Monday, December 07, 2009

EX MTB RIDER & BONSAI

Suatu ketika dahulu En. Ahmad Radzi Bin Ramli adalah antara rider tegar di sebelah Jitra. Hampir semua bukit sekitar Jitra telah didaki, lembah-lembah telah dituruni, beberapa Jambori telah diikuti, NAMUN kini, aktiviti ini terpaksa dihenti setelah terlibat dalam kemalangan dalam bulan Februari 2009. Kemalangan yang tidak membolehkannya bergiat aktif lagi dalam arena ini. 

Kini beliau mula berjinak-jinak dengan seni bonsai, merupakan ahli baru Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis (PSBKPs). Sering keluar bersama beberapa ahli Persatuan mencari bahan terutama specis Premna (Bebuas). Dengan pengalaman kerjanya dibidang teknikal, beliau banyak menyumbangkan idea terutama dalam merekabentuk beberapa peralatan bonsai(tool) yang setanding dengan yang dijual dipasaran.

Layan…










Pokok-pokok mini disusun atas rak 






Pokok bebuas yg baru dikoreknya beberapa hari lalu H=3.5Ka 


Pokok-pokoknya jika kena pada harganya mungkin di jualnya. Beliau boleh ditemui di: 

No. 18, Taman Kenanga, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
No. Tel. 012-5318912

No comments:

Post a Comment