Sunday, April 03, 2011

Kayuhan Di Ladang Jati

 

Tarikh  :  2 April 2011, Sabtu, Masa: 8.00
Trail     : Ladang Jati, Perik, Kuala Nerang, Kedah DA
Rider   : 13 orang - Zn, Ustaz Raja, Haji Zaim, Senu, Sham, Jas(Just One D), Asyraf, Along Aiman(jr Rider), Din(jr Rider), Norizan, Hashim, Man Panjang dan Pudin

Mula : Alias D’Pallas Bike Shoppe, Taman Suria, Jitra

Minggu ini kembali bermain di ladang Jati Perik. Dengan musim hujan, terpaksa mencari laluan yang tidak terlalu becak. Pilihan dibuat ke ladang Jati yang trialnya bak ‘roller coaster’ sebagai satu pendekatan latihan kepada beberapa orang rider muda bagi meningkatkan stamina mereka. Kayuhan dimulakan dari ‘Pot’ Taman Suria dan berkayuh ±20km ke Perik(tarmac) yang laluannya sedikit berbukit. Penulis memulakan kayuhan di padang pasar malam Perik( berhampiran Sekolah Kebangsaan Perik) dan menunggu kedatangan gerombolan ini(sebagai bantuan kenderaan – kiranya ada yang tak larat nanti).

Mengalukan jua kehadiran tetamu dari Alor Setar, saudara Osman dan Hashim(Merida clan).

Sesampai di Sungai Perik, hanya 10 orang yang mara menyahut cabaran mendaki, manakala 3 lagi tak kelihatan kelibat mereka di atas.

Lagi gambar di facebook

 

Gerombolan yang memulakan kayuhan dari Taman Suria, Jitra

Aksi Syam Radix

 

Berhimpun di kedai – hadapan sekolah Kebangsaan Perik

 

Melintas sahaja Sungai Perik – Akan mulalah mendaki

 

Rizal beraksi atas FS Hashim – Wahh best ooo

 

Bukit di belakang sana – selepas ini akan kami teroka

Lepaskan  Brekkkkk

 

Korek maklumat dari Bro tu, pasai laluan baru – Musim durian nanti kita mai sini

 

Redup

Wednesday, March 30, 2011

Petang Di Kuala Sepetang: Sejenak Kayuhan

Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang(HPLM) terletak di Kuala Sepetang yang jaraknya ±12 km dari pekan Taiping. Ia menjadi destinasi utama eko pelancongan negeri Perak.

Merupakan hutan paya laut bakau diurus secara terbaik di dunia. Berkeluasan 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut dan Matang dan Manjung. Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen.

Hutan Paya Laut Matang mempunyai sejarah pengurusan yang panjang apabila rancangan kerja pertama disediakan oleh A.E. Wells dalam tahun 1904. Sambutan ulang tahun ke 100 disempurnakan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 13 Oktober 2004 lalu.

Terdapat beberapa buah chalet yang cantik yang boleh disewa (harga antara RM30.00 – RM70.00). Untuk maklumat lanjut hubungi

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak.
Tel. : 05-8072762

Penulis berpeluang mengayuh di atas jambatan kayu di hutan paya bakau ini yang sejauh hampir 2km jaraknya.

Monyetpun teringin nak naik gerekku(mungkin setelah tengokku kayuh tadi)

Anak penulispun nak try skill dia nii

SYABAS .. Pengurusan Hutan Kayu Bakau terbaik dunia.

Video kayuhan atas pelantar kayu

Monday, March 28, 2011

Hadyai: Kunjungan Ulangan Bersama Redflag

Tarikh: 25 – 26 Mac 2011

Jarak : 148km(pergi balik dan ronda)

Avr Speed : 30km/h

Rider: 8 orang – Lebai Jeff, Abang Ai, Nasron, Khusairi, Khairun Azuan, Haji Zaim, Art TTBC dan Pudin.

Perancangan awal adalah untuk kayuhan keliling  Pulau Lagenda yang disumpah Mahsuri, Langkawi. Pelan ditukar pada saat akhir atas beberapa sebab. Kesempatan ke hadyai ini digunakan untuk meninjau Jamboree Hadyai pada 4 jun 2011 nanti dan persediaanya pada team Redflag (spt tempahan hotel dan lain-lain lagi.)

Perjalanan bermula pada jam 8.45am dari kedai makan Haji di Dannork dan tiba di Hadyai pada jam 11.00 pagi.  Kayuhan kali ini dikemudi oleh saudara Jeff yang tak memberi peluang dengan memandang kebelakang. Dengan jarak ± 64km dan kelajuan hampir sekata( 30 km/h) maka tidak hairanlah kunjungan kali ini penulislah  yang menjadi sweepernya.

