Sunday, February 28, 2010

Gunung Jerai - Mendaki Lagi



Tarikh: Ahad, 28/02/2010
Masa: 9.00am
Rider: 6 Orang
Masa Dakian: pastinya lebih dari 1 jam 14 min

Aku sebenarnya lama tak mendaki Gunung Jerai ni. Masa bujang dulu-dulu aku memang aktif dgn aktiviti luaran(REKE)dan selalu gak mendaki (bukan naik gerek)terutama dari belakang gunung, merentasi hutan. Memang suasana berubah kini

Pagi ni Aku, Zn, Achong, Art & Art dan saudara Azizul(Modenas) mendaki. Tak ramai rider yg mendaki. Ada Group saudara Rani naik juga tetapi setakat pondok 2 dan mereka akan ke kayuhan off road - kalau idak boleh la join sekali.

Layan gambar ajalah ..
Laman Blog Achong mendetailkan ceritanya:


Credit to adik yg tangkap gambaq ni ..nasib baik clear


Merengkoh naik ....


Haa.. dah buang helmet dah ..satgi baju lak..


Baru separuh perjalanan ..


Walaupun letih ..masih macho ..klu tidak tak sampai la ke puncak

Sesungguhnya Gunung Jerai udaranya bersih, satu tempat yg sesuai utk melatih stamina dan kekuatan diri ..tak caya, rujuklah PAK YA ..

No comments:

Post a Comment