Tarikh : 24/12/2019
Misi : Menjejaki Kerajaan Reman
Lokasi : Kampung Selarong, Pengkalan Hulu, Perak, Malaysia
Coordinate: N5.68968° E100.98829°
https://goo.gl/maps/NTQ6FmzqU3pQ5XZA6
Makam permaisuri Raja Reman Terakhir (Tuan Jagung) iaitu permaisuri Cik Neng terletak di Kampung Selarong, Kroh, Perak. Baginda mangkat pada tahun 1915M. Kemangkatan baginda kerana terlalu berdukacita atas kemangkatan anakanda lelakinya (Long Raya) yang ditangkap oleh Raja Siam kerana melancarkan gerakan menentang Siam dan dihukum bunuh di Bangkok.
Makam ini terletak tinggi diatas bukit sejauh ± 150 meter dari jalan raya. Ia dikelilingi oleh ladang durian belanda dan hutan renek. Untuk kesini perlu mendaki dan redah sedikit semak.Terletak dalam kawasan berpagar seluas 70' x 70'. Terdapat 8 kubur yang nyata didalam kawasan pagar ini.
Batu nisan yang berada dalam kawasan berpagar di perkuburan ini Tanah ini dikelilingi oleh hutan renek dan ladang durian Belanda. Tuan tanah ini membelinya dari keluarga Tuan Jagung
Pautan Kembara Berkaitan
01. Batu Sempadan Kerajaan Reman/Perak
02. Istana Singgah Raja Reman
03. Makam Permaisuri Raja Reman




No comments:
Post a Comment