Apabila banjir berlaku baru-baru ini, terkenang aku akan banjir besar yang melanda negeri-negeri utara pada 18 – 26 Disember 2005 lalu.
Sesungguhnya ia adalah banjir besar yang mengakibatkan penerbangan di LTSAH tergendala, bekalan air dan letrik terputus lebih dari seminggu. Jiran-jiranku semuanya berpindah.
Sek. Keb. Titi Gajah, yang menjadi pusat permindahan juga terpaksa dipindahkan ke pusat lain akibat banjir ini.
Apabila bekalan makanan berkurangan dan lilin sudah tiada, aku terpaksa mengharungi banjir dengan MTB ku ke Alor Setar mencari bekalan.
Layanlah gambar kenangan itu.
Rumah lamaku..paras pinggang
Masjid Tuan Hussin TTG
Sekolah TTG
Pandangan ke rumahku dari atas Sekolah TTG - dikelilingi oleh air ..macam dok tengah tasik
MTB pertamaku tulah yg digunakan utk meredah banjir . depan rumah abangku, Taman Lumba Kuda, A,Setar
belakangnya adalah Airport SAH
selepas banjir surut
No comments:
Post a Comment