Thursday, January 02, 2020

Tinggalan Sejarah Kerajaan Reman : Batu Sempadan Kerajaan Reman/Perak

Tarikh       :  24/12/2019 
Misi           :  Menjejaki Kerajaan Reman
Lokasi       :  Laksa Telur Bersarang, Kampung Kerunai, 
33310 Gerik, Perak, Malaysia
                       Tel: 019-555 1865

Coordinate: N5.49931° E100.12987°

https://maps.app.goo.gl/2dvh66b1NU4zdNiWA

Patani suatu ketika dahulu merangkumi Patani, Nongchik, Chenak, Jalor(Yala), Reman, Saiburi dan Legeh. Apabila kekalahan Patani pada Siam, sekitar tahun 1816, Patani dipecahkan kepada 7 buah negeri iaitu Patani, Reman, Nongchik, Yala(Jalor, Jala), Yaring, Teluban (Sai @ Saiburi) dan Legeh dan masing2 diperintah oleh seorang Raja.

Sempadan pertama Perak-Reman dipersetujui oleh British dan Gabenor Siam Singgora pada tahun 1884 yang seterusnya mewujudkan kawasan Hulu Perak.

Batu sempadan  penting kerana ia sebagai penandaan sempadan wilayah kekuasaan sesebuah negara. Hari ini kami ke sebuah lokasi di Grik bagi mencari sebuah batu sempadan sebagai penanda wilayah kekuasaan kerajaan Reman. Batu ini terletak terletak di Kampung Kerunai, Grik, Perak. Ia terletak di dalam kebun getah berdekatan dengan Kedai Laksa Telur Bersarang Kak Chah. Memandangkan kedai tutup hari ini, maka aku bertanyakan kepada penduduk tempatan dan mereka menunjukkan lokasi batu tersebut yang berada di dalam sebuah kebun getah. Batu ini berada hanya di belakang kedai laksa tetapi agak tersembunyi di dalam semak samun yang agak meninggi. Batu berbentuk segi empat piramidpiramid tetapi rata bumbungnya dan setinggi ± 3 kaki dan tiada sebarang bentuk tulisan tertera (atau mungkin terpadam atau aku terlepas pandang) Ferdinando Carlo Bozzolo adalah bangsa Eropah pertama dilantik memegang jawatan pegawai tinggi British di kawasan Hulu Perak iaitu sebagai pemungut cukai dan hakim. Selepas 15 tahun pihak British berusaha untuk menguasai kawasan kaya dengan perlombongan (Selatan Reman) dan Huber Berkeley (Pemangku Hakim Hulu Perak) telah mengambil kesempatan atas situasi kemarau dengan mengalihkan batu sempadan negeri Perak dengan Reman ke Kubang Gendang pada tahun 1899. Wallahu aklam.Batu sekitar tahun 90an Gambar dari Internet : N.A Halim

Batu berbentuk segi empat piramid yang rata bahagian atasnya . Terletak dalam kawasan kebun getah dan agak semak

Cafe Kak Chah, Laksa Telur Bersarang: Batu ini terletak dalam kebun getah di belakang kedai ini

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan
01. Batu Sempadan Kerajaan Reman/Perak
02. Istana Singgah Raja Reman 
03. Makam Permaisuri Raja Reman

5 comments:

  1. Salam tuan, menarik sungguh perkongsian tuan ni. Tumpang tanya yang bantuan penduduk tempatan bawa tengok batu sempadan tu, beliau dari rumah berdekatan atau dari kampung lain? Dan no. Telefon beliau sekiranya ada. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. W'salam
    Saya cari sendiri setelah bertanya dari penduduk tempatan
    Boleh tanya tuan punya Cafe Kak Chah, Laksa Telur Bersarang untuk lihat danpergi ke lokasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lagi sekali atas pencerahan tuan.

      Delete
  3. Assalamualaikum WBT. Untuk makluman saya Tuan@Tengku Fuad Bin Tengku Hamzah@Tuan Cherit adalah waris lelaki tertua dikalangan ahli keluarga keturunan Tuan Lebih @ Long Raiya . Saya juga sedang mencari susur galur keturunan Raja Reman yang kebanyakkanya telah menukar nama dan menjadi rakyat biasa kerana takut dibunuh oleh tentera siam ketika itu .. Tuan @ Tengku @ Syed kerabat raja reman ini mempunyai susur galur keturunan @ salahsilah hinggalah ke Rasulullah SAW.... Boleh hubungi : 016 336 6504 - Tuan@Tengku Aiezat Afifi untuk sebarang pertanyaan . Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..untuk makluman batu yang terletak pada bahagian atas tapak telah pun saya serah kepada pihak muzium negeri Perak sekitar dulu sebagai tatapan generasi akan datang...

    ReplyDelete