Sunday, December 31, 2017

Satun: Koh Khao Yai / Prasad Hin Panyod – Unseen Satun

Tarikh : Isnin – 25  Disember 2017
Lokasi : Koh Khao Yai, Pak Bara, Satun, Thailand
   

Koordinate: N6.85288° E99.69534°

Prasat
Koh Khao Yai adalah sebuah pulau berhampiran dengan tanah besar Thai dan ± 3km dari Jeti Pak Bara, Thailand. Ia terletak di bawah kawalan Taman Negara Mo Koh Phetra. Aku mendapat maklumat mengenai pulau ini semasa pencarianku mengenai ‘Pantai Belakang Naga’(KLIK) di daerah Satun/Trang dan ketika bertanyakan mengenai nama pulau. Perancanganku untuk ke pulau ini dibuat sejak pertengahan tahun ini, namun atas beberapa masalah aku tangguhkan dahulu.
DJI_0829
Hari ini cuti sempena krismas, jadi aku bertolak awal dari rumah kerana bimbang ramai orang dipintu sempadan Wang Klian. Namun sesampai kami disana dalam jam 8:30pagi, kami adalah pengunjung pertama dan tiada orang seperti sangkaan. Kemudian aku meneruskan perjalanan menuju ke Langu dan terus ke Jeti di kampung Bo Chek Luk (N6.87148° E99.70243°). Jeti Ban Bok Chek Luk ini sebenarnya tidak jauh dari Pak Bara tetapi dipisahkan oleh 2 muara sungai iaitu Khlong Langu dan Khlong Pak Bara. Sampai di Jeti aku terus ke sebuah kedai makan berhampiran Jeti dan bertanyakan mengenai program berkayak ke Koh Khao Yai. Pemilik kedai bernama Kak Nah, seorang bekas guru yang pandai bertutur bahasa melayu menyambut kedatangan kami dan memaklumkan bahawa disinilah operator untuk ke Koh Khao Yai. Beliau menghubungi pemilik bot iaitu Puan Fareda (Suree Lee (KLIK)) untuk membawa kami ke sana. Kebetulan anak Kak Nah yang bernama Haris (Gide’ris Tarutao (KLIK)) juga adalah guide untuk ke pulau tersebut.
20171225_102054
Memandangkan program bermula pada jam 11.00 pagi (waktu Thai), maka kami menuju ke lokasi bersejarah iaitu ‘Laga Tuyo’(N6.87263° E99.70359°). Ia terletak berhampiran masjid dan bersebelahan dengan kubur. Nama kampung Bo Chek Lu ini adalah berasal dari ‘Laga Tuyo’ atau Telaga Tujuh dalam bahasa Melayunya. Ia adalah sebahagian dari Satun UNESCO Geopark. Menurut cerita, telaga tujuh ini dijumpai oleh pendatang pertama iaitu suku Gipsi Laut(Chao Le) yang menggali telaga disekirtar kawasan bagi mendapatkan air minuman. Hanya tujuh telaga di kawasan ini sahaja yang terdapat air dan ia kekal sehingga kini. Ia dipelihara sebagai tinggalan sejarah dan kini diperkemas semula dengan bata dan simen. Masing-masing berkeluasan antara antara 0.53 – 1.52 meter dan sedalam antara 1.5 – 2.16 meter. Kawasan ini dijaga rapi dan terdapat tandas dan bangku yang sempurna. Ramai juga orang yang datang untuk mandi di telaga ini.
DJI_0837
Thale Waek – dibelakang sana jeti Ban Bo Chek Lu
Pada jam 11.00 pagi (waktu Thai) kami dibawa ke jeti untuk menaiki bot menuju ke Thale Waek’ @ ‘Mongkorn’ atau pantai belakang naga yang terletak ± 600 meter sahaja dari jeti. Ia sepanjang ± 1km dan hampir menghubungkan antara 2 buah pulau iaitu Ko Na Ban dan Koh Talo Baen Tae. Selepas bergambar kami di bawa ke Restoran Terapung atau Bang Dul Homestay(N6.86981° E99.70479°). Selain dapat menikmati makanan laut segar pengunjung boleh menginap di 3 buah bilik asas dan mereka juga membuat ternakan ikan dalam sangkar. Perghh… enak sungguh ‘merarau’ (makan tengahari) disini dengan hidangan lazat lagi segar.
20171225_120045
boat house @ Restoran Terapong
Selepas itu kami dibawa dengan long tail bot ke Koh Khao Yai untuk ke lokasi yang unik iaitu Prasad Hin Panyod (N6.85288° E99.69534°), dalam perjalanan Fareeda menunjukkan kepada kami batu seakan kepala naga sedang minum air di perairan Koh Talo Baen Tae. Jarak pulau ini dari jeti ± 2.5km sahaja.
20171225_120459
Makanan Tengahari – Kensom, sotong, sayur campur dll
Prasad Hin Panyod asalnya adalah sebuah gua batu kapur yang terjadi jutaan tahun lalu. Bumbungnya yang semakin terhakis dan runtuh menyebabkan ia seolah-olah lagun yang terkepung dengan batuan. Terdapat 3 pintu masuk utama ke lagun ini dan ianya boleh dimasuki samada dengan berenang atau berkayak. Bot kami berhenti di hadapan pintu masuk (seluas 1.5meter) dan kami diberi kayak untuk berkayuh masuk ke dalam lagun ini. Di lagun ini terhampar pantai yang cantik dan airnya tidaklah terlalu dalam. Batu-batuan yang terjadi akibat hakisan berdiri gagah dan berceragah menambahkan kecantikan dan keunikan pulau ini. (terlintas difikiranku pantai Semeti di Lombok yang batuannya hampir sebegini).
DJI_0852
Prasad Hin Panyod
Setelah hampir 45 minit kami disini kami berkayuh keluar menelusuri pulau ini menuju keutara. Sepanjang kayuhan ini aku mengamati batuan dan pokok-pokok disini. Tiada pantai melainkan batuan dan dinding batuan yang berdiri megah. Kayuhan kami ± 800meter dan menuju dan memasuki gua tembus yang dikenali sebagai Tamlod Pobe Rak (N6.84984° E99.69795°).
20171225_134428
Tamlod Pobe Rak
Kemudian kami menaiki semula bot dan dibawa ke Ao Hin Ngam (N6.85838° E99.69756°) iaitu sebuah telok yang mempunyai batuan tua yang unik. Kami menghampiri pantai dengan menaiki kayak semula. Batuan disini sememangnya unik dan cantik. Ia bagaikan dikelar, fenomena hakisan alam menjadikan ia unik sebegini. Selepas menaiki bot semula kami dibawa ke batua pengantin yang terletak diselat antara Koh Koh Talo Baen Tae dan tanah besar. Menelusuri selat sepanjang 800 meter dan dikiri kanan kami adalah paya bakau dan seterusnya ke Jeti semula. Selepas itu kami dibawa (berjalan kaki ja) ke Telaga Tujuh untuk mandi dan membersihkan badan.
20171225_142159
Au Hin Ngam
Terima kasih kepada guide kami Puan Fareeda (tel: 0853675093/0899778358) dan Haris yang meraikan dan membawa kami melawat kawasan ini. Insyaallah kami akan datang lagi untuk pengembaraan ke Pulau lain yang berhampiran (maklumat sudah dikumpul).
Peta
Peta ke Ban Bo Chek Luk dari Langu
PC250536
Kedai Kak Nah berhampiran Jeti
DJI_0834
Thale Waek – air sudah mula pasang dan menenggelami pantai belakang naga
20171225_113407(0)
di atas Pantai Belakang Naga
20171225_124725
Puan Fareeda (kiri) dan Haris (kanan)
GOPR3768
Laluan masuk ke Lagun di Prasad Hin Panyod
20171225_131710
DJI_0853
20171225_133441
berkayak menelusuri Koh Khao Yai
20171225_134549
20171225_141237
Batuan menarik di Au Hin Ngam
20171225_141735
20171225_142159
Au Hin Ngam
DJI_0869
PC250550
 
 

Sunday, December 24, 2017

BDB Enduro Challenge 2017: Hati Kering Di Trek Basah

PC230006

Tarikh : Sabtu – 23  Disember 2017
Lokasi : Darulaman Trails, Jitra, Kedah DA
Koordinate: N6.24734° E100.44551°

DSC07879

Susulan kejayaan penganjuran Mini Merdeka Enduro Challenge pada 31 Ogos 2017 lalu, pihak Bina Darulaman Berhad (BDB) telah meminta saudara Nasron untuk mencadangkan satu acara sukan MTB di Darulaman Trails pada penghujung tahun 2017.

PC230245

Melewati Sec. Rock Garden @ SS1

Mengambil peluang dari sambutan disiplin Enduro, berinspirasikan penganjuran Kejohanan Kiara Enduro, berbekal pengalaman dan kejayaan penganjuran Merdeka BDB Enduro Challenge yang telah mempamirkan kemampuan. MAKA ke arah penganjuran ini, satu jawatankuasa telah dibentuk pada 24 Oktober 2017 bagi merangka format kejohanan, mempromosi acara, menyiapkan trek yang bersesuaian, menyediakan bajet, mempersiapkan tempat dan mencadangkan tarikh yang sesuai.

PC230260

Berhampiran Ending SS1

Setelah perbincangan dengan pihak BDB, tarikh 23 Disember dipilih untuk acara yang diberi nama ‘BDB Enduro Challenge 2017’. Kearah perlaksanaan yang teratur, kami menyediakan satu ‘jadual perlaksanaan kerja’ sebagai garis panduan dalam melaksanakan tugas. AJK diberi tanggungjawab masing-masing disamping konsep musyawarah diterapkan.

DSC07897

Pendakian  LS 2

Kali ini penganjuran melibatkan 4 stage dengan jarak keseluruhan sejauh ± 8km dan ketinggian maksima 110 meter. Beberapa laluan baru dibina dan diubahsuai bagi menambahkan lagi cabaran dan tekanan. Ya... sekali lagi kami menggunakan sistem chip elektronik timer. Khidmat sahabat dari SPORTindent (Nazir) digunakan lagi. Kami nyahkan kerumitan, terapkan kepintaran agar pergerakan peserta di trek dapat dikesan dan keputusan yang tepat lagi cepat terhasil. 

bdb Enduro

Dengan fee RM70.00 kami memberi peluang kepada lebih ramai peserta dari pelbagai lapisan dan gender untuk bertanding dengan lebih sesuai dan adil, maka 7 kategori diperkenalkan. Hadiah yang menarik ditawarkan, peluang yang lebih dipersembahkan. 5 terpantas ditangga teratas (dalam kategori) bakal menaiki pentas.

Cat & prize

Usaha kami nampak berbaloi, seminggu sebelum kejohanan sudah ramai rider datang mencuba, semua yang mencuba terasa teruja tidak sabar untuk beradu domba.

 PC220216

Latihan di ketika kering @ SS3

23 Disember 2017 kejohanan bermula. Trek yang kering kelmarin mula basah dengan curahan hujan sejak malam semalam ( Jabatan Kajicuaca meramalkan tempias Ribut Tropika Kai-Tak akan menyebabkan negeri-negeri di utara Malaysia Barat  mendapat hujan pada Jumaat malam hingga Ahad 22 – 24/12/2017 ) Maka pastilah cabaran semakin terasa tetapi ini membuat rider lebih berhati-hati.