Misi kali ini juga berkunjung ke Thalat Nat Khlong Hae yang menjadi salah satu tarikan utama ke Hadyai. Terletak dipinggir pekan Hadyai( ± 5km - daerah Tambon Klonghae ) Hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad dari jam 3.00ptg – 9.00mlm. Keunikan jualan makanan dan minuman yang harga purata ialah THB20.00(RM2.00) setiap satu. Usah risau mengenai status halalnya kerana ramai peniaganya adalah muslim(pandai pilih la noo). Apa yang menarik adalah cara jual beli di bot dilakukan dan cenderahati biasa yang unik. Barang biasa yang dijadikan luarbiasa.

Lagi gambar di FACEBOOK

Cuaca yang redup – membantu melancarkan kayuhan

 

Klong Hae – Pasar terapung ala Bangkok

Barang diunjuk duit di taruh – semua THB20.00

Hadyai - Pagi yang sepi

Ah Teoh sedang menukar Headset gerek Lontruth meka Chris King™

Fuhhh … nasib baik gerek pancat – boleh rest lama sikit. Selepas ini kami dibasahi hujan sepanjang jalan.

Lepas Hadyai Jamboree – masi sini pulak

Sunday, March 20, 2011

Jamboree Telok Batik: Ukhwah Keluarga Sambil Beriadah

Tarikh: 12 – 14 Mac 2011

Lokasi: Lumut dan Pantai Telok Batik

Bersempena dengan Jamboree Telok Batik, Team Gerek Baru telah merancang untuk bercuti bersama keluarga di pantai Telok Batik, Lumut, Perak serta melawat beberapa tempat menarik di sana.

Hampir 50 orang terdiri dari 10 keluarga dan 3 orang bujang telah menyertainya, Sehubungan dengan itu Homestay berupa sebuah rumah telah di sewa untuk tujuan tersebut. Sesungguhnya kunjungan bersama keluarga berjaya mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga ahli dan pada masa-masa akan datang aktiviti kayuhan dan santai keluarga akan diteruskan lagi.

Anak-anak bermain di Waterfront Lumut

Pertunjukan silapmata di Night Bazar, Pantai Telok Batik

Anak-anak bermain di Marina Water Park

Kolam Ayer masin di Marina Water Park

Marina Water Park – Kadar Bayaran Masuk

 

CATEGORY

Week Day

Mon – Fri

4pm - 8pm

Week End

Sat – Sun

9am – 9pm

Weekday

School Holiday

9am – 9pm

Week End

School Holiday

9am – 9pm

Public

Holiday

9am – 9pm

Senior
3 Feet & Above

RM5.00

RM7.00

RM7.00

RM8.00

RM8.00

Junior
3 Feet & Below

RM3.00

RM4.00

RM4.00

RM5.00

RM5.00

Bersantai di pantai

Tidak ketinggalan melawat Taman Paya Bakau, Lumut, lebihkurang 3 km . Pelantar kayu dibina merentasi paya bakau, monyet berkeliaran. Usaha murni memulihara alam semulajadi.

Jambatan Gantung(±50 meter panjang) di Taman Paya Bakau, Lumut

Melepaskan dahaga

Pastinya datang ke sini, buahtangan ini mesti dibeli

Thursday, March 17, 2011

Jamboree Telok Batik : Cabaran Fizikal Menguji Mental

  

Tarikh    : 13 Mac 2011 (Ahad)
Flag-off  : 7.45 pagi
Tempat  : Pantai Telok Batik, Lumut, Perak
Jarak     : ± 30 km

Merupakan Jamboree ke-3 yang disertai penulis dalam tahun 2011.

Jamboree ini diadakan pada waktu cuti sekolah dan ianya diadakan pula di kawasan pantai pelancungan terkenal negeri Perak. Peluang sambil melancung bersama keluarga.

Team Gerek Baru menghantar 10 orang wakilnya bagi menyertai Jamboree ini dan semuanya membawa keluarga untuk turut bersantai.

Seramai lebih dari 700 peserta mendaftar utk kayuhan ini. Satu pencapaian yang agak baik, walaupun penyertaannya agak perlahan di awalnya.

Goodies

Urusan mengambil goodies berjalan lancar. Goodiesnya seperti lain-lain Jamboree.(OK la tu) yang meliputi T Shirt , Sijil Penyertaan, No. Plet  dengan pengikat(cable tie - yang pendek), 2 paket suntonic dan botolnya.

Tiada jersey hanya T-Shirt yang warna hijau pulak. Penulis lebih tertarik pada ‘T-Shirt petugas’.

Tapak permulaan yang memang bersesuaian. Tempat meletak kenderaan yang luas dan percuma, keluarga boleh bersantai di pantai, anak-anak bebas berlari bermain, ibu-ibu senang mengunjungi gerai. Malamnya ada night bazar dengan  berbagai persembahan seperti pertunjukkan silap mata yang memeriahkan lagi kawasan tersebut. 

