Tuesday, January 30, 2018

Kembara Bumi Parsi: Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah

Tarikh   :   06 Januari 2018   
MISI     :   DAY 03
LALUAN:  Tehran – Kashan
Jarak    :  ±250km
KOORDINATE: N33.94625° E51.37320°

20180106_100128

Jimat masa - Aku singgah membeli roti di R & R untuk sarapan

DSC08323

Darmarkuz

8.00 pagi kami bertolak keluar dari bandar Tehran tanpa sarapan dengan menghala ke arah selatan menuju ke Kashan yang sejauh ±250km. Perjalanan melalui Lebuhraya yang dikenali sebagai Freeway 7 atau Persian Gulf Highway. Sepanjang perjalanan penorama indah rupabumi Iran berlatarkan gurun dan gunung ganang. Aku memang teruja melihat lanskap Iran, dengan bukit dan gunung ganang yang nampak seperti mudah  didaki sambil berangan akan ku daki gunung-gunung ini andai ia berada di Malaysia (layan pilah bukan kena duit). Pemerhatianku terhenti dan terus fokus kepada banjaran bukit yang berwarna merah dengan alur menarik yang memanjang selari jalan sejauh 4 – 5km. Aku meminta Muhammad  berhenti seketika untuk bergambar. Berdekatan kawasan kami berhenti ada kesan tasik air masin yang kering (ia akan kembali terjadi apabila musim hujan bermula). Bukit merah atau Red mountain (N34.42519° E51.16442°) ini dikenali sebagai Darmazku (betoi dak taktau ejaan ni)  

20180106_120220

Lanskap berwarna yang menarik berhampiran Kashan

Kami singgah di sebuah R & R untuk berehat seketika. Aku terpandang sebuah rumah lama lalu kami ke sana untuk bergambar. Di kawasan ini memang banyak sekali rumah-rumah lama sebegini.

20180106_124812

DSC08333

Bersama gadis manis Kashan. Perkampungan lama ini sudah ditinggalkan, walaubagaimanapun masih terdapat beberapa buah rumah lagi

Lebihkurang jam 2.30 petang kami tiba ke Bandar Kashan dan terus mencari restoran untuk makan tengahari. Kami singgah disebuah restoran yang cantik (N33.98612° E51.42514°). Makan nasi berlauk kebab untuk 2 orang (IRR310,000 = USD8.68). Usai solat kami bertolak ke Historical House(N33.97496° E51.44148°) di Kashan berdekatan Alavi Street.

20180106_135700

Makan tengahari dengan Nasi tanpa kuah di Restoran mewah

Kashan adalah penempatan kuno terawal di Iran. Jadi tidak hairanlah perkembangan dan pembinaan rumah di daerah ini dipengaruhi oleh gaya hidup, taraf ekonomi dan kebudayaan masyarakat. Rumah-rumah lama ini dibina sejak abad ke 18 dan 19 dimasa kemakmuran kerajaan Parsi terutama di Kashan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar kaya. Kebanyakan rumah-rumah ini kini diambil alih oleh kerajaan Iran untuk pemuliharaan bangunan bersejarah. Di kawasan ini terdapat beberapa buah rumah bersejarah seperti Baroojerdi house, Tabatabaei house, Sultan Amir Ahmad Bathhouse, Ameri House dan beberapa lagi. Apa yang menarik adalah senibinanya yang unik dengan binaan rumah dari lumpur dicampur dengan jerami gandum, pintu kayu yang tebal lagi unik dan rumah mereka kebanyakannya dikelilingi oleh tembok. Tetapi yang menarik perhatianku adalah binaan unik perangkap angin atau wind catcher. Wind catcher atau badgir ini dibina untuk memberi peredaran udara segar ke bahagian yang dikehendaki bagi mendapatkan suasana segar dan sejuk sepanjang masa

 GOPR3830

The Sacred Shrine – The Holy Sultan Amir Ahmad

20180106_151220

Pengetuk pintu ini uniknya kerana dibuat khas untuk wanita(kiri) dan lelaki(kanan). Dari bunyi yang nyaring dari pengetuk sebelah kanan boleh memaklumkan tuanrumah bahawa yang berkunjung itu adalah lelaki.

