Tarikh : 03 Mei 2014
Laluan : Pattani – Yaring – Laem Tha Chi - Na Ket – Na Thawi – Khlong Ngae – Padang Besar, Thailand
Jarak : 280/760 km
Coordinate:
Pattani adalah sebuah wilayah Selatan Thailand yang majoriti penduduk (85%) beragama Islam. Ia asalnya sebuah kerajaan Melayu Islam(Raja-raja Pelangi - 1516-1902) sebelum ditakluk oleh Kerajaan Siam pada tahun 1767. Pada tahun 1835 berlaku pergolakan merebut takhta Kelantan, Raja Kampung Laut yang dikenali sebagai Tuan Besar Bin Raja Muda Ismail yang kalah kepada Sultan Muhammad II dalam perebutan takhta Kelantan telah dilantik oleh Siam sebagai gabenor bergelar raja (Phraya Patani) di negeri kecil Patani yang telah dipecahkan. Salah seorang anak Raja Bendahara Long Jenal yang kalah dalam perebutan takhta itu juga dilantik oleh Siam sebagai raja di Yaring salah satu negeri kecil di Patani. Phraya Patani ke-V dan terakhir iaitu Sultan Abdul Kadir Kamarudin Syah telah dibuang negeri ke Kelantan kerana terlibat dalam pemberontakan yang mahu membebaskan Patani dari Siam pada tahun 1902 sekaligus menghapuskan sistem beraja melayu di Patani. Antara tahun 1939 – 1944 (masa pemerintahan Pibul Songgram), orang Melayu telah menjadi mangsa dasar asimilasi kebudayaan atau dasar Rathaniyam ).
Meskipun, Pattani bukan tergolong lokasi pelancongan popular ditambah dengan ketidakstabilan politiknya, namun hatiku meruntun untuk menjelajah dan meneroka buminya yang berselirat dengan sungai dan pantai, mewah khazanah alam, menawarkan banyak sejarah silam untuk dihayati serta unggul dengan budaya dan adat resam.
Jam 8.00 pagi kami check out dari hotel, kami singgah ke Decha Nuchit Bridge(N6 51.954 E101 15.121) sebuah jambatan yang menyeberangi sungai Pattani. Ia menjadi tarikan pelancong untuk menyaksikan panorama di Sungai Pattani dan sekitar kawasannya. Pada petangnya menjadi tempat beristirehat warga Pattani manakala di waktu pagi dipenuhi dengan riadah seperti aerobic dan lain-lain lagi.
Kemudian kami menelusuri Pattani Road bagi mengunjungi Masjid Jamek Patani (N6 51.737 E101 15.333). Sebuah masjid yang dikatakan terindah di Thailand. Ia di bina dalam tahun 1954 dan siap pada tahun 1963 dengan senibinanya yang dipengaruhi oleh Arab dan Taj Mahal dimana sebuah kolam dilengkapi tugu berbentuk kubah dibina di tengah halaman bagi mendapatkan suasana ala Taj Mahal. Kos pembinaan menelan belanja sebanyak RM400,000 (46 juta baht - pada masa tersebut) dan boleh memuatkan sehingga tiga ribu jemaah pada satu-satu masa. Ia menjadi pusat tumpuan jemaah di Pattani untuk beribadah serta mendalami ilmu agama.
Diseberang jalan sana nu kelihatan Pasar Basah Pattani (N6 51.653 E101 15.332) atau dikenali sebagai Thetsaban Mueang Pattani Fresh Market, maka kamipun berlegar-legar seketika disitu dan bersarapan di gerai berhampiran.
Masjid yang katanya pernah diziarahi oleh Hang Tuah (????)
Kemudian kami menuju ke bahagian timur menghala ke Yaring dengan mengikuti Highway 42 untuk singgah ke sebuah masjid yang seperti tidak siap-siap dan mengalami sejarah hitam iaitu Masjid Krisik(N6 52.382 E101 18.201) atau Krue Se. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dan aku tidak melepaskan peluang untuk melakukan solat sunat.
Diatas Jambatan menghubungkan Yaring ke Talo Kapo
Kemudian aku menuju ke Old Town Yaring yang sejarak ± 8km tetapi ada pekan sehari dan teringin untuk singgah ke Yaring Mangrove Forest Natural Study Center (N6 52.083 E101 22.284) tetapi kesesakkan membuat aku terasa tawar hati untuk singgah. Dimaklumkan ada pelantar pejalan kaki sejauh 1,250 meter di kawasan hutan bakau sambil boleh melihat beberapa spesis burung.
