Tarikh : Isnin – 25 Disember 2017
Lokasi : Koh Khao Yai, Pak Bara, Satun, Thailand
Koordinate: N6.85288° E99.69534°
Berkongsi Minat, Maklumat dan Pengalaman
Tarikh : Isnin – 25 Disember 2017
Lokasi : Koh Khao Yai, Pak Bara, Satun, Thailand
Koordinate: N6.85288° E99.69534°
Tarikh : Sabtu – 23 Disember 2017
Lokasi : Darulaman Trails, Jitra, Kedah DA
Koordinate: N6.24734° E100.44551°
Susulan kejayaan penganjuran Mini Merdeka Enduro Challenge pada 31 Ogos 2017 lalu, pihak Bina Darulaman Berhad (BDB) telah meminta saudara Nasron untuk mencadangkan satu acara sukan MTB di Darulaman Trails pada penghujung tahun 2017.
Melewati Sec. Rock Garden @ SS1
Mengambil peluang dari sambutan disiplin Enduro, berinspirasikan penganjuran Kejohanan Kiara Enduro, berbekal pengalaman dan kejayaan penganjuran Merdeka BDB Enduro Challenge yang telah mempamirkan kemampuan. MAKA ke arah penganjuran ini, satu jawatankuasa telah dibentuk pada 24 Oktober 2017 bagi merangka format kejohanan, mempromosi acara, menyiapkan trek yang bersesuaian, menyediakan bajet, mempersiapkan tempat dan mencadangkan tarikh yang sesuai.
Berhampiran Ending SS1
Setelah perbincangan dengan pihak BDB, tarikh 23 Disember dipilih untuk acara yang diberi nama ‘BDB Enduro Challenge 2017’. Kearah perlaksanaan yang teratur, kami menyediakan satu ‘jadual perlaksanaan kerja’ sebagai garis panduan dalam melaksanakan tugas. AJK diberi tanggungjawab masing-masing disamping konsep musyawarah diterapkan.
Pendakian LS 2
Kali ini penganjuran melibatkan 4 stage dengan jarak keseluruhan sejauh ± 8km dan ketinggian maksima 110 meter. Beberapa laluan baru dibina dan diubahsuai bagi menambahkan lagi cabaran dan tekanan. Ya... sekali lagi kami menggunakan sistem chip elektronik timer. Khidmat sahabat dari SPORTindent (Nazir) digunakan lagi. Kami nyahkan kerumitan, terapkan kepintaran agar pergerakan peserta di trek dapat dikesan dan keputusan yang tepat lagi cepat terhasil.
Dengan fee RM70.00 kami memberi peluang kepada lebih ramai peserta dari pelbagai lapisan dan gender untuk bertanding dengan lebih sesuai dan adil, maka 7 kategori diperkenalkan. Hadiah yang menarik ditawarkan, peluang yang lebih dipersembahkan. 5 terpantas ditangga teratas (dalam kategori) bakal menaiki pentas.
Usaha kami nampak berbaloi, seminggu sebelum kejohanan sudah ramai rider datang mencuba, semua yang mencuba terasa teruja tidak sabar untuk beradu domba.
Latihan di ketika kering @ SS3
23 Disember 2017 kejohanan bermula. Trek yang kering kelmarin mula basah dengan curahan hujan sejak malam semalam ( Jabatan Kajicuaca meramalkan tempias Ribut Tropika Kai-Tak akan menyebabkan negeri-negeri di utara Malaysia Barat mendapat hujan pada Jumaat malam hingga Ahad 22 – 24/12/2017 ) Maka pastilah cabaran semakin terasa tetapi ini membuat rider lebih berhati-hati.
‘Heaven & Hell’ … begitulah antara gambaran rider terhadap trek yang ada. SS1(Trail Balik Kampung) membuat ramai peserta macam nak berpatah balik ke rumah (Time ujan ni dok rumah rehat sambil pekena secangkir kopi dicicah roti - kan shockkkk..!). Kelicinan di laluan yang baru dibuka memang tak dinafi. Hanya yang bersemangat kental, akan berusaha menghabiskan cabaran yang dipersembah. Titi Balik Kampung yang curam memang sesuai untuk yang berhati kering, lintang pukang dek penangannya, kemahiran dipupuk tumpuan diberi, basikal dilatu sambil meluncur laju. Ada yang berguling di Rock Garden, tak kurang juga meredah bersahaja. NAMUN berbeza pula di SS2 (Trail Pak Guard) HULALA... masa untuk menikmati laluan yang dihidang dengan lahap TETAPI pada SS3 (Trail Longkang) hmmm … ramai yang kecundang, rebah di medan, ada yang meluncur basikal, hanya yang tabah dan punya keyakinan tinggi dapat mengatasi drop yang menyengat dan last SS4 (Trail Freeride) melaju disini tanpa menoleh ke belakang, namun tenaga diperah dipermulaan membuat ada yang sudah mengah. ALHAMDULILLAH kejohanan berjalan dengan lancar tanpa kecederaan serius bahkan semua peserta berjaya mencukupkan kuota.
Banyak suka duka dalam pelbagai perkara. Apapun pasti ada kekurangannya, namun kami cuba untuk meminimakannya sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Mungkin kami bukan yang terbaik namun kami sedaya upaya memberi yang terbaik. Bagi pihak Jawatankuasa penganjur, aku menyusun jari memohon ampun sekiranya ada kekurangan dan kelemahan. Segala keseronokan dikongsi bersama. Insyaallah tahun hadapan ketemu lagi ..
Terima kasih kepada semua peserta dan penyokong (keluarga dan sahabat handai) tanpa anda semua sepilah trek ini. Semestinya penghargaan tidak ternilai kepada kepada pihak penaja terutama pihak BDB yang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada penganjuran. Pada ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus mempersembahkan acara agar berjaya. Tidak dilupa kepada Trailbuilders, dengan kudrat mereka, trek yang bergaya berjaya disedia, barisan Marshall yang mengawasi laluan dengan sabar dan tidak lupa kepada semua sahabat, penyokong, pendokong dan penonton yang memberi sokongan samada moral dan juga material .. TERIMA KASIH semua.
Dengan penyertaan seramai 97 peserta (semua 109), dengan masa lebih 3 ½ jam acara berjalan maka keputusan muktamad adalah seperti berikut: -
Untuk maklumat lanjut sila download keputusan di link bawah
1. Keputusan keseluruhan - PDF Format (KLIK)
2. Keputusan ikut kategori - PDF format (KLIK)
Pendaftaran & Pengambilan Transponder + Sarapan (Nasi Lemak Viral sama susu kambing)
SS3 yang mencabar
Mudah menackle di drop longkang @ SS3
Titi @ SS4
Titi Tampak Sisi @ SS4
SS4
ASBT @ SS4
Bandit Tunnel @ SS4
Hebatnya cengkaman Topui ?????
Lompatan Penamat
Hanya 3 pemenang dalam kategori Women
ELITE
OPEN
MASTER A
MASTER B
MASTER C
MASTER D
Cabutan bertuah dihoskan oleh Cikgu Mukhlis aka CM
Barisan AJK pertandingan dan wakil BDB