Tarikh : 24 Februari 2023
Lokasi : Chana – Na Thap – Songkhl
Koordinat :https://goo.gl/maps/eAy7uaXiGBEXX7EY7
Hari ini, kami memasuki Thailand melalui pintu masuk Durian Burong. Walau cuti sekolah kini, namun, pagi ini, tidak ramai yang memasuki Thailand melalui pintu masuk ini.
Hampir 3 tahun kami tidak mengunjungi daerah ini. Kelihatan infrastruktur sedang giat dijalankan, jalanraya 2 hala sedang dinaiktaraf. Kami terus ke pekan Nathawi untuk topup Simcard dan kemudian ronda pekan tersebut mencari tempat sarapan yang sesuai. Berhampiran mercu tanda Na Thawi, kami singgah ke sebuah kedai makan milik En. Romlee. Beliau menegurku dan kami berbual mengenai Thailand dan Malaysia. Kebetulan isteri beliau(Puan Rohani) juga menjalankan perniagaan makanan seperti nasi kerabu, pulut ayam dan Khaomok. Isteri beliau juga rupanya seorang Pharmacist yang membuka kedai Farmasi bersebelahan. Beliau memperkenalkan kepada kami ubat gigi kayu sugi buatan sendiri kepada kami.
Coordinate: https://maps.app.goo.gl/y9uMivWRzY3marsQ6
Kami meneruskan perjalanan lebihkurang 12km ke arah Timur Laut ke arah Tha Mo Sai untuk ke sebuah rekreasi yang kini sedang trending iaitu Livong. Digelar Livong, Swizerland at Chana, kerana suasana berkabusnya terutama diwaktu pagi berlatarkan tasik, bukit bukau dan dikellilingi oleh pokok pines, menjadikan ia seakan Swiss
Kawasan ini asalnya adalah tinggalan lombong lama. Dibaikpulih, ditanam semula dengan getah dan pokok pines (rhu) dalam tahun 1978.
Bayaran masuk dikenakan sebanyak THB 50 seorang. Terdapat pelbagai kemudahan asas disediakan seperti letrik, tandas, camping site, kawasan berjual beli dan lain-lain lagi. Untuk tapak khemah, sewaan sebanyak THB150 seorang dikenakan.… bersambung