GOPR3826

Boroujerdi House – Rumah ini milik Usahawan kapet Seyed Hassan Netenzi (1859). Rumah ini berkeluasan 3,500 meter per

20180106_153224

di sebuah lorong di kawasan historical house

20180106_153534

Wind Catcher di Boroujerdi House

Senibina rumah ini juga kebanyakan memasukkan unsur air bagi digabungkan dengan angin bagi memberi lebih kesan penyejukan dari wind catcher. Sebab itu kebanyakan rumah sebegini ada kolam dihalaman rumah atau telaga khas di bawah serombong wind catcher. 

DSC08355

Fountain yang digerakan dengan kuasa air. Air disalirkan dari saliran yang berwarna biru

DSC08359

Kolam utama yang memberi tekanan kepada saliran dan juga fountain. Falsafah dalam rekebentuk Taman ini meliputi 4 unsur iaitu tanah, air, api dan angin  

Selepas itu kami ke Fin Garden (N33.94625° E51.37320°) atau Bagh-e Fin. Taman ini mula dibina oleh Shah Abas 1 di era Kerajaan Safavid sekitar kurun ke 16 disebuah perkampungan bernama Fin yang terletak beberapa km ke baratdaya Kashan. Taman ini diperbaharui semula diera Qajar (1797 – 1834). Taman ini berkeluasan 2.3 hektar dan dihiasa dengan pokok pine dan tumbuhan wangian. Yang menarik ialah bagaimana sumber air di pergunakan sepenuhnya dan teknologi diaplikasi di taman-taman yang dihiasai dengan air memancut melalui tekanan dari kolam yang dibina khas. Walaupun kawasan ini dikelilingi oleh gurun, namun sumber airnya diperolehi dari pergunungan Karkas yang dialirkan melalui saluran bawah tanah yang dipanggil ‘qanat’ ke kolam takungan yang besar dan dari sini air dialirkan ke taman ini melalui saliran yang dibina khas berwarna biru. Saliran ini mempunyai kemampuan untuk mewujudkan pancutan air di sekitar taman. Hebat ….. Dek kerana itu Taman ini di jadikan sebagai Harta Negara pada tahun 1935 dan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagaiWorld Heritage Site pada 18 Julai, 2012.

20180106_163516

SAfavid pavillion – Sultan dan keluarga akan beristirehat sambil menikmati bunyi aliran air

20180106_164913

Bath house – Mungkin disinilah lokasi pembunuhan penuh tragik Amir Kabir seorang Perdana Menteri di Era Nasiruddin Shah (1848 – 1851)

 

bagh-e-fin_garden_plan

Peta Fin Garden

  Untuk masuk ke taman ini dikenakan bayaran sebanyak IRR200,000 atau USD5.6. Ia dibuka dari jam 8.00 am – 7.00pm setiap hari (tetapi pada musim sejuk dengan masa siang yang singkat semasa kami sampai ianya sehingga jam 4.30pm sahaja). Selepas keluar kami mengikuti seorang penduduk tempatan untuk bermalam di rumahnya yang terletak ± 1.2 km dari Fin Garden. Rumahnya (N33.94872° E51.38546°) yang tersedia keperluan asas seperti pendiang, tandas dan water heater disamping katil dan selimut yang cukup.

Bersambung….


