Saturday, December 28, 2013

Tan Pliw Waterfall: Permata Indah Yang Dilupa..

Tarikh : 24 Disember 2013      
Jarak  : 110 km dari Wang Klian     
Coordinate: N7.11107° E99.84336°     
Maps: https://goo.gl/maps/FCFaSB7bRyM2 

IMG_0025

Tan Pliw @ Than Plio waterfall adalah air terjun cantik yang turun dari Pergunungan Lung Khroe dalam daerah Satun/Trang. Ia terletak dalam kawasan Perlindungan Hidupan liar Khao Bantat. Dengan dikelilingi oleh hutan yang terpelihara, banjaran dan gunung pasti banyak air terjun dan jeram di kawasan ini yang tidak tercemar.

Air terjun batu kapurnya yang cantik tetapi seperti tidak dikunjungi. Beberapa kemudahan asas disediakan seperti gerai, tandas , pondok dan laluan/pelantar pejalan kaki, namun ianya seperti ditinggalkan mungkin kerana tidak ada pengunjung atau berada agak di pendalaman atau tidak ramai mengetahui akan kewujudannya.

Ketika aku sampai nampak ia seperti jeram biasa sahaja, namun setelah aku meninjau lebih jauh kelihatan disana air terjun yang cantik di sebelah atasnya. Terpaksa meredah batu-batu, meredah air dan  memanjat tinggalan kayu kerana pelantar pejalan kakinya telah rosak (mungkin akibat hentaman arus deras dan reput). Airnya yang jernih menghijau memang menenangkan jiwa. Lama aku menikmati dan menghayati suasana di sini sambil merehatkan diri dan menyegarkan badan.

Kemudian aku ke kolam takungan air yang berada tidak jauh dari sini. Dari Jambatan yang aku lalui kelihatan air takungan yang menghijau lagi jernih Ia adalah sebahagian dari Rancangan Sistem Pengairan Gunung Namtok. Dibina atas arahan Raja Thai. Pembinaannya dimulakan pada tahun 2007 dan siap dalam tahun 2008. Pengurusan dikendalikan oleh pihak Jabatan Saliran ke 16 Wilayah Satun.

Terletak sejauh ± 14 km dari pekan Thung Wa. Untuk ke sana, ikuti jalan utama Thung Wa – Palian (416) di batu penanda 35 km belok ke kanan menuju ke Ban Thung Yao Nui sejauh ± 8km.

IMG_0006

Air terjun di bahagian bawah

PC241682

Pelantar jalan yang telah rosak, terpaksa meredah & meniti atas pokok tumbang  dan kayu

IMG_0013

Perlu melintas & mengharung air untuk ke atas sana

IMG_0021

Meletak& menyusun  kayu untuk melintas

IMG_0020

sebahagian air terjun

IMG_0023

kemudahan kedai yang tidak digunakan lagi

IMG_0026

Rancangan Pengairan Diraja

PC241711

Jambatan ke seberang sana (gunung)

IMG_0030

Kawasan tadahan yang menghijau

PC241707

Pemandangan ke bawah dari jambatan

Cerita Asal dari Kembara Alam Bumi Siam: Mencari Sinar Dari Satun Ke Trang

No comments:

Post a Comment