Tarikh : 20 – 21 April 2018
Laluan : TTG – Danok – Khlaong Sadao Reservoir - Khao Nam Khang - Nathawi – Wang Yai – Sakom – Durian Burung - TTG
Jarak : 380 km
Coordinate: N6.96034° E100.84765°
Lokasi :
Tiba-tiba pagi ni tergerak untuk melangkah ke‘seberang’ dengan menaiki Nmax. Jam 8.00am kami bertolak dari rumah dan singgah ke Kedai Runcit 56 (N6.43569° E100.42886°) di Taman Seri Changloon untuk membuat insuran dan tukaran wang. Aku ambil insuran motosikal untuk tempoh setahun dengan bayaran RM95.00 (tudia haih…. sama macam insuran kereta). Aku tak pernah masuk Thailand dengan motosikal dan jarang sekali masuk melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, maka terpinga-pinga jugalah bagai rusa masuk kampung untuk membuat urusan imigresen di sebelah Thailand. Usai urusan imigresen aku cari kedai sticker membuat no. pendaftaran Thai (boleh dibuat dikebanyakan kedai yang menjual insuran disebelah sana) – sebenarnya tak buat pun takpa …saja
Setelah itu kami meneruskan perjalan menelusuri jalan sempadan Thailand/Malaysia dan singgah di sebuah tasik (± 5km dari Danok) yang dijadikan sebagai tempat makanan popular. Tempat ini dikenali sebagai Water View (N6.52661° E100.43693°). Keunikan tempat ini ialah pondok-pondok dibina ditebing tasik dan makanan boleh dipesan dan dihantar ke pondok tersebut .. perghh .. santapan di atas tasik dibuai angin namun kehalalan makanan tak dijamin. Kami meneroka sekeliling tasik ini hingga ke chalet di seberangnya.
Laluan ke sini tidak asing bagi aku, kalau dahulu kesini dengan berbasikal atau berkereta, maka banyak tempat tidak sempat/dapat disinggahi, tetapi dengan motosikal pasti akan ku redah apa yang dilihat unik.
Setelah itu aku mencari jalan untuk menjelajah sekitar tasik buatan yang dikenali sebagai Sadao water Reservoir(Khlong Sadao Dam) (N6.58594° E100.49671°) ± 30km dari pekan Danok . Ia adalah Empangan terbesar di wilayah Songkhla (anggaran kawasan tadahan ± 89km2) dengan kapasiti simpanan air sebanyak 56.74 juta cubic meter. Ia bina bagi menampung keperluan bekalan air ke kawasan Hadyai dan Songkhla.
Pembinaannya memakan masa selama 8 tahun (1991 – 1998) dengan kos sebanyak 340 juta baht. Tasik buatan ini menjadi tarikan kepada kaki pancing tempatan kerana ia kaya dengan ikan air tawar dan menawarkan pemandangan yang menarik dan masih belum dicemari dengan pembangunan selain kurang dikunjungi oleh pelancong. Kami mengelilingi tasik ini, menjelajah memasuki laluan offroad, singgah di beberapa tanjung dan beberapa lokasi yang menarik padaku.
Setelah itu kami menuju ke Khao Nam Khang National Park. Ia ditubuhkan dalam tahun 1991 dan adalah Taman Negara ke 65 yang diistiharkan oleh kerajaan Thai. Taman Negara ini berkeluasan 212 km2 yang kaya dengan flora dan fauna. Tarikan utama disini ialah Terowong Komunis Khao Nam Khang (KLIK), beberapa air terjun seperti Ton Lat, Ton Dat, Ton Sung, Ton Mai Pak dan Phru Ching yang merupakan air terjun tertinggi di Taman Negara ini. Kami tidak singgah disini kerana pernah sampai ke sini beberapa kali lagipun ingin mengejar masa untuk ke Sakom Beach.
Sakom Beach
Kami menuju Na Thawi dan seterusnya mengikuti jalan kampung untuk menuju ke Sakom Beach, ternampak beberapa tasik menarik dan aku singgah disebuah tasik bekas kuari yang airnya cukup jernih. Kelihatan beberapa gadis cilik sedang mandi usai membasuh pakaian. Selepas bergambar kami teruskan ke D'Aman Resort, namun tiada bilik yang sesuai dan ke Armana Resort, pun bilik sudah habis ditempah, maka aku ke Sakom beach dan dapatkan sebuah chalet ditepi laut. Chaletnya agak selesa, sesuai untuk 2 orang dan ada air cond – harga THB700. Malamnya kami menikmati makan malam di Armana (hmm … tak sedap pulak masakan kali ni) sebelum balik berehat.
Esoknya kami mendaki kembali bukit berhampiran bagi mendapat gambar dari udara dan kawasan sekitar untuk aku mengatur perjalanan kelak.
Sebuah pondok yang ditenggelami air di Khlong Sadoa Reservoir
Pot menarik untuk memancing di Sadao Dam
Dihujung Tanjung: Terpaksa melalui jalan offroad dicelah ladang getah untuk sampai ke sini
Kuari yang menghijau airnya – kalau di tempat kita – sahih viral dah
Bukit kecil dihujung tanjung – Sakom Beach
Memberanikan diri di tebing
Fuh racun teruk bang gambaq-gambaq semua ni. Hehe
ReplyDeleteAyuh ....
Delete