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 : Isfahan-Kota Separuh Dunia
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 : Menuju Selatan & Mencuba Makanan
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 : Shiraz – Bermulanya Empayar Parsi
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 : Perjalanan Pulang

Monday, January 22, 2018

Kembara Bumi Parsi: Berpelesiran Di Tehran

20180105_121046

Tarikh  :   05 Januari 2018   
MISI    :   DAY 02
LALUAN:  Tehran
Jarak  : ±
KOORDINATE: N35.88190° E51.40836°

20180105_083345

Kami sampai di Lapangan Terbang Imam Khomeini pada jam 11:15 pm (waktu Iran). Usai urusan passport, Muhammad sudah sedia menanti kami di pintu keluar. Beliau menjemput kami dengan sebuah proton wira lalu membawa kami ke rumahnya. Beliau memberikan kami sebuah bilik (ala homestay) dan meminta kami berehat dahulu sebelum aktiviti bermula esok.

20180105_085126

Jam 8.00 pagi kami sudah bersedia dan kemudian berbincang dengan Muhammad tempat-tempat untuk dilawati. Kini di Iran adalah musim sejuk, tentulah kami mencari peluang untuk bermain salji, maka Mohamad membawa kami ke Tochal iaitu sebuah kawasan peranginan sejuk yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Tehran untuk beriadah. Memandangkan hari ini hari Jumaat yang merupakan cuti mingguan, maka ramailah pengunjung yang hadir jadi kami terpaksa meletak kenderaan jauh di kawasan perumahan. Berjalan mendaki hingga ke tempat tiket. Dipertengahan jalan kami melepasi beberapa buah café, gua dan singgah sebentar di air terjun (N35.82356° E51.39992°) yang semakin kurang airnya mungkin kerana puncanya sudah mula membeku. Kami berhenti di sebuah café berdekatan kaunter tiket untuk bersarapan (pastinya roti dan scrambled eggs untuk 2 orang dan tea untuk 3 orang - kos IRR340,00 = USD9.52 hmmm … )

TeleCabin

Kemudian kami dapatkan tiket untuk menaiki Telecabin iaitu kereta kabel ke puncak Tochal  yang katanya adalah antara yang terpanjang di dunia (± 7.5km) Kami mengambil tiket hingga ke stesyen terakhir iaitu stesyen 7 dengan harga IRR400,000.00(USD11.20) seorang.

20180105_104216

Telecabin antara yang terpanjang didunia

Perjalanan dari stesyen permulaan (N35.81951° E51.40740°) sejauh ± 4.5km ke stesyen 5 mengambil masa ± 20 minit (kami melintasi stesyen 1 dan 2 tanpa singgah). Dalam perjalanan dapat menyaksikan panorama indah bandar Tehran dihidangkan dengan landskap indah pergunungan dogol yang diseluputi salji dan menghidu udara gunung yang segar. Kelihatan ramai juga pengunjung  mendaki bukit ini (jika ada masa pasti aku pun akan turut sama mendaki). Stesyen 5 (N35.85764° E51.39995°) terletak pada ketinggian 2,960 m. Disini kami singgah untuk menikmati pemandangan sekitar. Di kawasan ini terdapat restoran dan bangunan ala Swiss. Ramai pendaki berhenti disini untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan ke puncak. Jelas kelihatan puncak Komachal setinggi 2,950 meter disebelah kiri telecabin. Kemudian kami meneruskan perjalanan dengan menaiki telecabin ke stesyen 7 sejauh ± 3km yang mengambil masa ± 15 minit. Stesyen 7 (N35.88190° E51.40836°) adalah stesyen terakhir dan berada pada ketinggian 3760m. Dikanan ku kelihatan puncak Tochal (3,964 m) sejauh 1 km lagi perlu mendaki, dihadapanku adalah puncak Qezquncal(3,780m) dan dikiriku adalah puncak Shah Neshin(3,876m). Inilah adalah puncak yang menjadi ‘sasaran’ pendaki. Memandangkan kesuntukan masa maka kami membatalkan hasrat untuk mendaki ke puncak Tochal. Lagipun aku sudah mula terasa kepenatan dan sakit kepala (mungkin tanda-tanda serangan AMS kot (acute mountain sickness). Aku gagahi juga menaiki chair lift sejauh ± 890 meter ke kawasan perangin ski. (N35.88748° E51.40110°) 

20180105_114346

Bersama seorang warga tempatan yang berusia 80an. Masih gagah dan gigih mendaki, bermain ski dan sebagainya. Dibelakangku adalah puncak Tochal.

