Translator

Tuesday, January 19, 2010

Arau - Satu Nostalgia

Salah satu hobi ku adalah fotografi. Banyak juga situasi, alam dan kehidupan yg sempat terakam olehku.

Baru-baru ni bila aku menyelongakar kembali almariku di rumah ibuku di Ayer Hitam, Kedah terjumpalah negatif filem dahulu (banyak juga), jadi aku scan kembali utk tatapan dan kenangan disamping dapat berkongsi nostalgia dan sejarah.


Aku mulakan dengan ITM Arau...LAYANNNNNNN

din

Gambar ini sekitar tahun 1983.. Kelihatan beberapa asrama. Dari kanan Jati(tak kelihatan dalam gambar), Damak, Halban, Mayang dan Siding. Dihadapan adalah padang hoki.. kini sudah terbina bangunan pentadbiran. Bangunan kayu di kanan (hadapan) adalah kelas/kuliah dan perpustakaan. Pada masatu Perpustakaan dan bangunan kuliah sedang dalam pembinaan. 


Kelihatan di tengahnya adalah bangunan pentadbiran baru.
Dikiri adalah dewan lama. Disitulah beberapa filem terbaru(masatu la) ditayangkan
Dikanan adalah dewan baru.. (peperiksaan dilakukan disini.)
Gambar ini di shoot dari stadium kompleks sukan(tempat bermain badminton dan squash)

AHHHH... satu kenangan indah disitu dan pada waktu tu

1 comment:

  1. Hiba hati mengenangkan tempat yang menjadi seribu macam kenangan. Mana taknya, pertama kali dalam hidup, tinggal berjauhan dengan keluarga semata-mata mencari ilmu yang menjanjikan sinar di masa hadapan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...