Misi : Menjejaki Telaga Gergasi
Lokasi : Kampung Jalan Baru, Mukim Ijok, Perak, Malaysia
Coordinate: N5.10352° E100.75733°
https://goo.gl/maps/yafv3rRHSDJHU1bHA
Sebuah tinggalan teknologi British yang bentuknya seakan-akan telaga yang besar kerana luas bulatannya yang bertujuan mengumpulkan air dari sungai di atasnya dan mengalirkan ke sungai di bawahnya. Bentuknya yang besar menyebabkan ia digelar “Telaga Gergasi”. Ia terletak di Kampung Jalan Baru, Mukim Ijok, Selama, Perak.
Telaga ini dibina dalam tahun 1936 yang fungsi asalnya adalah untuk pengumpulan dan memindahkan hasil bijih timah melalui sungai. Ia juga berfungsi untuk mengawal kadar pengaliran air dari Sungai Ijok ke Tasik Bukit Merah.
Ketinggian struktur telaga gergasi ini adalah kira-kira 100 kaki atau 30 meter tinggi dengan diameter sepanjang 20 kaki atau 6 meter. Teknologi secara tidak langsung dapat mengelakkan hakisan tanah daripada termendap di Tasik Bukit Merah.
Untuk ke sini, kami menelusuri jalan tanah merah bersebelahan sungai bermula dari jalan besar (berdekatan kedai roti canai Yop) sejauh ± 2.3 km sebelum sampai ke telaga ini. Jalan tanah pesisir sungai yang sedikit sempit yang digunakan untuk mengangkut hasil ladang kelapa sawit. Aku menelusuri arah telaga ini melepaskan airnya di bahagian bawah.
Sungai Atas Sungai
Tarikh : 24/12/2019
Misi : Sungai Atas Sungai
Lokasi : Kampung Jalan Baru, Mukim Ijok, Perak, Malaysia
Coordinate: N5.11934° E100.77424°
https://goo.gl/maps/MVYZeYJYwxhZ7VBB8
Keluar dari jalan tanah merah ke jalan raya utama (berhampiran kedai roti canai Yop) kami meneruskan perjalanan ke seberang jalan untuk ke lokasi sungai atas sungai yang jaraknya ±600 meter dari jalan besar.
Ia merupakan terusan air yang dilencongkan daripada Sungai ljok sejauh 3.5km ke Sungai Atas Sungai sebelum merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir dibawahnya, Kemudian aliran air sungai ljok ini dialirkan ke Telaga Gergasi menerusi terusan air sepanjang kira-kira 5km.
Struktur binaan Sungai Atas Sungai ini dibuat pada tahun 1938 oleh Jabatan Parit Dan Taliair yang dahulu dikenali sebagai Department of Irrigation and Drainage (DID) bagi tujuan pengairan sawah padi, serta dikaitkan dengan aktiviti pengumpulan bijih timah seterusnya mengalirkan air Sungai ljok ke Telaga Gergasi.
No comments:
Post a Comment