Disini terdapat salji namun masih kurang tebal, jadi tidak nampak orang bermain ski. Ada hotel berdekatan, Kami cuma bermain salji (maklumlah mana ada salji di Malaysia) sambil bergambar. Tidak lama kami disini kerana  sakit kepalaku semakin kuat dan tubuh terasa semakin kesejukan kerana tiupan angin. Sesekali kelihatan awan membelah di sekitar stesyen 7 dan puncak berdekatan. Bergegas kami turun dengan telecabin ke bawah. Sampai dibawah jam sudah pukul 2.30 petang dan Muhammad membawa kami ke Old Tajrish Bazaar (N35.80562° E51.42984°). Disini kami makan tengahari yang lewat (3.30pm) dengan nasi dan kebab untuk 2 orang + coke (IRR350,000 = USD9.8).

20180105_112021

Tajrish Bazaar dibina sejak ratusan tahun lalu dan tidaklah sehebat Grand Bazaar tetapi ia tidak sesak dan kurang dicemari. Peniaga-peniaga  sebelah menyebelah menjual barangan perhiasan, makanan, sayuran segar barangan rumah dan lain-lain lagi.

DSC08303-horz

Selepas itu kami singgah ke makam/masjid Imamzadeh yang terletak berhampiran dengan Tajrish Bazaar. Ia adalah antara masjid yang terkenal di Iran dan antara lokasi popular untuk dikunjungi oleh para penganut mazhab Syiah. Memandang waktu maghrib sekitar jam 5.30 petang maka kami kami singgah untuk solat di sini. Walaupun disini bermazhab syiah, aku ke hadapan menyelesaikan urusanku dengan Allah keseorangan tanpa gangguan. Selesai solat aku meninjau ruang sembahyang masjid ini yang dibina indah dan silingnya dihiasi dengan kristal. Kelihatan  ramai pengunjung menziarahi makam imam Saleh Bin Musa. Untuk makluman pengunjung wanita diwajibkan memakai Chadur apabila berada di dalam kawasan masjid ini.

20180105_163946

Refleksi ! … Hiasan dalaman dari kristal di dalam masjid Imamzadeh

Kami meninggalkan kawasan ini semasa maghrib dan menuju ke Azadi Tower (N35.69975° E51.33810°) yang menjadi ikon kebebasan dan berada ditengah bulatan (round about)  medan Azadi dan landmark pintu masuk barat ke kota Tehran.

20180105_175910

Azadi Tower atau Borj e Āzādi yang bermakna "Freedom Tower" (1979) dahulunya semasa zaman Shah dikenali sebagai Shahyad Tower. Menara berbentuk bagaikan Y terbalik dibina pada tahun 1971 untuk memperingati ulang tahun ke-2500 kerajaan Parsi yang pertama dan menjadi salah satu ikon atau landmark Tehran. Direka oleh Hossein Amanat dengan menggabungkan seni bina moden dengan pengaruh Iran tradisional.

Plan Azadi Tower

Jam sudah 8.30 malam, maka kami mengambil keputusan untuk balik ke rumah penginapan untuk berehat. Banyak juga tempat di Tehran terpaksa kami skip kerana masa yang agak lama kami ambil semasa berada di Tochal ….

