Tarikh : 27 November 2013
Lokasi : Lot 70406, Jalan Musim Bunga, Taman Tasek Jaya, Ipoh Perak
Coordinate : N4° 38.968 E101° 06.426
Masjid Muhammadiah adalah sebuah Masjid berkonsepkan senibina China yang kedua di Malaysia selepas Masjid Cina Beijing di Kelantan. Ia dibina setelah mendapat perkenan dari Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Ia adalah kesinambungan dari Surau dari Madrasah Muhammadiah yang telah didirikan oleh Allahyarham Tuan Hj Abdul Latif Bin Mohd Kassim bersama penduduk awal Taman Tasek, Perak pada bulan Mac 1973 yang lalu.
Pembinaannya terhasil dari sumbangan pelbagai pihak dimana RM2 juta disumbangan oleh MAIPk dibawah peruntukkan asnaf Muallaf, sumbangan Kerajaan Persekutuan RM1 juta dan sumbangan orang ramai sebanyak RM1 juta termasuk dari pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia(MACMA) cawangan Perak. Ia dibina atas Lot 70406, Taman Tasek Jaya seluas 3776 kaki persegi. Kerja pembinaan dimulakan pada 24 November 2011 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2013. Selain senibina berkonsepkan senibina cina dan bagi menampakkan lagi imej ala cina, atapnya diimpot dari negera China dan dipasang dibawah penyeliaan Juruteknik dari sana.
Disamping menjadi tempat untuk beribadat, ia juga menjadi pusat perkembangan ilmu, pusat maklumat, pusat kemasyarakat dan lain-lain dalam menyebarkan syiar Islam. Majlis-majlis hari kebudayaan cina turut dapat dilaksanakan . Pusat-pusat seperti kaunseling, kelas akademik, tempat perlindungan turut dapat dijalankan. Orang-orang non muslim juga turut dijemput menyertai program berkenaan.
Selain itu masjid berkenaan juga menyediakan tempat bagi Pusat Ilmu dan gelanggang dakwah bagi penduduk setempat dengan menjalankan pelbagai aktiviti muamalat di samping memberi kemudahan beribadat juga kepada pelancong dari luar negara.
Semoga pembinaan masjid sebegini dapat memberi kesedaran akan universalnya islam yang tidak hanya merujuk kepada warisan atau bangsa bahkan merangkumi semua segi , budaya, senibina & makanan selagi tertakluk kepada batas syarak.
Di pintu masuk utama
dihadapan adalah tapak asal surau
Tempat wuduk
Ruang sembahyang
Pandangan dari tingkat atas ruang sembahyang
Kolam ala cina
Bumbungnya yang diimmpot khas dari negara China
pandangan sisi
Tandas yang bersih lagi selesa
No comments:
Post a Comment