Friday, November 08, 2013

Khao Nam Khang: Ulangan Dalam Kenangan

Tarikh : 5 November 2013 = 1 Muharam 1435 (Sabtu)
Mula   : 8:00 pagi
Jarak  : ± 82 Km
Max Elev: 283 meter 
Rider   : 47 orang
Coordinate: N6 34.473 E100 34.514

Kayuhan ini di atur oleh Saudara Nasron (Lontruth) dan mendapat sambutan amat menggalakkan dari rakan-rakan MTB dimana seramai 47 rider dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menyertainya. 

Jam 6.15am bertolak dari rumah dan nasib baik tidak ramai pelancong dipintu sempadan. Siap semua urusan imigresen pada jam 7.15pagi. Berhenti menikmati sarapan bersama keluarga dan membeli bekalan makanan sambil menanti kehadiran rakan di pekan Dannok.

Kami memulakan kayuhan pada jam 8.00 pagi melalui  Janglon Soi 6 terus menelusuri jalan sempadan sejauh 3.5km dan berkumpul di Water View Restoren (N6 31.579 E100 26.229) untuk kiraan dan taklimat perjalanan. Memandangkan aku pernah ke sini(KLIK) dan tahu perjalanan ke sana maka aku dan abang Ron menjadi sweeper dan keretaku dipandu oleh isteriku yang mengekori rider dibelakang sambil dibantu oleh Bro Shariman yang menjadi pengiring bermotosikal.

Melewati Lake View dan Good View Restoren(Restoren Terapung di atas Kawasan tadahan air Ban Kong Si Kao) cabaran bukit sejauh 6km bermula. Di sini sudah ada beberapa rakan yang mengeluh kepenatan sambil berhenti mengambil nafas. Berhenti sekali lagi di persimpangan Kampung Bukit (N6 32.147 E100 29.760) untuk berkumpul. Ada beberapa rakan sudah berpatah balik.

Sampai di persimpangan jalan Besar Ke Nathawi (± 23km perjalanan) aku berjumpa saudara Zainun yang berhenti kepenatan. Sambil menemaninya aku meminta beliau berehat. Memandangkan beliau tidak mampu untuk meneruskan kayuhan, aku mencadangkan beliau meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta.

Cabaran getir bermula pada km 30. Bukitnya yang lanjut sejauh hampir 2.5km amat mencabar kemampuan fizikal dan mental. Ada rider yang kekejangan tetapi dengan semangat mereka dapat menamatkan kayuhan hingga ke Terowong Komunis Khao Nam Khang pada jam 11.00pagi.

Kami memulakan kayuhan balik pada jam 12.00 tgh. Ramai yang teruja pada kayuhan pulang ini. Ada yang meluncur turun melebihi 85km/h. Kayuhan pulang melalui Pekan Sadao. Aku yang menjadi sweeper(pasti orang terakhir) tiba pada jam 4.10 petang.

Kayuhan ini adalah satu kenangan yang sedih buat diriku. Kayuhan terakhir saudara Zainun B Ahmad Sabli bersama kami. Beliau yang dimasukkan ke wad kecemasan dan dimaklumkan meninggal dunia pada pagi esoknya kerana masalah jantung. Alfatihah untuknya.

Lagi Gambar di FACEBOOK

KhaoNamKhang1

IMG_2372

MEmulakan kayuhan dari Janglon Soi 6

PB050868

Kayuhan redup di jalan lengang

_MG_6703

Buah mula ….

_MG_6713-vert

_MG_6717

Regroup dan taklimat berhampiran Lake View

PB050895

Yahooooo …. Downhilll

PB050899

Felda Bukit Tangga disebalik pagar sana

_MG_6738

Bukit yang lanjut lagi penat

_MG_6777

IMG_2472-horz

PB050908

PB050917

PB050959

Pelbagai team & individu

_MG_6822

_MG_6828

PB050980

Aku singgah makan tengahari di Ton Lat Waterfall

No comments:

Post a Comment