Bersambung ……

20180105_094737

hmm… Sarapan sebegini di Tochal USD9.52

20180105_153812

Nasi tanpa kuah - Makan tengahari nasi berlauk kebab dan ayam USD9.80(untuk dua orang) termasuk air 

20180105_110437

Laluan hiking menarik disini

20180105_124921

Bersama penduduk tempatan yang mengambil peluang bersiar bersempena cuti mingguan

20180105_134840

Burger Iran

DSC08260

Air terjun mini – aliran air yang semakin kurang

DSC08274

Di Stesyen 5  - Salji masih kurang pada masa kini

DSC08295

Chair lift ke kawasan meluncur salji

DSC08296

Hotel peranginan

DSC08309

pintu masuk ruang wanita di Imamzadeh mausoleum. Wanita perlu bercadur di kawasan ini

Bersambung….


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 : Isfahan-Kota Separuh Dunia
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 : Menuju Selatan & Mencuba Makanan
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 : Shiraz – Bermulanya Empayar Parsi
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 : Perjalanan Pulang

Monday, January 15, 2018

Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah

Tarikh  :  04 – 12 Januari 2018   
MISI    : Jelajah Iran
LALUAN: Tehran – Kashan –Esfahan –Shiraz –Esfahan - IKA
Jarak  : ± 2300 km
KOORDINATE:

PENDAHULUAN

Iran adalah antara peradaban tertua di dunia, ia telah terdiri sejak tahun 4000 SM. Terletak di Asia tengah yang bukannya berbangsa Arab. Mereka adalah Parsi dan istilah Iran bererti “Tanah Aryan”. Iran menjadi republik pada tahun 1979 apabila kerajaan monarki Shah Iran Reza Pahlavi jatuh dan pemimpin agama, Ayatollah Khomeini mengambil kekuasaan. Islam adalah agama majoriti di Iran (98%) dimana bermazhab Syiah (89%) dan Sunni (9%). Lagi 2% terdiri dari agama Zoroastrianisme, Yahudi, Kristen, dan Baha’i.

PERBEZAAN WAKTU

type_C

Waktu di Malaysia mendahului selama 4 jam 30 min dari waktu di Iran (lewat laaa sikit) : (UTC +3.5)  

SOKET ELEKTRIK

Plug-horz

Di Iran power soketnya adalah dari type C dan F iaitu soket 2 pin (bulat) Voltage: 220 V, Frequency: 50 Hz Power sockets.

MATAWANG

Akibat sekatan ekonomi, kemudahan kad kredit tidak dapat digunakan di Iran jadi sila sediakan “cash” yang secukupnya. Bagi memudahkan urusan sila bawa matawang USD atau EURO ke Iran. RM boleh ditukar ke Iran Rial (IRR) di kaunter pertukaran wang di Lapangan Terbang di Iran TETAPI di Malaysia jenoh cari lokasi untuk tukar.

Matawang Rial Iran (IRR) adalah matawang rasmi negara TETAPI jangan terkejut semasa di sana kerana sebutan dan penggunaan “Toman” meluas digunakan dalam segala urusan harian. Dimana Sa Toman = IRR10 (alaaa … buang satu kosong dibelakang ja – tapi aku pun keliru woooo ) 1000 Rial = 100 Toman

Iran-100000-FB

Bagi mengurus perbelanjaan. Aku install  Trabee Pocket ke phoneku. Ia sejenis aplikasi yang boleh menjejaki perbelanjaan semasa dan semak baki bajet semasa atau setiap hari perjalanan. Ia juga menyokong penggunaan matawang banyak negara dan dengan hanya sentuh(paid version) dapat mengetahui jumlah perbelanjaan dalam nilai yang kita mahu (convert terus ke nilai matawang mengikut kemahuan samada nak RM atau USD). Ia juga boleh membuat carta perbelanjaan mengikut jenis dan boleh ekspotnya ke fail dlm format xls atau csv.

ETIKA PAKAIAN

Islam sebuah negara Islam yang menekankan penutupan aurat semasa berada di sana. Berpakaianlah secara sopan. Jika anda lelaki pastikan jangan berseluar pendek. Jika wanita, anda perlu menutup rambut dengan scaf atau tudung. Dibeberapa masjid atau makam, wanita perlu memakai cadur ketika memasuki kawasan tersebut.

