Saturday, August 31, 2019

Jambatan Gantung Lama & Wat Khu Tao : World Cultural Heritage

Tarikh       :  28 Jun 2019
Misi           :  Mencari Jambatan Gantung Tua
Lokasi       :  Khu Tao, Hadyai, Thailand
Coordinate : N7.10851° E100.46653°
Map Links  : https://goo.gl/maps/5guZQYGV5kY3NDYJA

Mengunjungi sebuah jambatan gantung bersejarah yang berusia lebih dari 100 tahun. Jambatan ini dibina di era pemerintahan King Rama V semasa beliau melawat Songkhla. Jambatan sepanjang ± 50 meter yang merentangi Khlong U-Ta phao menghubungkan Daerah Bang Klam & Hat Yai District (menghubungkan dari Khu Tao Police Station ke Wat Khu Tao). Jambatan ini kelihatan reput beberapa kayu lantainya NAMUN aku mengambil risiko menitinya bagi mengambil ‘rasa’ dan sekurangnya aku dah melaluinya.

Manakala diseberang sana ada sebuah Wat, iaitu Wat Khu Tao (วัดคูเต่า) yang telah mendapat penganugerahan dari UNESCO dalam tahun 2011. Berkeluasan ±6 ekar dan adalah binaan bersejarah sejak era Ayutthaya

Ia terletak ± 15 km dari bandar Hadyai

Jambatan sepanjang lebih kurang 50 meter dan beberapa pelantar kayunya ada yang dah reput
Pelantar yang berusia 100 tahun
sebuah jambatan gantung berhampiran Balai Polis Khu Tao
Binaan batu yang baru untuk memperkukuh jambatan ini
Gerbang Pintu Masuk di sebelah Wat Khu Tao

Monday, August 26, 2019

Gastronomi: Misi mencari Laksa Siam dan Miang Pla Too

Tarikh       :  28 Jun 2019
Misi           :  Mencari Khanom Jeen & Miang Pla Thu
Lokasi       :  Hadyai, Thailand
Coordinate : N7.01282° E100.47825°
Map Links  :
https://goo.gl/maps/TbkP2D1mV6rqP9fq5

Laksa siam atau Khanom Jeen (ขนมจีนเมืองนคร) adalah makanan kegemaranku dan menjadi menu tetap jika berkunjung ke Thailand. Di Hadyai ada beberapa tempat telahku kenalpasti untuk mencuba antaranya Beehana Dimsum dan beberapa tempat lagi.

Lokasi pertama – Selepas turun dari Kho Hong Hill, kami bersarapan pagi di Beehana Dimsum. Ia adalah sebuah restoran muslim yang terletak di 160 Jootee Anusorn Rd, Tambon Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 7:00 pagi – 5:00 petang. Selain menyediakan Dimsum, ada beberapa lagi masakan ala siam. Dimsum bukanlah seleraku, makanan local adalah pilihanku dan laksa menjadi pembuka selera kami di pagi ini

Laksa di sini disajikan dengan pelbagai jenis kuah iaitu ketam, ayam, green curry, gulai rebung, ala asam pedas dan tah apa lagi tak tau.
Seperti biasa laksa halus mereka menjadi watak utama, watak tambahan (disajikan berasingan) terdiri dari ulaman segar dari pelbagai pucuk, sayuran, timun, terung dan lain-lain lagi. Watak pilihan (tersedia dipinta) dengan pelbagai kerabu @ acar. Adunan rasa ditambah dengan telor masin, ikan lengat dan ayam goreng …. Perghhh !!! sedap baq hang.

Acara kedua – merasa pula ‘MIANG PLA TOO’ เมี่ยงปลาทู ..
Makanan yang sedap dan berkhasiat. Ya Watak utamanya adalah ikan termenong (mackarel) lengat yang dimakan dengan laksa halus atau khanom jeen. Ulaman dan sayuran adalah watak sampingan bagi menambah selera DAN cabai khas yang meransang deria rasa di lidah - mengabungkan semua rasa masam, masin, manis, pedas, sedikit pahit … SIMPLE TAPI SEDARP (perghhh tengokpun dah kecur air liur ). Nak tau resepinya?
KLIK Sini

…. Bersambung di episod kedua - Watak yang sama - lokasi yang berlainan

Disebuah kedai laksa tapi masih belum buka sepenuhnya
Antara tarikannya adalah street art
Tapi status halal meragukan kerana kedai ini berada dalam komuniti China

