Droneku yang pertama adalah Syma X8C Venture yang aku beli dalam tahun 2015. Hanya sebulan sahaja bertahan kerana terjatuh ketika mendarat. Kemudian aku beralih kepada Phantom 3 pada tahun 2016 dan menukar kepada Phantom 4 pada awal tahun 2017. Aku menukar ke Marvic Pro pula pada bulan September 2017 kerana merasakan P4 terlalu besar. Setelah 3 tahun, sampailah masa untuk aku menukar ‘kamera udara’ ku ini kepada yang baru.
Aku mempunyai 2 pilihan, samada DJI Marvic Air 2 (MA2) atau Marvic Mini. Setelah membuat pertimbangan dari segi harga, kepenggunaan, teknologi dan kemampuan, maka pilihanku ialah DJI Marvic Air 2 (MA2) Fly More Combo yang aku miliki pada 26 Ogos 2020. (Fly More Combo which includes a set of ND filters alongside a battery charging hub, power bank adaptor and shoulder bag goes for RM 4,290.00) (4k-1k)
MA2 dilancarkan sekitar April 2020. Ia adalah kesinambungan DJI Mavic Air yang dikeluarkan dalam tahun 2018. Beberapa fitur ditambah, desain baru yang tampak lebih kemas dan berada di antara kelas ‘entry’ level dan ‘professional’.
Berat Mavic Air 2 ialah 570 gram berbanding Mavic Proku terdahulu 743 gram. Memiliki dimensi 180 x 97 x 84mm (L x W x H) ketika terlipat (± sebesar Note 10) dan ± 183 x 253 x 77mm ketika direntangkan.
MA2 dilengkapi sensor 1/2 inci CMOS keluaran Sony IMX586 dapat menghasilkan 4k/60fps video dan foto beresolusi 48MP (8000 x 6000 pixel). Teknologi bateri pintarnya berkapasiti 3500 mAh dan bekalan kuasa 40.42Wh dipadu dengan rekabentuk yang aerodinamik dan disertakan dengan motor baru/ESC mampu mencapai masa penerbangan sehingga 34 minit.
Dilengkapi teknologi Advanced Pilot Assistance System (APAS) 3.0. Satu sistem keselamatan dengan 3 sensor pengesan halangan di bahagian depan, belakang dan bawah semasa terbang. WALAUBAGAIMANAPUN tiada sensor pada kiri, kanan dan atas (halamak). Sensor yang agak sensitif dan mampu mengesan dan mengelak halangan atau jika tidak mampu mengelak ia akan terhenti sambil memberi amaran bunyi … BEST kan
Remote baru DJI MA2 lebih besar, tidak dilengkapi dengan skrin . Posisi Handphone disepit di bahagian atas dan mampu menampung HP yang lebih besar. Hmmm ia terasa enak digenggam nampak lebih selesa dikendalikan dan enak dilihat.
Remote dilengkapi dengan teknologi transmisi OcuSync 2.0 DJI yang menjadikan jarak penerbangan sehingga 10 kilometer (1km pon aku dah gelabah), berbanding Marvic Pro ku dulu hanya hanya 7 km. OcuSync 2.0 bukan sahaja mampu memancarkan signal video 1080p (HD) bahkan signalnya sangat stabil dan kuat (mendukung frekuensi 2.4GHz/5.8GHz Auto-Switching).
Kesimpulannya ia adalah kamera terbang terbaruku yang termuat dengan fitur yang terbaru dan sesuai untuk kegunaanku semasa kembara dan berbasikal.
No comments:
Post a Comment