Tarikh : 14 Disember 2013 – Sabtu
Lokasi : Trek Merbok, Gunung Jerai, Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia
Jarak : 9.4 km
Rider : 9 Orang
Coordinate : N5° 47.231 E100° 25.944
Trek DH gunung Jerai semakin dikenali terutama dari rider luar. Boleh dikatakan saban minggu ada sahaja rider dari luar berkunjung untuk mencari nikmat penurunan dengan membelah akar, meredah halangan. Trek enduro sejauh± 6km ini serasa tidak puas pula. Menyedari perlunya pilihan untuk trek DH maka hari ini aku bersama sahabat Kedah Downhill (KeDH) meninjau dan menilai kesesuaian trek Merbok pula. Tinjauan kami dibantu oleh saudara Putera Shariman dan Abdul Syukur (yang mahir dengan laluan di Gunung Jerai dan juga ahli Persatuan Rekreasi Kedah(ReKe) bersamaku dahulu). Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 5 jam (10.30 pagi – 4.15 ptg).
Kami memulakan perjalanan pada pada ketinggian 1121 meter (berdekatan Padang Tok Sheikh) dan mengikuti denai yang tersedia. Permulaan tinjauan , trek tampak selesa sesuai untuk penggunaan basikal All Mountain, laluan yang boleh melaju. Namun selepas melewati puncak kepala angin dan melalui kawasan hutan yang terbakar, laluan semakin curam dan sukar, pada beberapa section penunggang perlu menanggung basikal menuruni cerunan. Seterusnya banyak balak-balak tumbang perlu di potong maka kami mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu ujian penurunan dengan MTB. Ditambah jarak trek sejauh 9.4km(agak panjang) memerlukan komitmen dan kesukaran membawa beberapa peralatan seperti gergaji rantai dan sebagainya. Walaubagaimanapun trek yang lebih pendek yang menuju ke arah Sri Perigi sedang diintai. Insyaalah …
Jarak 9.4km ja
bermulanya dari sini
Permulaan yang menarik dengan drop akar
mengalih halangan
membersih laluan
memotong dan mengaleh balak
Melepas lelah di puncak indah
menggunakan tali untuk turun
sambil meninjau sambil mencuci
9 peninjau
memerhati balak reput
kebakaran pada awal tahun memusnahkan hampir 6 ekar hutan simpanan
Sayang! .. Khazanah alam beribu tahun musnah terbakar
Cantik gambar ni, pakai nikon kan tuan, lens ape ye
ReplyDeleteTQ tuan Ibrahim .. saya hanya gunakan compact kamera ja .. Olympus Tough TG1 dan Canon S 100.
ReplyDeleteJarang gunakan DSLR semasa outdoor.
Geng white side .. 60D & 400D