Tarikh : 29 Jun 2013, Sabtu
Lokasi : Gua Gunung Keriang
Coordinate : N06° 11.266 E100° 19.722
Peserta : 9 Nexorian
Aktiviti menjelajahi Gua Gunung Keriang ini dikoordinasikan oleh NeXo(123) Puan Azira dan suaminya(Wadi). Seramai 9 orang ahli Nexo menyahut cabaran ini dengan disertai oleh 2 orang penunjuk jalan( E & D). Kami berkumpul di Muzium Padi pada jam 9.30 pagi dan bersarapan bersama.
Kami memulakan perjalanan pada jam 10.20 pagi. Kami memasuk melalui muka gua disebelah hadapan Muzium Padi(Kampung Gunung Hilir) . Walaupun terdapat menara yang dilengkapi dengan lif yang sudah siap dibina namun ianya masih belum beroperasi maka kami terpaksa mendaki hampir setinggi 80 meter untuk masuk ke dalam Gua utama yang telah tersedia pelantar pejalan kaki. Aku pernah menjelajahi Gua disini dalam tahun 2011 lalu(KLIK SINI), namun penjelajahan kali ini adalah secara songsang dari penjelajahan aku dahulu.
Perjalanan kami diteruskan dengan memasuki gua bagi mengunjungi batu buaya dan batu nisan seperti kubur. Disini ia dikenali sebagai gua angin (kerana semua angin akan bertumpu ke sini)atau dikenali juga sebagai gua buaya. Kali ini tidak banyak lubang yang perlu ‘dironot’. Suasana yang agak panas dan udara di dalam gua yang agak berdebu. Banyak tempat sudah dibongkar oleh pencari batu kristal, ia mencacatkan satu anugerah yang tidak ternilai di sini. Hampir 1½ jam kami menelusuri gua ini yang sepanjang ±700 meter dan akhirnya kami tembus keluar ke sebelah sana pada jam 12.00 tgh. Berehat seketika sambil menikmati bekalan makanan yang disediakan dihadapan terowong angin yang menyejukkan badan. Kemudian sambung perjalanan memasuki Gua Langsir pula sebelum turun ke kawasan parkir. Alhamdulillah selamat tiba ke bawah pada jam 1.30 ptg dan menikmati makan tengahari yang disediakan di gerai dalam kawasan Muzium Padi.
Ada beberapa lokasi lagi yang kami tidak sempat pergi seperti Gua Kalat, Gua Gong, Gua Pelamin yang terdapat batu seperti pelamin (sudah tidak mempunyai bentuknya kerana sudah terhakis), sirih junjong dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya program sebegini amat besar faedahnya kerana ia satu riadah yang menyihatkan, merapatkan ukhwah disamping mempelbagaikan aktiviti kelab.
9 Ahli yang menyertai:-
Nexo 01 | – Fendi | Nexo 22 | - Nasrol Hadi | Nexo 43 | – Azman Mat Ripin |
Nexo 46 | – Fahmi | Nexo 52 | – Romzi | Nexo 71 | – Shumi |
Nexo 78 | – Pudin | Nexo 120 | - Ahmad Nizam | Nexo 123 | – Azira(Wadi) |
Bacaan doa dipimpin oleh Al-Ustaz Shumi AlBalingan
Pelantar di atas menara
di muka Gua Utama Gunung Keriang – 8 yang berjaya
Menuruni ke perut gua
bersedia untuk menerobos gua
Mendaki untuk memasuki gua
meniti titian usang
beberapa kawasan sudah dibongkar – menghilangkan keaslian semulajadinya
Kononnya kubur(???) – disebelahnya lubang yang dikorek oleh pencari batu kristal
Batu Kepala Buaya – Rasanya tiada siapa yang berani untuk ketuk dan ambil batu ini. Ada kisah misteri disini
Menjumpai kristal
Mendaki tangga
Keluar dari gua – Berehat & menikmati udara dingin dari saluran udara
bersedia untuk ke Gua Langsir pula
Dimuka gua Langsir dan di dalamnya
Tamat penjelajahan – mula nak turun ke kaki bukit
SELAMAT … berehat di Laluan ke Puncak
Menikmati juadah tengahari bersama keluarga
Kolam & Gua berhampiran tokong. Kononnya ada sungai bawah tanah yang bersambung hingga kelaut dengan kolam ini. Katanya nama gua kerbau. Ada tempat seperti katil diberi nama ‘katil Mahsuri’ dimana kalau mendaki ke gua tersebut(sama sendat) untuk balik/keluar terpaksa terjun ke dalam kolam ini
No comments:
Post a Comment