Thursday, January 07, 2010

SETAHUN YG LALU

07 Januari 2010 – Hari ini genaplah setahun rumah lama yang aku diduduki dahulu dirobohkan.

Banyak nostalgia dan sejarah rumah ini dengan usianya melebihi seratus tahun. Tersergam bersama berderetan dengan 2 buah lagi rumah lama yang dibina di era pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin II.(Semuanya bersaudara ni)

Rumah yang dirobohkan adalah milik Abdussalam @ Abdul Salam Bin Omar dan diturunkan kepada Haji Ali Bin Abdul Salam dan kini diwariskan kepada anaknya.

Begitu sayu dan sedihnya aku apabila ianya dirobohkan kerana banyak memoriku ada di situ. Namun jika dibiarkan ianya mungkin semakin usang. Kayu-kayu yang dirobohkan itu digunakan semula untuk membina 2 unit rumah berkembar berhampiran sungai yang dicadangkan untuk dijadikan homestay.

Satu deretan rumah batu berkembar 4 unit dibina ditapak rumah lama itu. Ianya adalah untuk sewaan. Jadi pada yang berminat, terutama yang bekerja di kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam, Anak Bukit dipelawa untuk menyewanya. Jarak lebihkurang 1 km sahaja.

Rumah ini berkeluasan 38’ x 20’, mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air – Dijangka siap dalam bulan Februari

Pada yang berminat sila hubungi saya(019-4800 116) atau Puan Zakiah (019-4717 500).

TTG (2)
Suatu Ketika dahulu .. rumah yg membawa banyak memori

Canon 400D 044
IMG_5148
Berdekatan ada beberapa buah rumah lama (bersaudara semua ni)
Katanya ia dibina diera pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1803-1843). Dibina sebelum kedatangan British.

IMG_2812
IMG_2840
Proses meroboh yg dijalankan
IMG_2910
FILE48897
IMG_4723
Binaan dari kayu-kayu asal rumah lalu ..tujuan Homestay
IMG_6682
IMG_6684
IMG_6696
Rumah utk sewaan .. dihadapan homestay itu

No comments:

Post a Comment