Saturday, November 30, 2013

Surau Kampung Balun: Khazanah Berharga Yang Dipulihara

Tarikh  :  27 November 2013  
Lokasi  :  Kampung Balun, 35820 Slim River, Perak
Coordinate : N3° 49.517 E101° 25.438

Minatku dalam senibina lama meruntun hatiku untuk melawati salah satu warisan yang telah dipulihara iaitu Surau Tinggi di Kampung Balun, Slim River, Perak.

Ia terletak berhampiran dengan Sekolah Agama Rakyat Irsyadunnas, 35820 Kampung Balun, Slim River, Perak. Untuk ke sana, dari Lebuhraya Utara Selatan ambil susur keluar (Exit 126) Slim River. Selepas keluar dari tol dipersimpangan jalan, belok ke kiri menghala ke Tanjung Malim dan ± 3km selepas melintasi sungai (±120m) belok ke kiri (Landmark: Gerbang Selamat Datang Ke Kampung Balun) dan Surau ini terletak ± 2km dari simpang ini.

Surau ini dibina atas usaha pengasas kampung berkenaan iaitu Mohd. Ibrahim Bujang sekitar tahun 1920an. Ia dibina secara gotong royong oleh penduduk kampong. Surau tiga tingkat yang mempunyai keunikan tersendiri kerana binaannya tidak menggunakan paku, mimbar terletak di tengah-tengah surau dan tingkat tertingginya dijadikan tempat tinjauan untuk memerhati ke seluruh kampung. Pernah suatu ketika dahulu dijadikan sebagai masjid.

Sekian lama ia ditinggalkan kerana uzur. Kerja-kerja baik pulih pada beberapa strukturnya bermula pada awal tahun 2013 dan kerja-kerja pembaikkan siap sepenuhnya pada Ramadan lalu. Semoga usaha pemuliharaan bangunan lama dapat diteruskan agar warisan dan sejarah dapat dikekalkan untuk tatapan generasi terkemudian.

Surau Tinggi

IMG_2743

Lokasinya berhampiran dengan madrasah ini

_MG_6921

Pandangan Hadapan

 _MG_6913

Tampak sisi

IMG_2751

Pandangan dalam – ruang imam

IMG_2761

pandangan dari tingkat 2

IMG_2765

Tangga untuk ke tingkat 2

IMG_2753-horz

Tingkat atas - menara

IMG_2757

Pandangan dari menara ke arah Madrasah Irsyadunnas

IMG_2770

1 comment: