Tuesday, January 10, 2017

Xplore Lombok - Prawacana

20161223_200258

TARIKH : 23 – 30 Disember 2016
MISI : Jelajah Lombok
LALUAN: Mataram – Lembar – Kuta – Jerowaru – Sembalun – Senaru – Senggigi
JARAK: ± 800 km
KOORDINATE:

Lombok adalah sebuah pulau yang terletak antara Bali dan Sumbawa. Sebuah pulau yang berada dalam pentadbiran Gubenor Nusa Tenggara Barat (NTB). Ia dibahagikan kepada 4 wilayah iaitu Lombok Utara, Lombok Barat, Lombok Tengah dan Lombok Timur. Memanjang sejauh 70km dan seluas 4,725km₂. Dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid kerana majoriti penduduknya yang kebanyakan adalah dari suku Sasak adalah beragama islam. Lombok sinonim dengan 3 Gilinya (gili Terawangan, meno dan Air) dan Gunung Rinjani (gunung berapi ke 2 tertinggi di Indonesia), namun Lombok sebenarnya  memiliki berpuluh lagi pesona lainnya yang meliputi alam, budaya dan makanan.

PC240011

mercu tanda Pulau Seribu Masjid

Aku merancang untuk ke Lombok setelah lawatan ke Bali (KLIK) pada bulan September 2015 lalu. Persediaan awal adalah dengan mencari maklumat, koordinate dan menyediakan itinarari dengan menyenaraikan tempat yang akan aku singgahi mengikut urutan. (KLIK – untuk itinarari cadangan).

lombok

Perjalanan kami sejauh 800km mengelilingi Lombok yang bermula dari Mataram selama 6 hari dengan fasa pertama mengunjungi pantai dan tanjung kemudian memasuki fasa kedua iaitu kawasan tanah tinggi di Sembalun dan fasa seterusnya air terjun dan pulau.

1. Penginapan

Memandangkan penerbangan kami akan sampai agak lewat petang, jadi aku terpaksa membuat tempahan penginapan hari pertama di Puji Homestay(S8.58986° E116.12056°), Mataram yang ditempah melalui booking.com. Penginapan ini berdekatan dengan Mataram Mall yang membolehkan aku membeli barangan asas dan sewaan motor yang mudah. Penginapan seterusnya adalah secara walk-in ditempat yang dirasakan sesuai.

2. Budget

Bajetku sebanyak Rp3.5 juta tidak termasuk tiket kapalterbang. Aku cuma menukar wang sebanyak 2 juta di Malaysia ( Rp 1juta = RM335). Tiada masalah jika keputusan wang kerana aku mempunyai akaun CIMB dan banyak mesin ATM di Lombok (CIMB ada di Mataram, Kuta, Senggigi dan Selong bahkan melalui ATM BRI pun boleh).

3.Tranportasi

20161226_133511

dengan honda beat dan muatan backpack kami mengelilingi Lombok

Kembara aku hanya berdua, bersama isteri dan secara backpackers. Jadi motosikal adalah kenderaan paling effisien yang sesuai dengan cara backpackers. Banyak tempat yang kami lawati aksesnya sangat sukar. Aku menyewa motosikal (honda Beat) dari Puji Homestay untuk selama 6 hari dengan kadar ID50.000 perhari. Minyak yang diisi dalam lingkungan RM35 sahaja sepanjang perjalanan kami. Tempahan secara online (motor  dihantar ke hotel) juga boleh dibuat Lombokmotorbike.com (KLIK).

20161230_101531

Pihak Lapangan terbang  Lombok  ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam. Berikut adalah jadual perjalanan bus DAMBRI

Bandara Internasional Lombok -> Pantai Senggigi
Tempoh : ± 1,5 Jam
Harga : Rp.  25.000
Masa: 03.00 WITA s/d 20.00 WITA (berangkat setiap 2 jam)

Bandara Internasional Lombok -> Terminal Bis Mandalika Mataram
Tempoh : ± 1 Jam
Harga : Rp.  25.000
Masa: 04.00 WITA s/d 19.00 WITA (berangkat setiap 1 jam)

Walaupun perkhidmatan bas ini disediakan aku memilih untuk menggunakan perkhidmatan taksi yang ditawarkan kerana masa yang sudah suntuk (sudah gelap ketika kami sampai). Aku berunding harga dahulu sebelum membuat keputusan bersetuju. (Rp150.000 hingga ke penginapan di Mataram).

4. Backpack

Kami masing-masing membawa backpack dengan kapasiti 40ℓ (berat hampir 8kg gak). Pakaian dan seluar 3 helai (ala hiking kerana mudah kering), cap, penutup muka, barangan keperluan peribadi, tuala microfiber, sepasang kasut hiking (terbuka), telekong/kain sembahyang, ubatan asas, kamera (wajib) dan peralatan elektronik (untuk mengecas dan sebagainya). Aku lupa membawa SPF lotion … hmm hitam la lengan dan mengelupas kulit )

5. Pandu arah

Aku sudah membuat persediaan dengan mencari koordinate setiap lokasi yang kami bakal singgahi. Dengan teknologi, guna saja apps Google Map bagi menunjuk jalan. Aku juga membawa garmin etrex(sebagai backup)  yang sudahku tandakan ‘waypoint’ dan memasukan koodinatenya dan ‘create route’ sekiranya line internet terbatas atau tiada.
Sampai di Lombok, perkara pertama kami buat ialah mencari kedai telekomunikasi untuk membeli simkad TELKOMSEL dengan pakej internet  (7GB maaa… tak habis pakai seminggu ) dengan harga rp55.000. Laju giler dan tiada masalah liputannya … kecuali di Lombok Timur )
Tetapi yang terbaik ..  bertanyalah dengan ramah kepada penduduk tempatan, pasti mereka berbesar hati untuk membantu.

Bersambung ……


Pautan Kembara Berkaitan
1. Xplore Lombok - Day 1 : Pendahuluan
2. Xplore Lombok - Day 2 : Jelajah Pantai & Tanjung
3. Xplore Lombok - Day 3 : Pantai & Tanjung @ Lombok Timur
4. Xplore Lombok - Day 4 : Dari Pantai Ke Tanah Tinggi
5. Xplore Lombok - Day 5 : Bukit Didaki & Air Terjun Di Dekati
6. Xplore Lombok - Day 6 : Santai Dipantai, Berekreasi di Alam Semulajadi
7. Xplore Lombok - Day 7 : Mengahayati Alam, Mendekati Cagar Budaya

No comments:

Post a Comment