Monday, November 02, 2009

BONSAI: PAMERAN MINI MAHA 2009

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MINI MAHA), 2009 telah diadakan selama tiga hari di daerah Kubang Pasu iaitu bertempat di padang letak kereta Kompleks Changlun di sini bermula pada 23 Oktober lalu hingga 25 Oktober dan disambung sehari lagi hingga 26/10/2009.

Mini MAHA 2009 yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar itu menarik pelbagai penyertaan termasuk agensi kerajaan khususnya di bawah kementerian tersebut, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT) dan usahawan tempatan serta dari negeri lain.

Kami PERSATUAN SENI BONSAI KEDAH/PERLIS juga dijemput sebagai peserta.






Bagi yang berminat untk menyertai Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis bolehlah hubungi        Setiausahanya, En. Mohd. Hafizon B Yaakub di alamat: - 
246, Taman Mutiara Naga, Kepala Batas

06000 Jitra, 

Kedah Darul Aman

No. Tel: - 014-254 6954
SAIFUDDIN BIN YAAKUB - No. Tel.  0194800 116


No comments:

Post a Comment