Thursday, August 22, 2019

Hadyai: Viewpoint Tertinggi จุดชมวิวผาคอหงษ์

Tarikh       :  28 Jun 2019
Misi           :  Mencari puncak tertinggi Hadyai
Lokasi       :  Hadyai, Thailand
Coordinate : N7.03985° E100.51944°
Map Links  :
https://goo.gl/maps/5QTiVJLg4suTosCw8

Bukit Bukau yang melatari Kota Hadyai dikenali sebagai Kho Hong Hill. Rantaian bukit bukau ini memanjang sejauh ± 7km. Puncaknya yang tertinggi menempatkan beberapa menara stesyen pemancar. Berada pada ketinggian ± 340 meter dan terletak berhampiran Hadyai Municipal Park.

Setiap pagi, bukit ini menjadi lokasi pengunjung beriadah (samada joging atau berbasikal). Terdapat jaringan jalan tarmac disini. Kami mendaki bukit ini dengan menaiki motosikal sambil mengikuti denai joging. Melewati beberapa pengunjung samada yang berjoging atau berbasikal.

Untuk ke puncak ini, ada pecahan laluan. Laluan bersimen sejauh ±900 meter membawa kami terus ke puncak ini. Tidak ramai pengunjung yang melalui laluan ini (mungkin suasana agak sunyi kot). Puncak ini berada pada ketinggian ±371 meter Dikelilingi oleh hutan subur menjadikan udaranya nyaman dan bersih. Pada awal paginya akan kelihatan kabus disekitar. Puncak ini juga menjadi lokasi menarik dan terbaik melihat panorama berkabus bandar Hadyai (arah matahari naik). Di atas ini ada stesyen pemancar. Kami berada disini hampir 40 minit dengan menikmati pemandangan dengan bergambar sambil menghayati keindahannya

Terasa seperti pernah melalui jalan-jalan disini, MAKA setelah ‘mengodek’ arkib peta Garmin, aku dapati laluan disini adalah sebahagian dari laluan Hadyai Jamboree Edisi 1 yang diadakan pada 12 Jun 2010 lalu.(TETAPI tidak lah sehingga ke Viewpoint ini)

Kami turun ke arah yang berlainan dan berhenti di Hatyai Deepsky Observation For Scienec and Astronomy (N7.04013° E100.51190°). Ia sebuah pusat pembelajaran berkenaan sains dan astronomi. Terdapat bilik pameran,  chalet mainan, Movie theaters dan domes. Semasa kami tiba, pusat ini masih belum dibuka

Monday, August 12, 2019

Bansuan Café : Santai Sambil Menjamu Selera

Tarikh       :  20 April 2019
Misi           :  Menikmati Kabus, Membeli Kopi dan Mencari Garam Manis di Patani
Lokasi       :  Khok Po, Patani, Thailand
Coordinate : N6.71773° E101.10089°
Map Links  : https://goo.gl/maps/sHDsndXjnmv6mmhs5

Dalam perjalanan pulang dari Patani kami singgah sarapan di Tuyong, sambil sarapan kami berbual dengan penduduk tempatan dan dimaklumkan mengenai Ban Suan Café yang terletak tidak jauh dari Sai Khao. Selepas sarapan kami ke Ratchadaphisek Beach dan selepas itu kami mengikuti Highway 42 menuju ke arah Sai Khao dan sampai di persimpangan pekan Khok Po (N6.72857° E101.09739°) kami belok ke kiri dan berhenti bertanya kepada penduduk akan lokasi Ban Suan dan meneruskan perjalanan melalui 2063 road sejauh ±1.8 km.

Ban Suan Café asalnya adalah tempat pembelajaran berkaitan ternakan ikan dan pertanian. Ia juga menjadi kem motivasi untuk pelajar. Beberapa kemudahan riadah seperti jambatan gantung, flying fox dan lain-lain lagi disediakan kepada pelajar yang menginap disini. Homestay juga tersedia

Ia terletak di kawasan sawah padi. Terdapat pelantar buluh dan binaan tertentu sengaja dibina merentasi kawasan sawah pada bahagian hadapannya sebagai tarikan utama. Di atas dan pinggiran kolam-kolam ikan, dibangunkan pondok kecil untuk pelanggan menikmati makanan yang diperolehi dari gerai makanan & minuman tersedia.

Bansuan Café telah dibuka ± bulan Jun/Julai 2018 lalu dan dibuka pada setiap hari dari jam 10.00 pagi - 6.00 petang.