‘Heaven & Hell’ … begitulah antara gambaran rider terhadap trek yang ada. SS1(Trail Balik Kampung) membuat ramai peserta macam nak berpatah balik ke rumah (Time ujan ni dok rumah rehat sambil pekena secangkir kopi dicicah roti - kan shockkkk..!). Kelicinan di laluan yang baru dibuka memang tak dinafi. Hanya yang bersemangat  kental, akan berusaha menghabiskan cabaran yang dipersembah. Titi Balik Kampung yang curam memang sesuai untuk yang berhati kering, lintang pukang dek penangannya, kemahiran dipupuk tumpuan diberi, basikal dilatu sambil meluncur laju. Ada yang berguling di Rock Garden, tak kurang juga meredah bersahaja.  NAMUN berbeza pula di SS2 (Trail Pak Guard) HULALA... masa untuk menikmati laluan yang dihidang dengan lahap TETAPI pada SS3 (Trail Longkang) hmmm … ramai yang kecundang, rebah di medan, ada yang meluncur  basikal, hanya yang tabah dan punya keyakinan  tinggi dapat mengatasi drop yang menyengat dan last SS4 (Trail Freeride) melaju disini tanpa menoleh ke belakang, namun tenaga diperah dipermulaan membuat ada yang sudah mengah. ALHAMDULILLAH kejohanan berjalan dengan lancar tanpa kecederaan serius bahkan semua peserta berjaya mencukupkan kuota. 

DSC08001

Banyak suka duka dalam pelbagai perkara. Apapun pasti ada kekurangannya, namun kami cuba untuk meminimakannya sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Mungkin kami bukan yang terbaik namun kami sedaya upaya memberi yang terbaik. Bagi pihak Jawatankuasa penganjur, aku menyusun jari memohon ampun sekiranya ada kekurangan dan kelemahan. Segala keseronokan dikongsi bersama. Insyaallah tahun hadapan ketemu lagi ..

Terima kasih kepada semua peserta dan penyokong (keluarga dan sahabat handai) tanpa anda semua sepilah trek ini. Semestinya penghargaan tidak ternilai kepada kepada pihak penaja terutama pihak BDB yang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada penganjuran. Pada ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus mempersembahkan acara agar berjaya. Tidak dilupa kepada Trailbuilders, dengan kudrat mereka, trek yang bergaya berjaya disedia, barisan Marshall yang mengawasi laluan dengan sabar dan tidak lupa kepada semua sahabat, penyokong, pendokong dan penonton yang memberi sokongan samada moral dan juga material .. TERIMA KASIH semua.

Dengan penyertaan seramai 97 peserta (semua 109), dengan masa lebih 3 ½ jam acara berjalan maka keputusan muktamad adalah seperti berikut: -

result01

result02

Untuk maklumat lanjut sila download keputusan di link bawah

1. Keputusan keseluruhan - PDF Format (KLIK) 

2. Keputusan ikut kategori - PDF format (KLIK)

DSC_8137

Pendaftaran & Pengambilan Transponder + Sarapan (Nasi Lemak Viral sama susu kambing)

DSC07929

SS3 yang mencabar

PC230339

Mudah menackle di drop longkang @ SS3

PC230347

PC230403

Titi @ SS4

PC230408

Titi Tampak Sisi @ SS4

PC230420

SS4

PC230425

ASBT @ SS4

PC230440

Bandit Tunnel @ SS4

PC230383

PC230501

Hebatnya cengkaman Topui ?????

PC230526

Lompatan Penamat

DSC_8621

Hanya 3 pemenang dalam kategori Women

PC230125

ELITE

PC230123

OPEN

PC230120

MASTER A

DSC_8661

MASTER B

DSC_8648

MASTER C

PC230534

MASTER D

DSC_8710

Cabutan bertuah dihoskan oleh Cikgu Mukhlis aka CM

DSC_8705

Barisan AJK pertandingan dan wakil BDB