Rider : 05 Orang
Lokasi : Kg. Perik, Padang Terap, Kedah
Max Elev : 180 meter
Lokasi : N6.3470° E100.51564°
Jarak : 17km
Pagi ini kami akan menelusuri laluan tinggalan balak (???) di hutan simpan Bukit Perangin. Minggu sebelum itu aku sudah riki kawasan ini bagi menilai potensi.
Kayuhan hari ini disertai oleh 5 orang iaitu Pudin, Adi, Ustaz Khairul, Musz dan Nizam Airod. Kami memulakan kayuhan dari masjid Perik pada jam 8:40 pagi dan aktiviti dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh ustaz Khairul.
Memasuki ‘kepala denai’, kami disambut oleh beberapa ekor kerbau liar yang memerhati tajam pergerakan kami. Berhenti seketika di trailhead dan mendaki ke sebuah bukit kecil bagi meninjau laluan selanjutnya. Dari atas bukit, kami menilai kesesuaian kayuhan. Dari pengamatanku melalui alat Garmin, laluan ini menuju ke Bukit Buluh(440 m) yang berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Perangin. Selepas memahami ‘keadaan’ denai, kami meneruskan kayuhan. Denai yang jelas tetapi mula ditumbuhi semak yang merimbun. Sesekali aku menebas anak-anak pokok yang menghadang jalan bagi memudah penurunan kami nanti.
Sambil mendaki, kami bersembang mengenai kerakusan manusia menarah bukit dan secara tak langsung memberi laluan kepada kami. Walaupun berkali kali mendaki, rasa jemu tidak pernah terlintas kerana kami dihidangkan dengan panorama indah di beberapa kawasan. Akhirnya kami sampai ke satu kawasan yang agak lapang. Bagaikan berada di lembah, kerana dikelilingi oleh bukit dan hutan. Dari sini ada banyak pecahan laluan namun kami tidak dapat meneruskan misi kerana semua laluan sudah mula menebal ditumbuhi semak. Kami memutuskan untuk berpatah balik. Berbaloi kami mendaki kerana nikmat penurunan yang lancar membelah batuan dan alur air.
Sampai dibawah kami mengikuti jalan kecil hingga berjumpa tasik (pot rahsia kaki pancing). Selepas bergambar kami meneruskan kayuhan dan memasuki semula kawasan hutan simpan. Pendakian bermula, melewati beberapa kampung dan seterusnya menuju ke kawasan dusun yang cantik dan terhenti di sini kerana tiada jalan seterusnya.
Kayuhan berakhir pada jam 12:40 tgh. Fuhh jenuh tenaga dikerah dan kehabisan bekalan air (nasib baik jumpa sumber mata air bawah tanah). Sesungguhnya kayuhan kali ini bermakna kerana kami sudah dapat laluan asas baru yang bakal menjadi pilihan (selain trail jati). Insyaallah kami akan meninjau lagi di sini kerana terlihat beberapa lagi denai yang mempunyai potensi.
Cantik dusun ni. Ia bersempadan dengan hutan
Kawasan renek dan menjadi tempat lembu liar
Ustaz teruju turun disini
Beberapa kubang babi dijumpai
Semak diredahi
Awat video xleh tgk..
ReplyDelete