Wednesday, December 11, 2013

Mengerat Jalinan Laluan & Persahabatan

Tarikh: 07 Dis 2013

Aku dihubungi oleh Sharon(TM Bike) dan LM Bikers memohon mencari laluan bendang sekitar Jitra disamping meraikan 2 orang rakan kayuhan dari luar negara. Mereka ialah Roberto Gallegos(Mexico) dan Annika Wachter(German). Mereka adalah pengembara berbasikal yang merentas hampir 20 buah negara sejak 2 tahun lalu dan telah menjelajah sejauh 13,000 km sebelum  sampai ke Malaysia. Matlamat kayuhan mereka adalah untuk memupuk dan mendalami budaya dan masyarakat melalui basikal. Pengalaman dan pengetahuan yang ditimba sepanjang pengembaraan dikongsi melalui media internet bahkan membentangkan pengalaman mereka kepada pelajar dan orang ramai. Mereka juga cuba mencadangkan satu jaringan laluan dan persahabatan untuk dikongsi dengan mereka yang berminat. Pengalaman mereka boleh dikongsi dilaman http://www.tastingtravels.com/.

Bagi aku, ini adalah satu peluang untuk  memperkenalkan Kedah Negeri Jelapang Padi sebagai satu lokasi menarik untuk dilawati. Aku berusaha membawa ke tempat yang mempunyai ‘nilai’  tersendiri dan  unik seperti kubu, sungai, bendang, muzium dan gunung. Masih banyak lagi tempat yang menarik untuk ditonjolkan namun masa amat terbatas disamping satu ‘loop’ untuk laluan perlu disediakan. Pada orang tempatan tempat sebegini adalah biasa tetapi ianya luarbiasa kepada pelancong. Begitulah yang dirasai oleh kedua pasangan pengembara ini dalam menghayati dan menilai suasana disini.

Pengalaman mereka memberi semangat kepadaku untuk mengembara ke luar negara. Insyaallah destinasi terbaru aku bersama Team Great Adventure Malaysia ke sebuah negara sudah dikenalpasti, tiket sudah dibeli, perancangan laluan  sedang diteliti cuma menanti hari.

Kaitan pautan: Pembikinan Jom Kayuh (KLIK)

Bendang

PC071341

Antara rider yang hadir hari ini

PC071344

Pekan Tanah Merah, Jitra

PC071345

memasuki Bendang

PC071356

PC071357

PC071358

Mereka memang teruja disini

PC071365

PC071367

PC071374

Kebanggaan Kedah

PC071375

Bersama Rider dari Jitra

PC071377

hmmm iklan yang menarik ni …

PC071378

PC071381

PC071393

PC071403

PC071406

Satu loop merentasi sawah padi

5 comments:

  1. Great article! We enjoyed a lot your route desing. We hope to see the bike path finished soon!

    ReplyDelete
  2. Great article, we enjoyed a lot your route design and the time we spend with you guys. We hope the bike path is finished soon, so we can come back for the inauguration.

    ReplyDelete
  3. Salam bro.
    Interesting route. I ll try promote this route. Boleh email me your hp number.

    Tq
    Acid Mustafa
    acidmustafa@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Salam tuan.

    Macam seronok ja lintas sungai pakai benda tu. Kat mana tu tuan?

    ReplyDelete
  5. Ni dekat Titi Gajah, Alor Setar..maklumat ada di sini:-
    http://saifudin-mtb.blogspot.com/2013/07/pembikinan-jom-kayuh-menyelaras-laluan.html

    ReplyDelete