Misi : Menjejaki Kilauan Biru
Lokasi : Kuala Selangor, Malaysia.
Coordinate : N3.342829° E101.250860° ,
Kilauan ini adalah fenonena 'Blue Tears' yang mula menjadi tarikan terbaru di Kuala Selangor. Sebelum ini, ianya di dijumpai di Maldives, Puerto Rico, Jamaica & Belgium. (Di Malaysia ada lagi beberapa tempat yang terdapat Blue Tears ini)
Dinamakan ‘blue tear’ kerana cahaya biru elektrik yang mereka pancarkan. Lebih tepat ia adalah ‘lautan’ organisma (tumbuhan marin mikroskopik @ light-producing bacteria) yang hanyut di permukaan air dan menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen apabila ada gerakan. (Tindakbalas mekanisma pertahanan diri). Ia juga hanya terjadi ketika cuaca gelap yang bebas hujan dan boleh dilihat dengan mata kasar dan sukar di ambil fotonya. (Memerlukan iso yang tinggi)
Harga pakej RM30
Maklumat lebih jelas seperti video di bawah
No comments:
Post a Comment