Monday, June 10, 2019

Fosil Di Satun Geopark

Tarikh          : 01 Februari 2019
Misi             :  Meninjau Fosil Di Satun
Lokasi          :  Kamphaeng Subdistrict, Satun, Thailand
Coordinate   :
Google Maps: https://goo.gl/maps/D4aAJyEGodwES3x86

Pada 17 April 2018, Satun Geopark telah diiktiraf UNESCO sebagai satu tapak warisan pertama global di Thailand. Tapak warisan dengan fitur geologis yang luar biasa ini dengan lanskap gunung ganang batu kapur dengan puncak karst yang mempesona merangkumi pulau yang indah dengan gua laut yang menakjubkan, ditambah dengan laguna tersembunyi dan fosil berusia jutaan tahun

Aku beberapa kali telah menjelajahi kawasan Satun Geopark ini sebelum ianya diistiharkan lagi. Pulau telah kami pergi, gua telah kami terokai, kali ini  fosil pula dicari.

Fosil pertama yang kami kunjungi dikenali sebagai Hin Sarai part 1 (N6.97826° E99.78159°) yang terletak di Ban Thung Samet, Moo 11, Kamphaeng Subdistrict, La-ngu District, Satun sejauh ±60 km dari bandar Satun. Ia adalah batuan stromatilitic limestone yang berwarna merah. Tiada sebarang fosil dilaporkan tetapi dikaitkan dengan pembentukan formasi batuan Ordovician Pa Kae’

Ia terletak di dalam kawasan kebun getah yang dimiliki oleh penduduk tempatan. Pemilik ladang ini telah bernazar untuk menjaga batu ini selepas beliau memenangi loteri. Beliau telah membuat binaan berbumbung dan kelihatan kain merah diikat pada batu ini sebagai penghormatan. Batuan ini kini menjadi salah satu konservasi. Batuan ini kini dipelihara

± 700 dari sini ada batuan yang dikenali sebagai Hin Sarai part 2 (N6.97702° E99.77543°) ia adalah batuan yang sama seperti di Hin Sarai part 1 tetapi ia terletak di kawasan terbuka dengan beberapa batuan berselerakan.

Khao Noi Fossil (N6.97515° E99.77248°)

Fosil  boleh dilihat di kawasan bukit Khao Noi. Bukit ini sebahagiannya telah ditarah menjadi kuari dan kini dipelihara. Di lapisan tanah liat yang berwarna merah gelap, dijumpai serpihal fosil pelbagai tumbuhan laut yang dikategorikan sebagai teratai laut dengan ciri stromatolite structure. Di Bahagian atas ditemukan fosil Trilobot, Nautiloid, sea lilies dan braiopods yang wujud pada era Ordovician. Stromatolit menyerupai alga dan merupakan sumber pertama oksigen untuk dunia. Katanya Alga stromatolite hanya boleh didapati di dua tempat sahaja di dunia ini iaitu di Shark Bay, Australia Barat dan di sini, Daerah La-Ngu, Satun, Thailand. Wallahu a’lam.

Kami singgah disini pada waktu tengahari. Matahari tegak di atas kepala dan terik panas bagai menggigit-gigit kulit dan ini menyebabkan kami tidak meneroka sepenuhnya, cuma melihat sekeliling kawasan dan bergambar sahaja.

Lan Hin Pa Phon (ลานหินป่าพน) (N7.08588° E99.97327°)

Tapak ini terletak di dalam kawasan sekolah. Berkeluasan 40 x 40 m2 dengan hampir 10 ketul batuan berada satu penjuru dalam kawasan sekolah Ban Pa Phon.

470 juta tahun lalu, seluruh kawasanini asalnya adalah lautan, maka tidak hairanlah ada didapati ada lapisan yang terjadi dari pembentukan rumpai laut (seaweed stromatolite). Batuan ini adalah sebahagian daripadaPa Kae Formation’ dari Ordovician Thung Song Group’.

No comments:

Post a Comment