Tarikh : 01 Mei 2014
Kos : ± RM350.00 (All-in satu famili)
Koordinate: N5 46.396 E101 03.632
Laluan: TTG - Pengkalan Hulu – Betong – Ban Lang National Park – Bannang Sata – Yala – Pattani – Na Khet – Na Thawi – Khlong Ngae – Padang Besar – TTG
Jarak : 142 km/760 km
Betong adalah sebuah pekan yang paling selatan di Thailand. Kedudukannya yang dikelilingi oleh bukit bukau membuatkan kita berasa nyaman terutama diwaktu pagi kerana pekan ini akan diselaputi oleh kabus sebab itu ia digelar ‘The City in the Fog’. Terletak ± 7 km dari pintu sempadan Pengkalan Hulu di Malaysia dan ada beberapa keistimewaan yang menjadi tarikan pelancong Malaysia untuk mengunjunginya.
Cuti hari pekerja pada pada 1 May 2004 yang jatuh pada hari Khamis(dapat 3 hari cuti berturut) digunakan dengan membawa keluargaku untuk menjelajah kawasan Selatan Thailand yang bermula dari pekan Betong. Aku pernah ke sini semasa Kayuhan Rentas Sempadan pada 2012 lalu.
Kami bertolak dari rumah pada jam 8.00 pagi dan tiba di Pekan Pengkalan Hulu (Kroh) pada jam 9.45 pagi lalu singgah ke stesyen minyak Petronas (N5 42.186 E100 59.993) bagi memenuhkan tangki minyak keretaku. Mudah dan cepat dipemeriksaan imigresen Pengkalan Hulu namun sampai ke pemeriksaan imigresen Thailand, Hulamak! ramainya orang. Urusan passport dan pengistiharan kenderaan di kastam memakan masa hampir 1 jam (Fee untuk pengistiharan kenderaan dikenakan sebanyak RM5.00). Seusai urusan imigresen terus menuju pekan Betong meronda mencari tempat menarik.
Peti surat asal
Simulasi
Pemandangan dalam city Convention Hall
Lokasi kunjungan pertama kami ialah ke penghujung jalan Sukkayang berhampiran Clock Tower untuk melihat sebuah Peti pos lama (N5 46.299 E101 04.281) yang dibina pada tahun 1924 (2467). Peti Pos setinggi 3 meter dan berukurlilit 1.5 meter. Dengan usianya lebih dari 90 tahun ia masih berfungsi dan digunakan sehingga kini.
Seterusnya kami ke Dewan Persidangan Betong ( City Convention Hall - Sala Prachakhom) yang terletak di Khong Kha road juga bagi melihat sebuah simulasi Peti Pos (N5 46.636 E101 04.384) yang 3 kali ganda besar dari yang pertama tadi. Peti pos setinggi 9 meter yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar
Jalan masuk ke terowong
Pemandangan di dalam terowong
Di muka keluar terowong
Lokasi berikutnya adalah ke Betong Mongkhonrit Tunnel (N5 46.211 E101 04.286). Ia terletak di jalan Amonrit merupakan terowong yang pertama dan terbesar di Thailand. Terowong yang tidak lurus tetapi melengkong sejauh 268 meter yang menghubungkan pekan Betong dengan pekan baru di sebelah tenggaranya. Ianya dibuka pada 1 Januari 2001.
Dipenghujung terowong ini ada sebuah taman yang terdapat 2 ekor patung ayam yang besar . Sempat bergambar seketika dan seterusnya memanjat melalui tangga yang disediakan ke bahagaian atas terowong ini. Disini terdapat beberapa binaan berbentuk dinasour. Namun sayang beberapa kemudahan yang disediakan disini sudah rosak tidak terjaga.
Jam 12.00 tgh, perut sudah lapar, maka mencarilah kami tempat makanan halal. Nampaknya tidak ada masalah mencari makanan halal di sini. Sengaja mencari sedikit kelainan dan singgah ke Restoran Hantana (N5 46.536 E101 04.229) menikmati makan tengahari. Sambil-sambil tu aku bertanya pendapat tuanpunya restoran mengenai keselamatan laluan ke Yala dan Patani.
