas panas yang dikeluarkan dari perut bumi Beberapa Janakuasa Tenaga Elektrik dari Tenaga Panas Bumi dibina yang dikelola oleh PT Pertamina.
Dari sini, suasana semakin gelap. Terpaksa mengaharung laluan ke Garut di malam hari dengan ditemani oleh 4 orang ahli Team KGC yang diketuai oleh Bapak Deny Suwarja dan selamat tiba ke hotel penginapan iaitu Wisma Hijau (S7 10.893 E107 52.681) pada hampir jam 8.30 malam. Wow satu perjalanan yang jauh lagi menerujakan.
Kalua Jeruk menjadi makanan istimewa di Ciwidey. Ia adalah kulit limau bali yang dikupas kemudian direndam semalam dengan air kapur sirih. Keesokan harinya, kulit dicuci dan direbus selama tiga jam. Langkah berikutnya adalah merebus kembali kulit jeruk dalam air gula.
Hotel Abang yang beralamat di No. 500, Jalan Raya Ciwidey Patenggang, Bandung
Pemandangan Indah. Tanaman padi teres
Salah satu kawasan pelancongan yang sedang dalam pembinaan berhampiran desa Cibodas
Kawasan perkebunan teh Gambung
Laluan berbatu
bermain di bawah teduhan pepohon pine
Kawasan untuk bermain White Water Rafting
Berhampiran Jambatan Pulo
Di belakang sana kawasan pelancongan Situ Cileunca
Terpaksa menolak van di tanjakkan berhampiran Kamojang
Menuju Garut dikegelapan malam
CORETAN BERKAITAN : Sila KLIK Lain di Bawah
1. PENGENALAN
2. HARI PERTAMA & SUAI KENAL
3. KAYUHAN HARI PERTAMA KE TANGKUBAN PERAHU
4. KAYUHAN HARI KEDUA KE KAWAH PUTIH
5. KAYUHAN HARI KETIGA KE GARUT
6. LAWATAN KE KILANG TEH GAMBUNG
7. KAYUHAN HARI KEEMPAT KEMBALI KE BANDUNG
No comments:
Post a Comment