Tarikh : 04 – 12 Januari 2018
MISI : Jelajah Iran
LALUAN: Tehran – Kashan –Esfahan –Shiraz –Esfahan - IKA
Jarak : ± 2300 km
KOORDINATE:
PENDAHULUAN
Iran adalah antara peradaban tertua di dunia, ia telah terdiri sejak tahun 4000 SM. Terletak di Asia tengah yang bukannya berbangsa Arab. Mereka adalah Parsi dan istilah Iran bererti “Tanah Aryan”. Iran menjadi republik pada tahun 1979 apabila kerajaan monarki Shah Iran Reza Pahlavi jatuh dan pemimpin agama, Ayatollah Khomeini mengambil kekuasaan. Islam adalah agama majoriti di Iran (98%) dimana bermazhab Syiah (89%) dan Sunni (9%). Lagi 2% terdiri dari agama Zoroastrianisme, Yahudi, Kristen, dan Baha’i.
PERBEZAAN WAKTU
Waktu di Malaysia mendahului selama 4 jam 30 min dari waktu di Iran (lewat laaa sikit) : (UTC +3.5)
SOKET ELEKTRIK
Di Iran power soketnya adalah dari type C dan F iaitu soket 2 pin (bulat) Voltage: 220 V, Frequency: 50 Hz Power sockets.
MATAWANG
Akibat sekatan ekonomi, kemudahan kad kredit tidak dapat digunakan di Iran jadi sila sediakan “cash” yang secukupnya. Bagi memudahkan urusan sila bawa matawang USD atau EURO ke Iran. RM boleh ditukar ke Iran Rial (IRR) di kaunter pertukaran wang di Lapangan Terbang di Iran TETAPI di Malaysia jenoh cari lokasi untuk tukar.
Matawang Rial Iran (IRR) adalah matawang rasmi negara TETAPI jangan terkejut semasa di sana kerana sebutan dan penggunaan “Toman” meluas digunakan dalam segala urusan harian. Dimana Sa Toman = IRR10 (alaaa … buang satu kosong dibelakang ja – tapi aku pun keliru woooo ) 1000 Rial = 100 Toman
Bagi mengurus perbelanjaan. Aku install Trabee Pocket ke phoneku. Ia sejenis aplikasi yang boleh menjejaki perbelanjaan semasa dan semak baki bajet semasa atau setiap hari perjalanan. Ia juga menyokong penggunaan matawang banyak negara dan dengan hanya sentuh(paid version) dapat mengetahui jumlah perbelanjaan dalam nilai yang kita mahu (convert terus ke nilai matawang mengikut kemahuan samada nak RM atau USD). Ia juga boleh membuat carta perbelanjaan mengikut jenis dan boleh ekspotnya ke fail dlm format xls atau csv.
ETIKA PAKAIAN
Islam sebuah negara Islam yang menekankan penutupan aurat semasa berada di sana. Berpakaianlah secara sopan. Jika anda lelaki pastikan jangan berseluar pendek. Jika wanita, anda perlu menutup rambut dengan scaf atau tudung. Dibeberapa masjid atau makam, wanita perlu memakai cadur ketika memasuki kawasan tersebut.
SIM KAD
Terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telefon mudah alih di Iran seperti Irancell, RighTel dan Hamrah. Ada beberapa kaunter khas yang dibuka di balai ketibaan.
Aku memilih Irancell dengan kuota 3GB yang berharga IRR350,000 (± USD9.80). Cukup penggunaan untuk kami selama seminggu bahkan kami kongsi berdua lagi (Tethering)
Untuk makluman Facebook, Gmail dan Youtube disekat penggunaannya di Iran. Olehitu kita perlu menggunakan apps VPN untuk mengakses perisian yang disekat tersebut.
VISA & MAKLUMAN KEPADA KEDUTAAN
Untuk pemegang passport Malaysia Visa dikecualikan, sekiranya tempoh anda berada di Iran sehingga 15 hari (negara lain aku tak tau). Jika nak lebih masa … pun aku tak ambil tau.
Aku menghubungi pihak kedutaan Malaysia melalui email memaklumkan kehadiran semasa berada di Iran (mwtehran@kln.gov.my (KLIK)). Aku setiasa memaklumkan kedudukkanku setiap hari semasa berada disana. Aku juga mendaftar di E-Konsular (KLIK) .
Maka bermulalah kembara kami …..
Iran adalah antara wishlist untuk aku kunjungi. Sebenarnya perancangan awalku adalah untuk berbackpacker ke sebuah negara Asian. Tetapi apabila sdr Adi Harriman memaklumkan bahawa ada tawaran tiket Air Asia murah (RM565) return, maka aku terus bersetuju. Walaubagaimanapun tiket hanya tinggal 3 apabila kami ingin memuktamadkan perjalanan. Sehubungan dengan itu sdr Adi Harriman menarik diri. Maka aku berdua bersama isteri menaiki pesawat Air Asia D7 776 dari KLIA ke Imam Khomeni International Airport (IKA) pada 04 Jan 2018 jam 07:05pm.
Bertiga kami merentas gurun (Mohamad NoorMohamadi di Belakang)
Aku tidak membuat persiapan rapi perjalanan kali ini kerana aku sedikit sibuk dengan aktiviti luar dan jabatan Tetapi aku sempat memuat naik peta topo Iran dan memasukan beberapa waypoint ke dalam ‘Garmin’ku. Disana aku mendapatkan khidmat sahabat facebook iaitu Mohamad NoorMohamadi. Beliau banyak membantu kami dalam perjalanan ke lokasi disana. Disamping menjadi supir, beliau juga adalah pencerita, jurubahasa, pembayar wang, mencari kediaman yang sesuai dan selesa dan banyak membantu kami dalam memilih tempat untuk dikunjungi. Sabar melayan karenah kami, sanggup kesejukkan menemani kami kemana jua kami ingin berswafoto, mengikuti kami mendaki, turut mencari sisa-sisa tinggalan sejarah, makan apa yang kami makan dan lain-lain lagi.
Aku juga menginstall aplikasi Google Trips sebagai pemudah cara dan pemahaman kepada setiap lokasi yang ingin dilawati. Yang bestnya apps ini boleh berfungsi di luar talian, anda boleh memuat turun segala-galanya ke telefon anda sebelum anda pergi, termasuk peta dan arah perjalanan.
Bersama tuan punya homestay Mr Hossein (beliau bercadang melawat Langkawi)
Kami tidak tinggal dihotel tetapi tidur dirumah penduduk Iran (bagai homestay di Malaysia) yang selesa dan sesuai dengan gaya kehidupan kami (ada heater dan water heater).
Bersambung….
Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 : Isfahan-Kota Separuh Dunia
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 : Menuju Selatan & Mencuba Makanan
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 : Shiraz – Bermulanya Empayar Parsi
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 : Perjalanan Pulang
Great post.
ReplyDeletelove Iran. Lama juga noh 14 hari.
ReplyDelete