Terletak di Moo 4, Pa Bon, Khok Pho District, Pattani .

Lokasi yang sesuai untuk latihan bina semangat

basikal atas pokok

Pehentian sebelum sampai ke sempadan

Thursday, August 08, 2019

Patani: Tenang Di Pantai Yang ‘Panas’ dan ‘Gelora’

Tarikh       :  20 April 2019
Misi           :  Menikmati Kabus, Membeli Kopi dan Mencari Garam Manis di Patani
Lokasi       :  Nong Chik, Patani, Thailand
Coordinate : N6.85918° E101.14147°
Map Links  :
https://goo.gl/maps/8zS3XsDQeEqbfHW37

Ratchadaphisek Beach atau Sai Mo Beach yang terletak di Ban Sai Mo, ± 16 km ke Barat dari bandar Patani.

Awal pagi, kami check out dari Rainbow Hotel Mansion Pattani dan menuju ke arah Tuyong untuk bersarapan. Kemudian kami belok ke kanan menghala ke Utara dan mengikuti laluan Pattani 2008 pwd road sejauh ±5km untuk sampai ke pantai ini. Pantai ini terletak di muara dan pertemuan dua sungai iaitu Khlong Ka Lae.

Pantai di sini agak berombak, oleh itu ia tidak sesuai untuk mandi manda. Ombak yang kuat juga telah menyebabkan pantainya banyak terhakis. Oleh itu, kelihatan banyak batu besar diletakkan di sepanjang pantai untuk menghalang hakisan pantai. Ada  deretan kedai dan gerai sepanjang jalan selari dengan pantai yang menjadi kunjungan penduduk tempatan pada sebelah petangnya.

Menuju ke Tanyong Pau (ada tangkul besar @ Yor)

Pantai di Tanyong Pao: Teduh dan dinaungi pepohon kelapa. Disini aku dapat menyaksikan tangkapan ikan menggunakan bot secara ‘menyodok’

Selepas berehat dan selfie, kami meneruskan lagi perjalanan ± 5km. Menelusuri perkampungan Melayu, melihat corak dan cara kehidupan penduduk tempatan hingga tak sedar sampai ke Tanyong Pao (N6.85932° E101.10270°). Sebuah perkampungan nelayan yang terkenal dengan produk IKAN MASIN disamping produk hasil lautan yang dikeringkan.

Pokok bakau di tanam untuk tujuan menghalang hakisan pantai

Kawasan pantai sekitarnya diistiharkan sebagai warisan alam yang dilindungi. Spesis bakau dipulihara dan ditanam untuk ekologi dan perlindungan alam lantaran pantainya yang terhakis teruk oleh ombak.

Kelangsungan hidup & Menaiktaraf ekonomi : Ternakan kambing diseberang sungai oleh penduduk Tanyong Pao

Dalam perjalanan balik jumpa kawasan belukar yang luas bagaikan ‘savana’. Cuaca panas & terik menyebabkan belukar ini kering menguning

Monday, August 05, 2019

Patani: Mencari Bendang Garam, Merasai Garam Manis

Tarikh       :  19 April 2019
Misi           :  Menikmati Kabus, Membeli Kopi dan Mencari Garam Manis di Patani
Lokasi       :  Tanjung Lulut, Patani, Thailand
Coordinate : N6.88105° E101.30184°
Map Links  :
https://goo.gl/maps/UN5wBqaDK2GGuGyN8

Sawah padi atau bendang adalah pemandangan biasa di Malaysia dan juga Thailand. Namun di beberapa kawasan di Patani, bendang yang diusahakan bukanlah padi tetapi GARAM. Terdapat ± 10 buah kampung di wilayah ini yang mengusahakan bendang garam. Semua kampung ini terletak berdekatan dengan laut. Perusahaan membuat garam yang diusahakan sejak > 100 tahun dahulu secara tradisional sebagai punca pendapatan mereka bahkan kini menjadi tarikan pelancong.  

Aku sudah beberapa kali ke Patani untuk menyaksikan ladang garamnya namun  tak kesampaian (hanya melihat kawasan yang digenangi oleh air laut) kerana masa yang tidak kena. Aku dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa masa yang sesuai untuk melihatnya ialah pada musim kemarau iaitu pada bulan April – Mei.

Hari ini aku ke Tanjung Lulut, Patani untuk melihat bagaimana bendang dijadikan sebagai ladang garam dan proses pembuatannya.