Seusai makan tengahari , aku check-in ke Hotel Kongka (N5 46.254 E101 04.82) yang terletak di Jalan Chayachawalit. Kadar sewaan sebanyak RM79.00 (boleh guna duit Malaysia) dan agak selesa. Hotel yang dimiliki oleh seorang pengusaha cina Malaysia dari Kuala Lumpur. Hotel ini sering menjadi pilihan masyarakat india untuk menginap kerana kawasan berhampiran disediakan makanan ala india dan lain-lain lagi. Berhampiran kawasan ini ada beberapa hotel seperti Betong Merlin, Betong Plaza, Sri Betong lain-lain lagi. Kemudahan makanan halal juga senang didapati seperti Restoran Sharipah. Mandi dan menunaikan kewajipan sambil lelap seketika sebelum meneruskan perjalan berikutnya.
Jam 2.00 ptg kami bertolak menuju ke Betong Hotspring (N5 50.980 E101 04.306). Ia terletak ±10km dari Hotel kami. Ada sebuah kolam utama yang besar dan airnya disalur ke sebuah kolam berhampiran. Di kolam ini ramai yang berendam kaki kerana kurang kepanasannya. Dikolam utama ada 3 kolam yang dibina khas yang boleh diguna untuk merebus telor. Prasarana yang lengkap dibina untuk pelancong seperti gerai jualan, tandas dan ada sebuah resort iaitu Bor Nam Ron Resort. Ia menyediakan bilik standard dengan kadar harga RM72 atau THB650 dan sewaan bungalow dengan senibina ala Thai Muslim yang lengkap dengan kemudahan mewah moden dengan kadar harga RM110 atau THB1,000. Resort ini turut menyediakan kemudahan SPA dan Suana disamping kemudahan kolam renang air mineral yang bersih, selamat yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Penginapan turut disediakan di sini
Kemudian kami menuju ke kebun bunga atau dikenali sebagai Mai Dok Mueang Nao Garden (N5 53.135 E101 01.361) yang jaraknya 9km dari Hotspring. Sebuah kawasan yang ditanam dengan bunga-bunga kawasan sejuk. Lanskapnya yang cantik dengan bunga-bunga yang menyerikan. Ia adalah satu projek yang dicadangkan oleh Puteri Sirinthon.. Bayaran masuk sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Kemudahan penginapan dan restoran ada disediakan. Disini baruku tahu betapa sukarnya kalau nak kayuh mendaki ke sini. Laluan yang curam dan ada disatu tempat sebuah van pelancong dari Malaysia terpaksa berhenti ditepi jalan kerana tidak ada ‘power’ untuk mendaki (dari Piyamit ke kebun Bunga)
Kemudian kami ke Piyamit Tunnel (N5 53.392 E101 02.790). Sebuah kubu perlindungan yang digunakan oleh pihak komunis Malaya. Bentuk sama seperti terowong komunis di Khao Nam Kang. Terletak di kawasan pergunungan dan hutan tebal yang menyukarkan ianya dikesan. Ia dibina dalam tahun 1977 hasil kerja keras para pengganas bagi mengelak serangan udara dan sebagai tempat simpanan bekalan makanan. Terowong sejauh 1 km dan selebar ± 2 meter. Ada beberapa kemudahan ringkas sebagai ikhtiar hidup di dalam hutan. Anda perlu mendaki ± 1km sebelum sampai ke pintu masuk ke terowong. Bayaran masuk sebanyak RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang.
Ada beberapa lokasi air terjun namun aku memilih untuk mengunjungi Intharason waterfall (N5 52.520 E101 03.787). (KLIK) Air terjun cantik bertingkat. Berehat seketika disini sambil menikmati keindahan alam dan melapik perut. Jam 6.00 balik ke semula ke hotel.
Suasana malamnya di Betong semakin meriah dan hidup. Dendangan lagu dari pusat karaoke berkumandang berdentum-dentum. Malamnya aku meronda ke Clock Tower (N5 46.302 E101 04.288) yang menjadi mercu tanda dan landmark kota Betong. Binaan cantik yang dibuat dari marmar dengan ukiran Hamara. Pada waktu malamnya dapat menyaksikan ribuan burung layang-layang bertenggek di wayar-wayar berhampiran menara jam ini.
Betong Mongkhonrit Tunnel di waktu malam
Bersambung …… Perjalanan ke Yala & Patani
Artikel berkaitan:-
1. Kembara Alam Bumi Siam: Day 1 – Betong Yang Beruntong?
2. Kembara Alam Bumi Siam: Day 2 – Merentas Yala Menuju Pattani
3. Day 3 – Pattani: Masjid Di Ziarah, Pantai di Jelajah
nice sharing
ReplyDeleteAs salam... Nak Tanya ada tak gambar masjid Dato Gombak di telo kapo
ReplyDeleteWsalam
DeleteAda dalam bhg ke 3