Seterusnya kami menuju ke pantai Talo kapo atau Telok Kapur (N6 53.875 E101 22.575) ± 4 km dari Yaring. Sebuah pantai yang indah mengadap Telok Siam. Pasirnya yang halus dan airnya yang menghijau dan lautnya yang cetek dan selamat untuk mandi mandanya, namun pasirnya panas dek bahang matahari yang terik. Di sini ada sebuah masjid An-Nur yang siap dibina 26/02/2013. Bersebelahannya ada sebuah pos tentera. Baru-baru ini ada letupan bom berhampiran kawasan ini.
Ada pasu di hujung makam, kenapa? Hmmm..
Kemudian kami menuju Tanjung Dato untuk melawat Komplek Pemakaman raja-raja Fatani. Terdapat makan Sultan Muhammad(N6 54.857 E101 19.919) atau Tuanku Pasa (Keturunan Raja Kelantan) yang memerintah Fatani dari 1845 – 1856 M. Ia digelar Phraya Wichit Phakdi Sri Rathanaket Pratesarat.
Kemudian aku mengunjungi Masjid Dato’ (N6 54.787 E101 19.918) atau dikenali sebagai Masjid Dato’ Panjang. Masjid yang pembinaannya sezaman dengan masjid Krisik . Ia dibina oleh Sultan Muzuffar Shah (1530 -1663M). Masjid ini diistiharkan sebagai ‘ancient monument’ pada tahun 1935 dan dibaikpulih pada 1996.
dikiri & kananku adalah laut
Sudah lama aku teringin untuk meninjau kawasan tanjung ini atau dikenali sebagai hujung Tanjung atau Laem Tha Chi (N6 56.228 E101 14.367). Tanjung yang memanjang tirus sejauh ± 15 km dari Talo Kapo. Ia agak sunyi dan menjadi kawasan nelayan. Disini kita boleh menikmati pemandangan laut lepas yang indah. Pasir yang halus dan boleh melihat Pattani dari sini. Sebelum sampai hujung tanjung akan lalui kawasan perkelahan dan ada beberapa pengusaha chalet iaitu di Teluk Sembilan atau Ban Talo Samilae
Pasirnya halus memberi cabaran dan menguji tahap kesabaranku. Ini kerana keretaku lekat dipasir ini ketika cuba berundur. Dibawah terik panas mentari aku berusaha melepaskan dari dugaan ini.Risau aku memikirkan mengenai anak isteri dan perjalanan yang masih jauh lagi untuk balik. Aku cuba dapatkan pertolongan dari nelayan berhampiran, namun usaha kami masih tidak berubah. Tiba-tiba beberapa pickup membawa kanak-kanak tadika tiba dan beberapa orang dewasa turut mebantu – pun tidak merubah situasinya. Tidak semena-mena,sekilas pandanganku sebuah CRV 4WD tiba, 3 orang lelaki menawarkan bantuan dengan menarik keluar keretaku dengan menggunakan tali. ALHAMDULILLAH berjaya. Syukurku kepada ALLAH. Pertolongan semua penduduk disini amat dihargai, mereka menolak ganjaran atas dasar silaturahim .. JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
Artikel berkaitan:-
1. Kembara Alam Bumi Siam: Day 1 – Betong Yang Beruntong?
2. Kembara Alam Bumi Siam: Day 2 – Merentas Yala Menuju Pattani
3. Day 3 – Pattani: Masjid Di Ziarah, Pantai di Jelajah
Best bang baca cerita abang !
ReplyDeletealhamdullillah... terima kasih atas info.. pixnya amat menarik
ReplyDeleteByk info. Terasa nak pergi juga.Terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih , sudi singgah
Deletegood info...plan nk explore jugak pattani one day
ReplyDeleteelok tu. Banyak tempat menarik di Patani. Situasi 'panas' yang menyebabkan ramai takut nak ke sana.
DeleteAda fb atau wasap nombor tuan, cdng nk bawa kereta sendiri ke san juga.
DeleteAda fb atau wasap no tuan. Nk bawa kereta sendiri juga cdngny.
DeleteFB: Saifuddin Yaakub
DeleteWhatsapp: 0194800116
Insya allah - 2 Sept 2022 aku akan sambung semula perjalanan nk ke Pattani setelah terkandas di bandar Yala awal Ogos br ni akibat hujan lebat dn patah balik menginap di Betong. Solo Ride bersama Saka 😁
ReplyDeletesebuah pengalaman indah jika mengunjungi Wilayah Pattani, sepertinya tanah air sendiri.
ReplyDeleteSangat bagus, bang. Salam dari Indonesia
ReplyDeleteterimakasih Pak ...
Delete