Trek

Permulaan kayuhan lebih kepada menelusuri jalanraya utama, memasuki laluan mini tar dan merentasi beberapa ladang kelapa sawit, Sejauh ±18km penganjur memberi ‘laluan mudah’ supaya para rider menikmati  persekitaran Telok Batik. Sejurus menikmati suntonic  di FP1 , cabaran sebenarpun  bermula. Dari situ terus sahaja  mendaki (± 200 m di hadapan) dipondok rehat, kesesakan mula berlaku apabila ramai rider mula menolak basikal. Mendaki (sambil menolak) dan terus mendaki. Penurunan yang tidak puas apabila kena mendaki lagi sehinggalah ke ± km 24 barulah dapat merasa DH, namun ianya terlalu panjang dan agak curam disamping tanah dan akar kayu yang licin menyebabkan keseronokannya menjadi terbatas, sebab itulah ramai juga yang ‘tuntun’ basikal di sini.  Mungkin keadaan ini ada baiknya kerana ramai rider mengambil sikap berhati-hati untuk elak kejadian tak diingini.

Terfikir penulis, Bagaimana KELOMPOK SANG JUARA berjaya menamatkan kayuhan kurang dari 2 jam? Bermakna trek ni boleh di kayuh lah. TETAPI apabila beratus orang melaluinya, kesesakkan akan berlaku, jalan menjadi lunyai dan licin ..

Penulis juga merasa kasihan kepada beberapa orang rider Junior yang nampak begitu letih menolak basikal bahkan pada beberapa tempat yang curam, mereka membiarkan basikal mengelongsor turun akibat keletihan. Dibeberapa tempat penulis membantu dan memimpin beberapa rider yang sudah kejang kakinya

Mungkin penganjur perlu memikirkan juga tahap kemahiran dan kemampuan peserta

PETUGAS

Petugas yang ramai dapat melaksanakan kerja dengan baik, walaupun sepatutnya pada tempat-tempat yang curam, peranan mereka perlu dipertingkatkan lagi. Bantuan dari polis lalulintas melancarkan laluan di kawasan jalanraya. Pasukan perubatan dari pihak JPA3 dan pasukan motocross digunakan untuk membawa keluar peserta yang menghadapi masalah.

MAKANAN

Suntonic yang disediakan di FP1 sebagai persediaan tenaga bagi mendaki bukit di hadapan. FP terakhir baru disediakan pisang. Tapi kalau dibuat dipuncak sana lagi baik.. Kerana keletihan menolak akan berbaloi. Tenaga dapat dikumpulkan semula.

Makanan Tengahari

Makan tgh dengan 3 mata masakan sememangnya sedap. Pujian diberi ..  bahkan keluarga juga dibenarkan menikmatinya 

HADIAH

Pada yang kuat dan laju ada habuannya sehingga no. 5 (medal dan hadiah wang tunai). Ada pembaharuan apabila peserta terakhir juga diberikan hadiah, bagus juga idea ini. Ia sebagai penghargaan pada mereka yang bersusah payah menamatkan kayuhan walaupun sudah tak terdaya .. inikan JAMBOREE bukannya Race.

Raja dan Ratu Bukit juga ada hadiahnya. Ramai juga mempersoal hadiah kepada warga emas tersebut, tetapi harus diingat ‘simbolik’ kepada penghargaan tersebut.

Walaubagaimanapun Team kami masih tiada tuah lagi … masih berputih mate.

KESIMPULAN

Dari maklumbalas, ramai peserta yang merungut berkenaan treknya yang berbukit itu. Penganjur perlu mendengar dan mengambil kira rungutan ini dan anggaplah ia sebagai cabaran dan dugaan.

Secara keseluruhannya, penulis ‘tabik’ kepada penganjur kerana bertungkus lumus memastikan acara ini berjalan dengan jayanya dan penulis menarafkan 5.5/10 atas Jamboree ini dengan mengambilkira pelbagai aspek.

Do It Right The First Time

Lagi Gambar di Facebook

ALBUM 1

ALBUM 2

image

km 12: CP 2

 

Kenapa tu? Sang Gergasi hitam ada masalah? Masya-Allah!

imageBerjumpa sepupu dari nasab ibu(lama tak bersua): Sdr. Zambri Ramli -  Navy di sini  - Terima kasih kerana menegurku .. TQ pada   Alan KBS atas gambar ini.. teruja & bersembang sampai lupa nak ambil gambarnya  .. Itulah Jamboree

2 sahabat dari SAZA SP .. kayuhan senada ..Lihatlah kecuraman laluan ini

 

CP3 – Di denai atas bukit

 

Bermulalah DH yang mengancam

 

 

Sdr Sazaly dari ARB Cycling Team  Kat Sini dan laluan seterusnya tempat paling best bagi penulis.

 

CP 4

 

Huyooo !!! .. Apabila nampak matahari ..barulah trail nampak menarik

 

 

Uhhhh! .. berattt .. mata memandang

image

Pusat latihan – Jati & Bina Diri

 

Makan SODAP

 

Antara Hadiah Utama - 3 unit frame Giant

 

Piala - pada 5 rider yang sampai dulu – pastinya bukan aku – kerana aku takkan mampu kecuali pada hari ITU ..