SIM KAD

Terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telefon mudah alih di Iran seperti Irancell, RighTel dan Hamrah. Ada beberapa kaunter khas yang dibuka di balai ketibaan.

Aku memilih Irancell dengan kuota 3GB yang berharga IRR350,000 (± USD9.80). Cukup penggunaan untuk kami selama seminggu bahkan kami kongsi berdua lagi (Tethering)

Untuk makluman Facebook, Gmail dan Youtube disekat penggunaannya di Iran. Olehitu kita perlu menggunakan apps VPN untuk mengakses perisian yang disekat tersebut.

VISA & MAKLUMAN KEPADA KEDUTAAN

Untuk pemegang passport Malaysia Visa dikecualikan, sekiranya tempoh anda berada di Iran sehingga 15 hari (negara lain aku tak tau). Jika nak lebih masa … pun aku tak ambil tau.  

Aku menghubungi pihak kedutaan Malaysia melalui email memaklumkan kehadiran semasa berada di Iran (mwtehran@kln.gov.my (KLIK)). Aku setiasa memaklumkan kedudukkanku setiap hari semasa berada disana. Aku juga mendaftar di E-Konsular (KLIK) .

20180104_080430

Maka bermulalah kembara kami …..

Iran adalah antara wishlist untuk aku kunjungi. Sebenarnya perancangan awalku adalah untuk berbackpacker ke sebuah negara Asian. Tetapi apabila sdr Adi Harriman memaklumkan bahawa ada tawaran tiket Air Asia murah (RM565) return, maka aku terus bersetuju. Walaubagaimanapun tiket hanya tinggal 3 apabila kami ingin memuktamadkan perjalanan. Sehubungan dengan itu sdr Adi Harriman menarik diri. Maka aku berdua bersama isteri menaiki pesawat Air Asia D7 776 dari KLIA ke Imam Khomeni International Airport (IKA) pada 04 Jan 2018 jam 07:05pm.

GOPR4018

Bertiga kami merentas gurun (Mohamad NoorMohamadi di Belakang)

Aku tidak membuat persiapan rapi perjalanan kali ini kerana aku sedikit sibuk dengan aktiviti luar dan jabatan Tetapi aku sempat memuat naik peta topo Iran dan memasukan beberapa waypoint ke dalam ‘Garmin’ku. Disana aku mendapatkan khidmat sahabat facebook iaitu Mohamad NoorMohamadi. Beliau banyak membantu kami dalam perjalanan ke lokasi  disana. Disamping menjadi supir, beliau juga adalah pencerita, jurubahasa, pembayar wang, mencari kediaman yang sesuai dan selesa dan banyak membantu kami dalam memilih tempat untuk dikunjungi. Sabar melayan karenah kami, sanggup kesejukkan menemani kami kemana jua kami ingin berswafoto, mengikuti kami mendaki, turut mencari sisa-sisa tinggalan sejarah, makan apa yang kami makan dan lain-lain lagi.

Aku juga menginstall aplikasi Google Trips sebagai pemudah cara dan pemahaman kepada setiap  lokasi yang ingin dilawati. Yang bestnya apps ini boleh berfungsi di luar talian,  anda boleh memuat turun segala-galanya ke telefon anda sebelum anda pergi, termasuk peta dan arah perjalanan.

         

20180111_084246

Bersama  tuan punya homestay Mr Hossein (beliau bercadang melawat Langkawi)

Kami tidak tinggal dihotel tetapi tidur dirumah penduduk Iran (bagai homestay di Malaysia) yang selesa dan sesuai dengan gaya kehidupan kami (ada heater dan water heater).

Bersambung….


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 : Isfahan-Kota Separuh Dunia
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 : Menuju Selatan & Mencuba Makanan   
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 : Shiraz – Bermulanya Empayar Parsi   
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 : Perjalanan Pulang