Aku dimaklumkan bahawa bukan semua kawasan bendang di Pattani sesuai dijadikan kawasan perusahaan garam. Tanah di kawasan ini sangat sesuai kerana ia adalah tanah liat yang dapat menahan air dan kadar kemasinan yang rendah (bercampur air tawar) yang mempengaruhi mutu garam di sini. Katanya garam hasil keluaran disini lebih lemak dan kurang masin. Bahkan garam disini sangat berkhasiat (untuk Kesihatan & Kecantikan) dan terkenal di Thailand. Keistimewaannya ini lah yang menyebabkan ia digelar GARAM MANIS.

Musim kemarau adalah waktu paling sesuai untuk memproses garam kerana air laut yang dimasukkan ke kawasan petak bendang akan dibiarkan sejat dibawah panas matahari lalu menghasilkan buku garam. Garam ini akan dikumpulkan dengan menggunakan alat penarik seakan-akan cangkul lebar yang diperbuat daripada papan.

Sepanjang highway 42 berhampiran kawasan masjid krisik kita akan lihat ramai peniaga yang menjual garam ini. Ia dijual dengan harga THB15 bagi setengah kilogram.

Thursday, August 01, 2019

Hadyai: Penginapan di Pinggiran Kota - Chakamas

Tarikh       :  27 Jun 2019
Misi           :  Mencari & Menikmati Laksa
Lokasi       :  Khuan Lang, Hadyai, Thailand
Coordinate : N7.01666° E100.45116°
Map Links  : https://goo.gl/maps/cZAcqj2pFBYdtqn6A

Hat Yai adalah bandar terbesar di Wilayah Songkhla dan keempat terbesar di Thailand. Semestinya ia menjadi bandar yang sibuk dan penginapan di tengah bandar agak mahal. Aku kalau ke Hadyai, jarang tidur di sini, lebih cenderung untuk tidur di Songkhla kerana lebih tenang dan murah.

Baru-baru sahabat mayaku mencadangkan aku ke Chakamas Homestay 2 yang terletak di Resort Soi, Tambon Khuan Lang, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

Lokasinya dipinggiran Kota Hadyai ( ±5 km dari titik tumpuan ) yang dikelilingi oleh komuniti muslim Khuan Lang menjadikan mudah mendapat makanan Halal dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Aku dapati ia adalah sebuah resort menarik. Terletak berdekatan sungai (khlong U – Ta Phao). Menjadikan suasana yang tenang, jauh dari hiruk pikok kenderaan dan yang bestnya ada kolam mandi dan gelong longsor untuk bermain air … bukan anak-anak ja boleh mandi – Mak Pak pun boleh join ( Ewah .. mandi pula di hadapan Banglo tuan punya homestay).

Biliknya pula agak luas (katil bertiga) dengan harga berpatutan THB670.00 (biaq betoi) dan sangat sesuai bagi yang berfamili. Dilengkapi dengan air cond, air panas, mineral water, kopi dan bestnya ia dua tingkat. Di tingkat atas ada binaan seperti wakaf membolehkan kita berahat sambil menikmati panorama dan suasana persekitaran.

Kolam renang dibahagikan kepada 2, sebuah kolam dengan kedalaman 2 kaki untuk kanak-kanak danberkedalaman 4 hingga 5 kaki untuk orang dewasa. Ada meja dan bangku percuma berhampiran kolam renang.

Aku tidak pasti samada dikenakan bayaran untuk mandi dan bermain gelong air disini pada yang menginap tetapi untuk orang luar ia dikenakan bayaran tertentu.

Berhampiran kolam juga ada mini gym dan ada pelantar khas untuk live band dan boleh disewa tempat ii dan kawasan kolam ini jika ingin membuat sambutan majlis tertentu seperti majlis perkahwinan atau hari keluarga.

Resort dari tuanpunya yang sama iaitu Chakamas 1 terletak tidak jauh dari sini. Terletak di tebing sungai (khlong U – Ta Phao). Tetapi biliknya sedikit kecil (katil bertiga gak) harga pun sama dan ia masih baru.

Cakamas Homestay1 : N7.01905° E100.45088°

https://goo.gl/maps/gK24pKw7ZZaEGytZA

ada Cafe berdekatan kolam renang

Ada pondok bagai wakaf di atas resort ini

Bilik VVIP untuk 6 orang harga THB900

Diseberang sana adalah Kota Hadyai